suria

Bapa galas bayi naik motor redah Jambatan P.Pinang, teori angin jadi perdebatan netizen - “Kalau mampu tak payah cakap, dengan helikopter pun dia boleh bawa anak dia”

Video pemuda menggalas bayinya di belakang badan semasa menaiki motosikal melalui Jambatan Pulau Pinang mendapat perhatian netizen.

TINDAKAN seorang pemuda yang menunggang motosikal di atas Jambatan Pulau Pinang sambil menggalas bayi di belakang badannya tular di media sosial.

Menerusi video berdurasi 18 saat yang dikongsi di sebuah laman Facebook, sekali pandang pemuda tersebut nampak seperti sedang menggalas beg.

Namun selepas diamati secara dekat, apa yang berada di belakang badan pemuda itu bukanlah beg tetapi bayi.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat beranak naik motor redah hujan untuk sekampit beras, barang dapur... tiba nak bayar minta tuala wanita pula!

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan berharap agar pemuda itu sampai ke destinasi dituju dengan selamat.

"Semoga selamat sampai ayah dan baby tu. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki untuk keluarga ini. Nanti baby dah besar jangan lupa balas jasa ayahmu. Mungkin terpaksa dia bawa kamu keadaan begitu," kata Afifa.

Rata-rata bersimpati dan sebak dengan tindakan pemuda itu.

"Allahu... kesiannya. Semoga dipermudahkan urusan brother tu, mungkin tu je kenderaan yang dia mampu tapi sebaiknya galaslah baby tu di hadapan, lebih selamat rasanya. Kesian baby. Semoga dipermudahkan ya Allah," kata Hidayah.

"Apabila atasan tidak menilai kos sara hidup yang semakin tinggi dan jarak tempat bekerja yang jauh... bukan semua orang senang. Semoga Allah permudahkan urusan sekeluarga. Aamiin," kata Muhammad Fahmi.

Namun tindakan pemuda itu turut mengundang kebimbangan orang ramai terhadap keselamatan bayinya.

Ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang mengecam tindakan pemuda itu.

"Patut galas depan sebab kecil lagi. Jambatan pun bahaya bawa motor kadang angin kuat. Seriau bawa moto. Mungkin ada kecemasan atau perkara yang memaksa ibu ini lakukan begitu. Moga dipermudahkan segala urusan. Aku pun selalu bawa anak naik moto, utamakan keselamatan, malang tidak berbau. Kita doakan baik-baik saja. Aamiin," kata Hamisah.

Pemuda itu mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian.

"Dia seorang ayah dia tahu apa yang terbaik untuk anaknya, kenapa dia galas belakang ada sebabnya. Kenapa dia tak galas depan pun ada sebabnya. Kadang-kadang ada juga yang duk kecam kenapalah dia naik motor tak naik kereta, kenapalah bawa bayi tengah panas ni dan macam-macam dia yang lalui dia je yang tahu kenapa dan mengapa. Kalau dia mampu tak payah cakap dengan helikopter pun dia boleh bawa anak dia," kata Ayah Qhaliff.

"Kalau di depan angin kuat. Nafas si anak kecil boleh lemas dengan angin kuat sebab tu ayahnya letak di belakang. Tengok dalam gambar macam baby lagi," kata Wahi.

Terima kasih pada mereka yang mendoakan. Saya terpaksa sebab keadaan tertentu. Harap semua memahami.  Terima kasih rakyat Malaysia.

FAIZUL HAKIMI.

Namun pemuda itu yang dikenali sebagai Faizul Hakimi ketika dihubungi mStar berkata dia terpaksa berbuat demikian kerana keadaan tertentu.

"Ya itu anak saya. Maaf saya tak dapat kongsi sebab saya buat begitu. Biar Allah sahaja yang tahu masalah saya," katanya yang menunggang motosikal bersama bayinya itu kira-kira pukul 9 pagi Khamis.

Antara reaksi netizen terhadap posting yang tular itu.

Faizul menerusi ruangan komen pada posting melibatkan dirinya yang dikongsi sebuah laman Facebook itu turut berterima kasih kepada mereka yang mendoakan perjalanan dia dan anaknya.

"Terima kasih pada mereka yang mendoakan. Saya terpaksa sebab keadaan tertentu. Harap semua memahami.  Terima kasih rakyat Malaysia," katanya lagi.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain