KETIKA ramai yang lena diulit mimpi, seorang ibu tunggal terpaksa berhempas-pulas mencari ikhtiar demi anak-anaknya daripada hidup melarat sebagai gelandangan. Desakan hidup itu juga membuatkan wanita enam anak itu sanggup mencari seorang guru yang sering terlibat dengan program kebajikan, meskipun jam menunjukkan pukul 2 pagi. Guru berkenaan, Mohd Fadli Salleh berkata, ketika bersama rakan-rakannya di sebuah kedai tom yam di Setapak di ibu negara, dia didatangi seorang wanita yang ditemani seorang budak lelakinya. ARTIKEL BERKAITAN: Empat beranak naik motor redah hujan untuk sekampit beras, barang dapur... tiba nak bayar minta tuala wanita pula! ARTIKEL BERKAITAN: Guru dikecam beri sumbangan snek, coklat mahal untuk orang susah! “Aku letak diri aku sebagai penerima” Mohd Fadli memberitahu, wanita yang juga golongan asnaf Lembaga Zakat Selangor (LZS) dihalau keluar rumah oleh pemiliknya pada Disember. Hidangan bubur kacang awal pagi. “Tuhan atur cantik pertemuan malam ini. Sepatutnya sekitar pukul 1 pagi aku beransur pulang. Namun masa bangkit dari tempat duduk, Mek (pekerja kedai makan) hidangkan bubur kacang. “Bulan 12 lepas, wanita itu dihalau keluar rumah kerana tuan rumah nak jual rumah tu. Deposit tidak dipulangkan semula dengan alasan ia kos untuk mengecat dan baik pulih rumah. “Sebaik keluar rumah, zakat hentikan bayaran sewa dan minta dia cari rumah baharu untuk bantuan zakat seterusnya,” katanya menerusi perkongsian di halaman Facebook, sehingga dikongsi lebih 1,600 kali. Sejak lebih sebulan lalu, Mohd Fadli berkata, tujuh beranak itu terpaksa hidup ‘menumpang’ di surau, rumah transit, Anjung Harmoni. Malah, katanya, wanita itu bersama anak-anaknya yang berusia antara enam hingga 17 tahun juga terpaksa menumpang di rumah beberapa jiran. “Dia cari duit untuk sewa bilik dahulu, nak pastikan anak-anak ada tempat berteduh. Anak sulungnya perempuan bakal ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ni. “Kesemua mereka belum sehari pun menjejak kaki ke sekolah tahun ini kerana tiada tempat tinggal dan baju-baju sekolah. Cikgu-cikgu dah mula call dan bertanya. Bulan 12 lepas, wanita itu dihalau keluar rumah kerana tuan rumah nak jual rumah tu. Deposit tidak dipulangkan semula dengan alasan ia kos untuk mengecat dan baik pulih rumah. MOHD FADLI “Macam mana nak mula sekolah, tempat tinggal pun tiada. Persiapan persekolahan anak-anak apapun tiada. Pakaian sekolah lama, hilang (agaknya dibuang) semasa pindah rumah. “Masa tu dia tinggalkan pakaian dalam plastik sampah kat tangga rumah untuk bawa anak-anak berteduh dulu,” katanya sambil menambah Kaunter Express LZS turut membantu sebanyak RM100. Dua beranak yang berusaha mendapat bantuan pukul 2 pagi. Menurut guru itu, ada bilik sewa berharga RM350 tetapi jumlah itu tidak mampu disediakan ibu tunggal berkenaan sementara mencari rumah sewa lain dan memohon bantuan zakat. Dalam tempoh kurang 24 jam, Mohd Fadli berkongsi khabar gembira apabila ada sebuah rumah dilengkapi perabot dengan kadar sewa RM750 di Ampang. Mohd Fadli berkata, ibu tunggal itu diminta untuk tinggal di rumah berkenaan dengan deposit dan bayaran sewa dijelaskan menerusi dana kiriman rakan-rakannya. Keadaan rumah sewa baharu di Ampang. Malah dia turut memberitahu wakil Skuad Saidina Umar (SSU) Zakat Selangor tampil membantu untuk memudahkan urusan sewa bulanan. “Alhamudlillah, Allah permudahkan betul urusan kali ini. Sangat lancar, sangat mudah dan ramai yang membantu. “Bubur kacang ini asbab aku untuk stay lebih lama. Rupa-rupanya Tuhan tengah kirim satu keluarga mencari aku masa ni,” katanya sambil menambah akan memastikan anak-anak wanita itu kembali ke sekolah dengan bantuan persiapan belajar.