suria

Senior OK je, siap standby nak kena simbah tomyam, netizen yang bitter - “Bila jadi macam ni, memang ‘manislah'...”

Prank yang dilakukan oleh Kamal dan rakan sekerjanya sempena hari terakhir perkhidmatan salah seorang rakan mereka. Foto: Twitter Blank

“SEBENARNYA dia langsung tak ada masalah, malah dia pun tahu mengenai ‘tradisi’ itu.”

Demikian kata seorang lelaki mengulas mengenai video simbah kuah tomyam yang dimuatnaik olehnya di Twitter sehingga mencetuskan kritikan netizen.

Hanya mahu dikenali sebagai Kamal, lelaki itu menjelaskan bahawa apa yang berlaku itu adalah ‘tradisi’ di tempat kerjanya apabila seseorang staf akan meletakkan jawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Buka aib rakan sepejabat sebenarnya ‘prank’, mangsa baru dapat kerja siap puji syarikat, “Saya OK sahaja baik mental mahupun fizikal”

ARTIKEL BERKAITAN: Abang kering tekak, adik jadi ‘mangsa’ prank... reaksi budak umur 6 tahun ini tetap ‘cool’ walau cuaca panas!

“Memang di sini sesiapa yang berhenti pasti akan melalui pengalaman disimbah kuah. Tapi kuah yang digunakan itu adalah makanan yang tidak habis, bukanlah kami ambil bahan-bahan kotor seperti air longkang atau benda lain.

“Individu yang disimbah di dalam video tersebut adalah senior saya. Dia dah kerja di restoran itu lebih setahun yang lalu. Memang baik orangnya.

“Dia memang tahu mengenai 'tradisi simbah kuah' sebab dia dah lama kerja. Dan ketika itu adalah hari terakhir dia. Dia memang tahu akan jadi ‘mangsa’ dan dia memang sengaja pulang lambat sebab nak habiskan masa dengan rakan sekerja,” ujarnya yang berusia 19 tahun.

Kamal dan rakan sekerjanya melakukan 'prank' kepada seorang pekerja senior sempena hari terakhir perkhidmatannya.

Tambah Kamal, dia tidak menyangka perkongsian secara suka-suka itu akhirnya menjadi tular, malah mendapat banyak kecaman negatif daripada netizen.

“Kami buat itu hanya sekadar untuk kenang-kenangan. Sekurang-kurangnya ada perkara ‘manis’ untuk diingat. Senior saya yang kena simbah tu pun OK saja.

“Ada netizen yang kata dia tak rela dan kena paksa. Tapi saya nak jelaskan, dia memang tahu mengenai prank itu. Malah selepas itu, kami tolong dia bersihkan badan.

“Netizen yang tak OK. Macam-macam mereka cakap. Sebenarnya yang beri komen negatif ni mungkin mereka tak pernah kerja di bahagian Food & Beverages. Rasanya ia bukan isu besar.

Kami buat itu hanya sekadar untuk kenang-kenangan. Sekurang-kurangnya ada perkara ‘manis’ untuk diingat. Senior saya yang kena simbah tu pun OK saja.

KAMAL

PEKERJA RESTORAN

“Disebabkan itu, pihak pengurusan restoran minta supaya video tersebut dipadam dari laman sosial untuk elakkan pelbagai isu,” ujarnya yang bekerja di restoran tersebut untuk mengisi masa terluang ketika cuti semester.

Kamal yang juga penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi swasta berkata, insiden berkenaan sedikit sebanyak membuatkannya serik untuk membuat perkongsian di laman sosial.

Antara komen netizen yang 'menyebelahi' Kamal dan melihat tindakan tersebut bukan isu yang perlu diperbesarkan.

“Serik juga. Sebab memang post untuk suka-suka sahaja tapi tak sangka dapat kecaman netizen.

“Cuma apa yang saya nak jelaskan, niat kami ketika itu bukan nak buli atau sebagainya, tapi sebenarnya hanya untuk mencipta kenangan manis dengan rakan-rakan.

“Tapi bila jadi macam ni, nampaknya memang ‘manislah' dan takkan dilupakan sampai bila-bila,” ujarnya mengakhiri bicara.   

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
prank, kuah tomyam, senior, netizen, bos

Artikel Lain