suria

Najis dalam gelongsor, lampin bayi bersepah selepas 2 minggu Taman Tasik Titiwangsa dibuka semula... mentaliti kita kelas ketiga?

Landskap baharu Taman Tasik Titiwangsa tercemar gara-gara sikap pengotor pengunjung. FOTO: BERNAMA dan Twitter Kementerian Wilayah Persekutuan.

"KECEWA tapi tak terkejut," demikian kata netizen berhubung penularan foto sampah-sarap bersepah di Taman Tasik Titiwangsa yang baru sahaja dibuka semula pada 15 Disember lalu.

Foto berkenaan dimuatnaik menerusi laman Twitter rasmi Kementerian Wilayah Persekutuan pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenyang makan nasi kenduri, tetamu tinggalkan ‘hadiah’ atas pinggan, “Memang marahlah, tandas sebelah dewan je”

ARTIKEL BERKAITAN: Orang lain sibuk OOTD tapi pemuda ini selfie dengan sampah, siap tegur publik tak kira pangkat - “Kalau botol plastik ni bernilai, abang dah kaya”

Antara yang paling mendapat perhatian tentunya lampin pakai buang yang dibuang merata-rata di lokasi itu.

Tambah menjijikkan, terdapat objek berwarna coklat dipercayai najis berada dalam gelongsor di taman berkenaan.

Posting Kementerian Wilayah Persekutuan menerusi Twitter.

"Beginikah cerminan sikap masyarakat kita, dengan penjagaan kebersihan semasa menggunakan kemudahan awam di tahap paling minimal, dengan lampin pakai buang yang dicampak merata-rata.

"Walhal, tong sampah telah disediakan di setiap sudut di taman awam tersebut untuk kemudahan orang ramai menjaga kebersihan. Tetapi beginikah rakyat Malaysia, hanya mampu berada di tahap minda kelas ketiga," demikian tulis pengendali Twitter itu.

Sehingga kini, posting berkenaan menerima lebih 2,600 ulang kicau (Retweet).

Dah nak masuk tahun 2020, perangai masih lagi tak berubah.

PELAYAR TWITER

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut memberi pelbagai komen termasuk cadangan untuk menangani isu berkenaan.

Selain cadangan agar pegawai penguatkuasa ditempatkan di lokasi itu, ada yang mahu bayaran masuk dikenakan agar pengunjung lebih bertanggungjawab sewaktu menggunakan kemudahan taman itu.

"Tak ada pilihan, kenakan bayaran minima RM1. Kemudian lantik penguatkuasa sebagai mata-mata. Saman. Kompaun serta merta.

Antara kemudahan yang disediakan di Taman Tasik Titiwangsa. FOTO: BERNAMA.

"Perangai jangan tak senonoh boleh tak? Kalau dekat luar macam ni, dekat rumah macam mana la?

"Masuk kena bayar kot baru boleh appreciate.

"Buat undang-undang halalkan hukuman tonyoh muka mak bapak kat pampers anak dia balik bagi yang buang pampers macam ni.

"Dah nak masuk tahun 2020, perangai masih lagi tak berubah," tulis beberapa netizen.

Taman Permainan Air baharu di Taman Tasik Titiwangsa. FOTO: BERNAMA.

Untuk rekod, taman yang dibuka semula itu diberi nafas baharu dengan penambahan trek basikal, taman permainan air kanak-kanak, perubahan landskap, tandas serta kawasan riadah. Ia sebelum ini ditutup sejak 1 September 2018.

Berasal dari kolam bekas lombong yang terdalam selepas Tasik Mines, di Seri Kembangan, Taman Tasik Titiwangsa dibuka secara rasmi buat pertama kali pada 1 Februari 1980 oleh Allahyarham Tun Hussein Onn.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain