suria

Tengah syok lepak mamak dengan kawan, hati teringat baby di rumah... lelaki ini keluar ‘arahan’ untuk isteri - “Suami pandai, dia tunjuk notification saja”

Aqilah (kiri) mendedahkan sikap pelik suaminya yang suka melepak dengan kawan-kawan tapi mahu pulang ke rumah awal. Foto ihsan Fathin Zainur Aqilah Zainuddin

ISTERI mana tak bising kalau suami suka keluar dengan kawan-kawan sampai lupa bini dan anak di rumah.

Kalau ditanya 'bila nak balik' ketika suami sedang rancak melepak sambil berborak, nanti dilabel queen control pula! Satu hal lagi, malu pula suami depan rakan-rakannya nanti.

Tapi jarang-jarang berlaku situasi ini, apabila seorang isteri diminta oleh suaminya untuk berlakon menjadi seorang queen control

ARTIKEL BERKAITAN: Selalu tinggal 2 anak, isteri sarat hamil di rumah... suami suka keluar malam dapat pengajaran, satu hari terdetik nak balik awal - “Rasa macam tak berguna jadi ayah”

ARTIKEL BERKAITAN: Berat nak lepas suami masuk pertandingan memancing, isteri teringin ke Paris minta isi borang permohonan dulu - “Alahai... macam buaya darat pula”

“Nak lepak tapi nak balik awal. Jadi terpaksalah aku ni jadi queen control di mata teman-temannya. Haha,” tulis seorang wanita di Twitter yang mana postingnya itu kini tular.

Perkongsian seorang isteri yang menjadi perhatian netizen.

Wanita berkenaan, Fathin Zainur Aqilah Zainuddin, 23, berkata, ini bukan pertama kali suaminya memintanya untuk menghantar mesej seperti itu, sebaliknya sudah banyak kali.

Ibu kepada cahaya mata perempuan berusia lima bulan itu memberitahu, tangkapan skrin mesej suaminya yang dikongsi di Twitter itu diterima semasa suaminya keluar minum dengan rakan-rakanya di kedai mamak, baru-baru ini.

“Saya tak kisah kalau suami nak pergi lepak dengan kawan-kawan lelaki dia, sebab ada masa saya pun akan luangkan masa dengan rakan-rakan perempuan saya.

“Tak adalah tetapkan syarat ketat sebab suami pun jarang keluar jumpa kawan. Asalkan jangan suami lepak lewat sangat sampai balik awal pagi sudahlah,” katanya kepada mStar.

Aqilah dan suami dikurniakan cahaya mata perempuan.

Lebih mesra dengan panggilan Aqilah, dia bagaimanapun berasa pelik dengan perangai suaminya yang tidak dihalang keluar bersama kawan-kawan tapi pada masa sama mahu pulang ke rumah lebih awal.

“Sebagai isteri, sudah tentulah saya gembira bila suami habiskan masa bersama isteri dan anak. Tapi pelik bila dia minta saya arahkan dia balik awal.

“Mana ada isteri nak dilabel sebagai queen control, apatah lagi depan kawan-kawan suami. Tapi kalau sebab suami nak balik rumah awal, tak apalah… queen control pun queen controllah, saya rela,” katanya secara berseloroh.

Aqilah tidak menghalang suaminya keluar berjumpa dengan kawan-kawan lelaki.

Suri rumah itu bagaimanapun mendedahkan mengapa suaminya kadang-kadang mahu pulang lebih awal apabila keluar lepak bersama teman-temannya.

“Suami kata dia rindu sangat dengan anak kami, dan isteri dia. Anak saya ni kecil lagi, jadi waktu tidur dia tak menentu.

Mana ada isteri nak dilabel sebagai queen control, apatah lagi depan kawan-kawan suami. Tapi kalau sebab suami nak balik rumah awal, tak apalah… queen control pun queen controllah.

AQILAH

“Suami pun sama, kerja syif ada masa kerja pagi ada masa kerja malam. Bila suami balik rumah, sama ada anak tengah tidur atau waktu anak berjaga tu terhad.

“Sebab itulah kalau ada peluang untuk jumpa anak dia yang belum tidur tu akan digunakan sebaik-baiknya,” tambahnya.

Suami Aqilah begitu rindu dengan anaknya setiap kali keluar rumah.

Aqilah yang menetap di Seremban, Negeri Sembilan memberitahu, rakan-rakan suaminya kebanyakannya bagaimanapun memahami senario ini kerana mereka juga sudah berumah tangga dan mempunyai anak.

Tambahnya, kunci kebahagiaan rumah tangga yang dibinanya bersama suami sejak dua tahun lalu adalah saling-memahami dan mempercayai antara satu sama lain.

“Kalau orang nak labelkan saya queen control, itu biarlah mereka sebab bukan betul pun. Apa yang penting adalah saya dan suami tahu jaga hal rumah tangga kami.

“Apa pun, suami pun pandai dia cuma tunjuk notification saja kat kawan-kawan dia yang saya mesej dia suruh balik, jadi mereka tak tahulah sebenarnya suami yang suruh saya hantar mesej tanya 'bila nak balik', suami pun pandai tak nak kantoi hahaha,” katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain