suria

Apahal sampai tunjuk isyarat lucah? Arkitek ‘sekolahkan’ pelanggan pertikai harga kek perkahwinan mahal... semua kos dikira termasuk aircond!

TIDAK lengkap rasanya sesebuah majlis perkahwinan tanpa kek yang akan dipotong oleh pasangan pengantin pada hari bahagia mereka. 

Namun, tindakan seorang pelayar Twitter yang menggunakan perkataan kesat untuk mengecam harga kek perkahwinan ternyata tidak disenangi ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ayat customer is always right tak semestinya digunakan setiap masa” - Pembuat kek premium dimaki lewat balas mesej, dituduh berlagak 

Menurut arkitek yang turut menjalankan perusahaan kek perkahwinan secara sambilan, Muhamad Zuhair Mohd Shaid, dia mahupun mana-mana pengusaha lain tidak sewenang-wenangnya meletakkan harga produk yang dihasilkan mereka sebaliknya mengambil kira banyak faktor.

"Sebenarnya saya bengang bila orang tu cakap f**k. Dah la apa yang dia post tu dapat banyak retweet dekat Twitter. 

"Instead of diorang pukul rata saja cakap kek kahwin tu mahal, mereka patut fikir kos yang kami kena tanggung, kos di sebalik tu.

 

Perkongsian Zuhair di laman sosial Twitter.

"Macam kualiti bahan-bahan yang kami guna untuk buat kek tersebut. Selain tu, alatan nak buat kek, dan juga overhead charge especially bila pakai bil elektrik. 

"Kadang-kadang orang tak tahu, nak buat kek kahwin ni, kita memanjang nak kena buka aircond bagi design tu kering... kos penghantaran lagi," katanya ketika dihubungi mStar. 

Jejaka berusia 28 tahun ini turut memberitahu bahawa masa dan kemahiran juga menyebabkan sesebuah kos kek perkahwinan itu meningkat. 

Katanya, tidak mudah untuk memerah idea dan pemikiran kreatif terutama apabila diminta menyiapkan kek dalam waktu singkat. 

Kadang orang tak tahu, nak buat kek kahwin ni, kita memanjang nak kena buka aircond bagi design tu kering. Kos penghantaran lagi.

MUHAMAD ZUHAIR MOHD SHAID

ARKITEK DAN PEMBUAT KEK SEPARUH MASA 

"Decoration takes time, kadang-kadang ambil masa dari lapan hingga 16 jam. Paling lama boleh sampai 36 jam, lagi-lagi kalau kek tu ada unsur bunga-bunga. 

"Sebenarnya masa dan kemahiran juga membuatkan kos sesebuah kek kahwin tu bertambah. Kita nak kena practise lagi untuk buat kek. Artistic value tu yang mahal. 

"Kita nak kena fikir lagi idea yang bersesuaian dengan cita rasa yang pengantin tu nak. Nak hasilkan pemikiran yang kritikal dan kreatif ni bukannya sekejap," katanya.

Selain itu Muhamad Zuhair juga percaya mereka yang terlibat dalam industri perkahwinan ini kebanyakannya mempunyai latar belakang seni dan hasil kerja mereka adalah berkualiti.

"Saya juga bersyukur sebab as an architect, saya dapat gunakan kemahiran berfikir dan bekerja dalam membuat kek secara sambilan," ujarnya.

Netizen mendakwa harga kek, servis jurukamera dan jurumekap akan dinaikkan untuk majlis perkahwinan.

Zuhair memberikan respon terhadap seorang individu yang mengeluarkan kata-kata kesat mendakwa harga kek menjadi mahal apabila pengusaha dimaklumkan ia untuk majlis perkahwinan.

Selain itu, individu tersebut turut mendakwa bahawa servis mekap dan jurukamera turut meningkat apabila ia melibatkan pengantin.

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan kenyataan individu tersebut yang menyalahkan perusahaan perkahwinan.

"Taklah, awak nak yang under your bajet, then find dalam under your budget. Actually kek ade je yang 200 (2 kali Secret Recipe chocolate indulgences), wedding photography (shoot and burn) sahaja dalam 800, make up 150 approach yang beginner makeup or boleh ambil pakej any bridal yang RM1500 all in. Ada je.

"Sampai masanya. Benda mudah. Tak mampu. Kita diam. Kalau seller jual mahal tak berbaloi. Tak ada orang beli. Sebab benda bukan kewajipan pun. Ukur baju badan sendiri," komen beberapa netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
kek, kahwin

Artikel Lain