"PANDAI panjat tak pandai turun." Demikian kata seorang pemilik kucing, Hanis Ishak, 28, berhubung kisah lucu melibatkan haiwan peliharaannya yang terperangkap di atas bumbung sebuah rumah di Puchong, Selangor pada Jumaat lalu. Mesra disapa Hanis, dia yang sanggup memanjat tangga untuk menyelamatkan kucing bernama Baby Tiger itu turut berkongsi video kejadian sehingga ia tular di laman Twitter. ARTIKEL BERKAITAN: “Oyen memang suka buat benda mengarut” - Pasang hazard light minta bantuan, pemilik akui kucingnya pelik... minum guna tangan ARTIKEL BERKAITAN: Bagi kucing makan hari ini, esok dapat 2 tawaran kerja… Jejaka ini sungguh terkejut! "Ia berlaku sekitar 9.30 pagi. Sebenarnya kucing saya ni dah tiga hari tak balik rumah. Tak tahu ke mana sebab 'dia' jarang sangat keluar rumah. "Keluar rumah waktu musim mengawan je. Tapi pagi tu dengar suara Baby Tiger bising dari atas bumbung rumah. "Saya cuba panggil turun tapi Baby Tiger tak tahu nak turun ikut mana. Jadi saya buat keputusan ambil tangga, panjat untuk bawa 'dia' turun," kata Hanis kepada mStar. Posting Hanis yang tular di Twitter. Menurutnya lagi, bukan mudah untuk membawa turun kucing itu, malah percubaan pertama yang dilakukan oleh adiknya juga gagal. Biarpun agak berbahaya, Hanis nekad untuk memanjat tangga demi menyelamatkan haiwan itu yang sudah dibelanya sejak tujuh tahun lalu. "Mana-mana pemilik kucing pun sanggup buat begitu. Sayang punya pasal. Baby Tiger tu dah macam keluarga. Dia anak saya, bukan kucing saya. "Terpaksa la panjat juga. Tu dia tak meronta. Dia bagi kerjasama. Kalau orang lain risau dia merontalah sebab dia tak percaya orang lain agaknya. Tak banyak kerenah tapi tahun lepas baby Tiger sakit selepas abah saya meninggal akibat serangan jantung mengejut. HANIS ISHAK PEMILIK KUCING "Mula-mula adik lelaki panjat tapi tak berjaya bawa turun. Jadi saya yang panjat, lama juga pujuk tapi Baby Tiger takut, akhirnya saya rentap tangan, baru dapat bawa turun," kata Hanis mengimbas semula kejadian itu. Dalam pada itu, aksi Hanis yang selamba memanjat tangga turut menjadi jenaka dalam kalangan rakan-rakannya. "Saya baru sahaja berkahwin Rabu minggu lepas. Orang kata darah manis lagi... bahaya memanjat, tapi demi kucing saya rela sahaja. Kata Hanis, kucing itu cukup rapat dengan arwah bapanya. "Kawan-kawan yang kata cakap macam tu. Netizen (komen Twitter) pula cakap bahaya panjat tangga sampai habis, risiko untuk jatuh tu tinggi. "Tapi nak buat macam mana. Kucing tu nak saya juga yang tolong," katanya lagi. Bercerita lanjut mengenai Baby Tiger, Hanis mendedahkan kucing itu pernah jatuh sakit selepas kematian bapanya, Ishak Abdullah pada tahun lalu. Hanis bersama kucing belaannya, Baby Tiger. Imbas Hanis lagi, kucingnya itu terlalu rapat dengan arwah bapanya memandangkan dia sendiri kekurangan waktu kerana sibuk dengan kerja. "Tak banyak kerenah tapi tahun lepas Baby Tiger sakit selepas abah saya meninggal akibat serangan jantung mengejut. Sebab dia manja dengan arwah abah. Mungkin rasa kehilangan. "Berbulan juga Baby Tiger sakit, kurus kering dan tak nak makan. Lepas jaga dia elok-elok barulah dia sihat dan gemuk balik. Hanis membawa turun Baby Tiger yang terperangkap di atas bumbung rumah. "Baby Tiger rapat dengan arwah abah sebab saya sibuk kerja selama ni, jarang sikit nak ada masa dengan dia. Arwah abah yang jaga dekat rumah, bagi makan minum dan tidur sekali. "Lepas arwah abah tak ada, Baby Tiger menang mencari. Masuk bilik, tunggu abah depan bilik, tapi abah dah tak ada," kata Hanis lagi. Dalam pada itu, video aksi Hanis memanjat tangga untuk menyelamatkan kucingnya sehingga kini menerima lebih 230,000 tontonan di Twitter. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Dec 29, 2019 at 4:18am PST