suria

Jurujual trauma dirinya terus jadi mangsa cabul, terbaharu lelaki gila seks berseluar pink nak try dalam tandas - “Saya ni taklah handsome sangat”

Seorang jurujual mendedahkan pengalaman pahit cuba dicabul oleh kaum sejenis.

"LEPAS saya dapat rakam muka dia tanpa dia sedar, terus saya lari macam Usain Bolt naik atas kat tingkat tiga."

Demikian pengalaman seorang pemuda yang mendakwa dirinya dicabul oleh kaum sejenis berusia lingkungan 40an ketika dia sedang memakai pelembab muka di tandas awam. 

ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali kena gangguan seksual dalam masa 24 jam, jerit pun tak guna... wanita ini sedar sikap orang sekarang - “Penumpang lain hanya tengok ‘drama’ saja”

Kejadian yang berlaku di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur pada Isnin petang itu tular apabila Kasim (bukan nama sebenar) membuat posting tentang dakwaan gangguan seksual oleh lelaki terbabit di laman sosial. 

Video sebahagian daripada kejadian tersebut berdurasi 3 saat yang menunjukkan seorang lelaki berumur sedang membuka zip seluar merah jambunya di tepi tangga meraih lebih dari 529,000 tontonan, 7,700 ulang kicau dan 6,200 tanda suka di Twitter.  

Rata-rata netizen menasihatkan Kasim supaya lebih berhati-hati agar kejadian itu tidak berulang, malah ada juga yang senasib dengannya turut berkongsi kisah mereka.  


Kasim mendakwa dicabul kaum sejenis di tandas awam. 

"Seram, lelaki pun tak selamat, asal kau tak siku je muka dia? Be careful bro. 

"Dude i literally know how you feel, masa kena tu kita tak boleh nak fikir apa apa pun rasa macam nak jatuh jantung sebab panik. Stay safe brother. 

"Weh pernah kena benda yang sama tapi nasiblah ada member waktu tu. Bukan kat toilet tapi terang-terang tepi deretan kedai kat mall. Dia punya senyum scary gila weh. Hahahaha," komen beberapa netizen.  

Berkongsi cerita dengan mStar, Kasim memberitahu segalanya bermula apabila bahagian alat sulitnya tiba-tiba disentuh oleh lelaki tersebut ketika dia sedang melihat cermin sambil memakai pelembap muka di tandas.  

Menurut Kasim, walaupun sedar akan kehadirannya di tandas yang sama, dia tidak menjangkakan perkara tersebut akan berlaku kerana beranggapan tindakan lelaki membetulkan seluar mereka di bilik air adalah normal. 

"Dah nama pun hari Isnin, masa tu dalam pukul 4.30 petang tak silap saya, jadi dalam mall tu macam lengang tak ramai orang. Saya pun yang tengah mengantuk terus pergi toilet. 

Perkongsian Kasim tular di laman sosial.

"Dah alang-alang nak cuci muka tu, saya bawalah sekali moisturiser sebab kulit muka saya kering. Tengah-tengah dalam toilet tu, saya perasan macam ada seorang pakcik tua ni pelik berdiri kat sebelah saya. 

"Saya anggap normal bila nampak dia betulkan seluar. So, saya tak fikir negatiflah, tengah tengok cermin sambil sapu moisturiser dekat muka saya, tiba-tiba je dia sauk saya punya private part, cuak gila masa tu. Saya pun terus ambil skincare saya keluar dari toilet secepatnya," katanya.  

Pemuda berusia 20 tahun ini terus melulu keluar menggunakan tangga sebagai alternatif untuk melarikan diri daripada lelaki tua berkenaan. 

Kasim yang bekerja di salah sebuah premis di situ terdetik untuk menggunakan escalator dan terus ke tempat kerjanya namun risau jika lokasi dia mencari rezeki diketahui oleh lelaki tersebut.  

"Lepas tu dia tu ikut saya dari belakang pula, masa tu memang cuak sangat.

Kasim mengambil keputusan menggunakan tangga untuk melarikan diri daripada lelaki berkenaan. 

"Tak nak dia tahu kat mana tempat saya kerja, saya pun buat keputusan untuk guna tangga. Dalam 20 minit jugalah terbuang sebab nak escape dari dia," ujarnya.  

Dalam pada itu, Kasim juga memberanikan diri mengambil gambar dan merekod video lelaki berkenaan untuk dijadikan bahan bukti sewaktu dia diekori di tangga.  

"Masa dia follow saya dekat tangga, saya beranikan diri untuk dapatkan bukti which is saya nak record or ambil gambar muka dia.  

"Dia ingat saya nak serah diri, padahal saya nak jadikan bahan bukti. Berderau sangat darah saya waktu dia dekat dengan saya kat tepi tangga. 

"Dia cuba nak cabul saya lagi sebenarnya, tapi bila saya dapat record je video dan ambil gambar dia tanpa pengetahuan, saya pun terus lari macam Usain Bolt naik ke tingkat tiga untuk sembunyi dalam cubicle toilet," tambahnya.  

Dia cuba nak cabul saya lagi sebenarnya, tapi bila saya dapat record je video and ambil gambar dia tanpa pengetahuan, saya pun terus lari macam Usain Bolt naik ke tingkat tiga untuk sembunyi dalam cubicle toilet.

MANGSA

Anak bongsu daripada empat orang adik beradik ini kemudian menghubungi rakan sekerjanya bagi mendapatkan bantuan.   

"Saya terus call kawan tempat kerja, suruh datang dan periksa dia ada ke tak dalam tandas. 

"Bila kawan dah datang dan beritahu kat saya yang dia dah lesap, saya pun keluar tapi dalam keadaan yang masih lagi takut," katanya.

Sementara itu, jurujual kelahiran Kuala Lumpur ini menjelaskan dia mempunyai alasan sendiri tidak mempertahankan diri ketika dia cuba dicabul.  

Jelas Kasim, dia berasa trauma kerana insiden tersebut mengingatkankannya terhadap peristiwa lampaunya yang pernah dicabul ketika masih kecil. 


Ini bukan kali pertama Kasim menjadi mangsa gangguan seksual. 

"Ada yang cakap, kenapa saya tak pertahankan diri. But what if predator tu ada benda-benda tajam yang boleh membahayakan nyawa saya? Saya waktu tu dahlah trauma, menggigil ketakutan, speechless. Memang tak boleh nak bertindak apa-apa. 

"Especially ini bukan kali pertama saya dicabul. Bila teringat zaman kecil-kecil tu pernah kena sexual harrasment, memori lama muncul kembali dan saya terkedu. 

"Yang saya peliknya, saya ni tak adalah handsome sangat, pakaian labuh bawah punggung, kenapa saya yang jadi mangsa? The point is, bukan soal alim atau tak, tutup aurat atau tak, tapi kalau dah kita disasar untuk dijadikan mangsa, ia tetap akan jadi," katanya. 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
cabul, tandas, gila seks

Artikel Lain