"TAK boleh nak bangkit, boleh tengok dengan kepala je." Demikian kata seorang mekanik yang terbaring di tepi jalan selepas motosikal dinaikinya dihimpit sebuah kereta Honda Civic pada Jumaat lalu. Lebih malang, pemandu kereta berkenaan berlalu pergi begitu sahaja, membiarkan Zamzuri Zakaria, 41, terbaring kesakitan di tempat kejadian. ARTIKEL BERKAITAN: Ayam punca kemalangan! Gadis terpaksa dibedah 3 kali, muka tertusuk cermin mata ketika edar taqwim bantu keluarga ARTIKEL BERKAITAN: Hantar rakan baru kematian bapa akibat kemalangan, pelajar rempuh pokok dalam perjalanan pulang... besar ujian untuknya, kereta sewa remuk teruk! Insiden di Lebuh Raya Timur Barat berdekatan hentian puncak Titiwangsa itu menyebabkan bapa kepada empat anak ini patah tulang bahu dan patah tiga tulang rusuk kanan. Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Zamzuri mengakui sedih mengenangkan nasib malang yang menimpanya tempoh hari. "Kemalangan tu memang kita tak minta. Tapi kalau berhenti pun dah OK. Pasal tuntutan atau apa-apa urusan lain, boleh bincang untuk settle. Paparan skrin posting isteri Zamzuri di Facebook. "Tapi sanggup dia tak berhenti. Saya tak boleh bangkit, boleh tengok dengan kepala je. Saya tengok dia berlalu pergi. Saya pula terselindung dalam rumput tebal. "Setengah jam kemudian ada pasukan tentera menaiki sebuah trak nampak saya, mereka tolong. Kemudiannya saya dibawa ke hospital menaiki ambulans," ujar Zamzuri mengimbas semula kejadian itu. Kisah malang Zamzuri dikongsikan di laman Facebook oleh isterinya, Wan Zubaidah Wan Mohamed yang menyeru mana-mana pihak agar tampil memberi maklumat mengenai pemandu kereta Honda Civic berkenaan. Bila jadi macam ni, tak tahulah macam mana dengan kerja. Saya kerja gaji hari, bukan kerja dengan syarikat. ZAMZURI ZAKARIA MEKANIK "Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kejadian himpit dan lari. Kepada pemilik Hinda Civic warna kelabu atau hitam. Anda telah menyebabkan seorang ketua keluarga hilang punca pendapatan kerana ketua keluarga ini mencari nafkah untuk keluarga serta anak-anaknya dengan kudrat empat keratnya sendiri," tulis isterinya di Facebook. Bercerita lanjut mengenai kejadian, Zamzuri berkata, dia pada waktu itu dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Jeli, Kelantan. "Saya bekerja di sebuah bengkel di Balik Pulau, Pulau Pinang. Saya biasanya ulang-alik ke Kelantan dalam sebulan sekali. "Kejadian tu sekitar 7.30 malam. Bila jadi macam ni, tak tahulah macam mana dengan kerja. Keadaan motor milik Zamzuri yang rosak akibat kemalangan itu. "Saya kerja gaji hari, bukan kerja dengan syarikat," ujarnya yang bingung memikirkan nasib untuk menampung kehidupan keluarganya. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, Zamzuri mempunyai empat anak berumur antara 14 hingga 18 tahun. Dalam pada itu, rata-rata pelayar Facebook turut meninggalkan komen di posting yang dimuatnaik oleh isteri Zamzuri. Rata-rata mereka mendoakan kesembuhannya dan berharap segala urusan bapa itu dipermudahkan.