suria

“Dia menari sampai terkeluar gigi palsu” - Anak saudara dedah ‘tragedi’ lebih dahsyat selepas insiden 3 makcik tertonggeng dalam kolam

Video lucu tiga makcik terjatuh pelampung di taman tema air tular di laman sosial.

USIA hanyalah nombor, jadi jangan ingat orang muda sahaja yang layak bersuka ria di taman tema air!

Gelagat sekumpulan tiga wanita mencuri perhatian netizen apabila mereka terjatuh dari pelampung akibat dipukul ombak ketika sedang bersuka ria di sebuah taman tema air. 

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara video usik wanita 73 tahun, remaja ini curi perhatian sebab cantik! – “Nenek sporting, kelakar... siap hafal lagu Justin Bieber”

Video pendek berdurasi 33 saat tersebut tular di laman sosial menyaksikan seluruh ahli keluarga 'mangsa' ketawa terbahak-bahak selepas melihat kejadian malang yang menimpa ketiga-tiga mereka.

Posting tersebut mendapat lebih dari 14,000 ulang kicau dan 16,000 tanda suka di Twitter.

Rata-rata netizen geli hati melihat babak tiga makcik yang pada mulanya duduk bersantai di atas pelampung tiba-tiba jatuh tertonggeng di dalam kolam apabila dipukul ombak. 

"Sorry doh tergelak hahahah. 

"Perfect! Hahah sorry sis. Tak boleh tahan gelak. 

"Bak kata orang tua, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai," komen beberapa netizen.

Rata-rata netizen geli hati dengan perkongsian itu.

Berkongsi kejadian lucu itu dengan mStar, Azie Hasida Hassan selaku perakam video tersebut berkata peristiwa itu berlaku sewaktu mereka sekeluarga bercuti di Borneo Samariang Water Park, Kuching, Sarawak pada Ahad.

Azie Hasida atau selesa disapa Shida memberitahu ketika itu keluarga besarnya berkumpul untuk meraikan cuti sekolah. 

"Sebenarnya pelampung tu untuk dua orang je. Tapi mereka naik tiga orang sebab itulah terjatuh semuanya bila dipukul ombak. Atas pelampung tu ada mak uda, mak ngah dan mak saya. 

Sebenarnya pelampung tu untuk dua orang je. Tapi mereka naik tiga orang sebab itulah terjatuh semuanya bila dipukul ombak.

AZIE HASIDA HASSAN

AHLI KELUARGA

"Lepas tu saya ingatkan bila dah jatuh mereka tak nak main lagi tapi makin 'panjang' langkahnya pergi jauh-jauh sampai lifeguard tiup wisel. Alhamdulillah, mereka tak tercedera atau sakit pinggang selepas jatuh pelampung.

"Saya rasa itulah kenangan paling lucu bila bercuti dengan keluarga setakat ini. Macam-macam ragam boleh tengok," katanya ketika dihubungi mStar. 

Mengimbau kembali reaksi keluarganya ketika jatuh dipukul ombak, Shida berkata mereka sekeluarga sangat menghargai momen itu. 

Tambah wanita berusia 22 tahun ini, aktiviti tidak terhenti di situ sahaja, sebaliknya mereka turut berkaraoke selepas mandi-manda di taman tema. 

Menurut Shida, ibu saudaranya yang berusia 60 tahun yang dipanggil mak uda itu gemar 'beraksi' jika mendapati dirinya dirakam. 

Shida (kiri) bersama ahli keluarganya di Borneo Samariang Water Park.

"Mak uda memang suka kalau kita record dia, nanti mulalah dia jadi lebih aktif. Paling kelakar masa karaoke lagu Bossanova, dia menari-nari sampai terkeluar gigi palsu.

"Sekarang ni dia tengah sakit tekak. Sebab terjerit-jerit masa karaoke semalam (Ahad). Tapi apa-apa pun, kami sangat menghargai pertemuan ini," ujarnya.

Sementara itu, Shida juga berharap agar semua anggota keluarganya dapat berkumpul bersama-sama lagi pada masa akan datang.

Mak uda gemar beraksi di depan kamera.

Katanya, majlis sebegini akan menjadi lebih indah dan meriah jika semua ahli keluarga dapat hadir.

"Masa event family gathering tu, sebenarnya tak semua dapat berkumpul atas sebab komitmen dan jauh. 

"Tapi saya harap sangat-sangat supaya keluarga saya dapat berkumpul beramai-ramai pada lain masa," katanya.

Video tersebut mendapat lebih dari 13,000 ulang kicau dan 14,000 tanda suka di Twitter.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain