BUKAN sekeping, tetapi berkeping-keping wang kertas diselitkan di segenap celah dan ruang dalam sebuah kereta, kesemuanya wang kertas RM50! Dari penutup papan pemuka (dashboard), di pintu, malah setiap ruang penyaman udara dalam sebuah kereta Perodua Axia, semuanya diselitkan dengan wang kertas yang disusun cantik. “Kawan minta tumpang. Lepas tu bila dah turunkan baru perasan dia ada selit-selit duit minyak,” menurut perkongsian di akaun Twitter @tgzex sehingga diulang kicau lebih 22,000 kali. ARTIKEL BERKAITAN: Buat video show off selepas rakan ikut bercuti, tapi tak ada ‘common sense’ hulur duit minyak - “10 jam perjalanan, siap hantar seorang demi seorang balik rumah” ARTIKEL BERKAITAN: Pembeli tak guna ‘common sense’, personal shopper naik angin! “5 jam saja nak beratur bayar... kami juga manusia biasa” ARTIKEL BERKAITAN: “Common sense tertukar dengan binatang mungkin”- Pelajar ‘U’ geram, kerepek habis, mana duitnya? Pemilik kereta berkenaan, Benjamin Rohaizad Razilan Affendy tampil menjelaskan bahawa dia sebenarnya terkejut melihat wang tersebut diselitkan oleh rakan yang menumpang keretanya sehingga sebegitu rupa. Perkongsian seorang pemuda di laman sosial menjadi tular. Pemuda berusia 27 tahun itu turut mengakui wang yang setiap helaiannya bernilai RM50 berjumlah 30 keping itu adalah pemberian rakannya. “Itu memang kawan yang selit depan saya. Memang menipulah kalau tak perasan kan? Semua duit tu adalah wang kertas RM50, berjumlah RM1,500. “Masa dia selit depan saya masa kami baru sampai kat klinik untuk ambil ubat. Bila saya masuk balik kereta dah penuh kat semua lubang,” katanya kepada mStar. Wang kertas RM50 turut diselitkan pada pintu kereta. Lebih mesra dengan panggilan Zed, dia pada mulanya menyangka rakannya itu sekadar bergurau apabila berbuat demikian di hadapannya. “Bila duit yang diselit jatuh, dia kutip letak dalam tempat letak cawan. Tapi selepas turunkan dia, memang dia tak ambil wang tu. Memang betul-betul dia bagi. “Memang selalu je saya ambil dan hantar dia. Saya rasa dia bagi wang tu sebagai token of friendship lah kot,” katanya sambil bersyukur dengan pemberian tersebut. Segala genap kereta Zed diselit dengan wang pemberian rakannya. Ditanya sama ada terkejut dengan pemberian wang sebanyak itu, Zed berkata ia tidak mustahil kerana rakannya yang dikenali sejak sekolah menengah itu kini merupakan ahli perniagaan. “Tak terkejut pun sebab ingatkan dia saja bergurau. Dia kaya, ada dua kilang baja sawit. Sebenarnya kawan saya tu ada empat kereta termasuk sebuah kereta Audi R8. “Tapi perangai dia memang tak suka memandu. Dia lebih suka naik kereta Axia saya. Entahlah, kadang-kadang pelik juga perangai orang kaya ni,” ujarnya. Adat nak berkawan lama ni kena tahu common sense. Kalau saya minta tolong dia hantarkan saya ke lapangan terbang pun, saya masih beri duit minyak walaupun dah tahu dia kaya. ZED Zed yang mengusahakan perniagaan barangan bayi dan sewa kereta itu menganggap pemberian tersebut sebagai tanda penghargaan seorang sahabat sejak sedekad lalu. Jelasnya, rakannya yang masih bujang itu merupakan seorang yang merendah diri dan komited dengan kerjanya tanpa mengenal erti penat. “Dia memang tahu kerja je setiap hari. Lepas dah penat nak keluar makan baru dia roger. Tapi bukanlah setiap hari, kadang-kadang dia ambil saya juga,” tambahnya. Rakannya itu mempunyai empat buah kereta termasuk sebuah kereta Audi R8. Gambar sekadar hiasan Pemuda yang berasal dari Kota Damansara, Selangor itu memberitahu, setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk menghargai rakannya. “Kalau bukan dengan duit, mungkin masa atau nasihat. Adat nak berkawan lama ni kena tahu common sense. Kalau saya minta tolong dia hantarkan saya ke lapangan terbang pun, saya masih beri duit minyak walaupun dah tahu dia kaya. “Orang berbudi kita berbahasa. Kalau kita tumpang orang tak semestinya kena selit sampai RM1,000, RM5 pun dah cukup atau bagi saja yang mana mampu,” katanya.