suria

“Hmmmm... dakkk erhhh” - Kecoh pemuda Gambia makan ayam cicah budu, rupa-rupanya ramai kena game

Gelagat Waka menikmati ayam cicah budu menjadi perhatian netizen.

"HMMM... dakkkk erhhh".

Demikian kedengaran komen seorang pemuda warga Gambia selepas menikmati nasi lauk ayam bersama budu.

Rakaman gelagat pemuda itu menikmati sos ikan bilis itu menjadi tular selepas dikongsi seorang netizen di Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Setahun menetap di Kelantan, wanita UK ini bikin orang Malaysia di New Zealand terkejut - “Sayo tak make budu tapi make duye”

Video berdurasi 21 saat itu dengan kapsyen 'cara-cara makan budu yang sebenar' mendapat lebih 160,000 tontonan di platform media sosial itu.

Posting 'cara-cara makan budu yang sebenar' menjadi tular di Twitter.

Dalam video itu, pemuda tersebut yang dikenali sebagai Waka Jeng itu turut mengajar orang ramai cara untuk menikmati makanan kegemaran rakyat Kelantan itu.

"Jadi saya mahu ajar anda cara-cara untuk makan budu. Goncang botol terlebih dahulu. Tuang ke dalam pinggan. Calit ayam dengan budu. Ambil sedikit nasi dan suap," katanya.

Saya hanya cuba untuk menikmati budu saya bro. Saya tidak tahu (video) ini akan dikongsi secara online.

WAKA JENG

PELAJAR

Ketika ditanya salah seorang rakannya yang merakam video itu adakah budu sedap, jawapan Waka ternyata menghiburkan hati netizen.

"Hmmm... dakkkk erhhh (sambil membuat isyarat OK)," kata penuntut di sebuah universiti tempatan di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan itu.

Bagaimanapun, pemuda berkenaan menerusi ruangan komen pada posting yang viral itu menjelaskan kisah di sebalik video tersebut.

Waka dilihat tidak kekok menikmati hidangan itu.

"Saya hanya cuba untuk menikmati budu saya bro. Saya tidak tahu (video) ini akan dikongsi secara online," katanya.

Waka juga tidak menduga videonya itu akan tular di Twitter.

"Lol (video) kini di Twitter sekarang," katanya.

Dalam pada itu, netizen turut menyedari bahawa Waka hanya sekadar berlakon menikmati hidangan tradisional itu.

Antara komen netizen melihat gelagat Waka menikmati ayam cicah budu.

"Weh dia tak makan pun ayam dia cicah budu tu," kata Anis.

"Tulah baru perasan, rupanya hanya lakonan," tulis Arif.

"Baru nak tulis ada geng makan ayam cicah budu ruponyo (rupa-rupanya) tak make (makan) pun aye (ayam) tu" kata Jaa.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
budu, Waka, nasi ayam, Kelantan

Artikel Lain