suria

Kapcai misteri tiba-tiba muncul rempuh superbike, peliknya motor berkecai tapi penunggangnya lesap - “Dia cuba larikan diri”

Ramai netizen mendakwa kelibat penunggang motosikal yang tiba-tiba merempuh superbike itu sebagai entiti misteri.

"NAMPAK macam Kamen Rider yang kena langgar tu."

Itu antara kata-kata netizen mengenai rakaman kelibat sebuah motosikal yang muncul secara tiba-tiba, betul-betul di hadapan sebuah kereta Perodua Alza sebelum merempuh penunggang sebuah motosikal berkuasa tinggi.

Video berdurasi 11 saat yang memaparkan kemalangan penuh misteri itu menjadi tular di Twitter sejak petang Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN:Helmet terpelanting, kepala terkoyak tapi pemandu kereta tak berhenti... “Mungkin dia tak perasan saya terjatuh”

ARTIKEL BERKAITAN: “Siapa sanggup ambil risiko duduk dalam tu?” - Kereta jatuh gaung, bro trak tunda bingung siapa campak karpet berdarah... orang tua-tua kata jerangkung

Malah beberapa netizen mendakwa rakaman misteri itu turut diterima menerusi grup WhatsApp masing-masing.

'Kehadiran' penunggang motosikal itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen sehingga ada yang mengaitkan kemalangan itu dengan entiti misteri.

Rata-rata netizen tertanya-tanya mengenai kemunculan penunggang misteri itu.

"Accident dengan tak tahu apa benda yang dilanggar tu. Tak jumpa motor or orang yang kena langgar tu. Nampak macam makhluk lain bawa pocong. Hahaha. Wallahualam," kata AS.

"Moto kapcai tu bawa saka ke apa? Nampak macam seorang berdiri, seorang duduk," kata Anoy.

"Kalau tengok betul-betul memang tak nampak orang yang kena langgar tu. Moto pun tak ada. Misteri betul. Nasib ada yang record," kata Shahfiq.

"Sat bro. Memang misteri. Takkanlah motor (superbike) tu tak nampak ada orang nak pusing gitu. Betul tak? Walaupun tengah laju korang mesti elak punya. Tapi ni tiba-tiba muncul. Then langgar kalau sepai dua dua sepai, then Alza tu akan kena sekali," kata Nabil.

Dalam pada itu ramai juga meluahkan rasa kagum dengan kecekapan penunggang superbike tu mengendalikan motosikalnya pada saat cemas.

"Brother motor ni memang aku respect sebab dia handle moto after collision memang steady. Tapi aku tengah blur kelip kelip mata yang langgar superbike ni. Explain weh," kata Anoy.

Komen netizen pada posting yang viral itu.

"The dude riding the superbike really handled the collision well though. Kalau aku dah masuk lane sebelah dah. Phew," kata Raz.

Bagaimanapun misteri kemalangan itu terungkai apabila seorang gadis tampil mendedahkan penunggang superbike dalam rakaman video yang tular itu adalah bapanya.

Malah gadis yang hanya ingin dikenali sebagai Bazil berkata tiada apa-apa yang misteri mengenai video kemalangan itu seperti yang diperdebatkan netizen.

Rider tu tercampak ke belakang. Lepas tu dia melompat melepasi besi penghadang jalan dan cuba melarikan diri.

BAZIL

"Hahaha. Ya... ayah saya yang bawa superbike tu. Tak ada misteri apa-apa pun. Waktu kejadian ayah saya dari KL menuju ke Singapura.

"Lepas exit Yong Peng, ada rider mabuk terlanggar kereta depan (Perodua Alza) kemudian terpusing dan langgar ayah saya," katanya kepada mStar.

Malah Bazil berkata, selepas terlanggar bapanya pemuda itu kemudian tercampak ke belakang.

Bazil mendedahkan ayahnya (dalam gambar) mengalami keretakan di bahu akibat rempuhan itu.

"Rider tu tercampak ke belakang. Lepas tu dia melompat melepasi besi penghadang jalan dan cuba melarikan diri.

"Nasib baik ada yang kejar dia. Bila call polis, mereka sahkan rider tu mabuk," katanya yang juga warganegara Singapura.

Jelas Bazil lagi, insiden itu berlaku di lebuh raya utara-selatan selepas susur keluar Plaza Tol Yong Peng (Selatan) kira-kira pukul 5 petang Ahad lalu.

"Memandangkan ramai yang tanya mengenai keadaan ayah saya... dia hanya mengalami keretakan di bahunya.

"Alhamdulillah dia semakin pulih. Buat masa ini, dia masih lagi cuti masuk hospital kerana perlu datang untuk pemeriksaan susulan," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain