suria

Wow! Pingat emas berganda... Bukan sahaja nasi lemak, cef Malaysia pertaruh nasi kandar raih pengiktirafan di Ireland

Zainal menunjukkan sijil pencapaian pingat emas pada Pertandingan Cef Kulinari 2020 di Dublin, Ireland. Foto Facebok Zafirah Zain

BARU-baru ini dilaporkan seorang rakyat Malaysia mengharumkan nama negara apabila memenangi pingat emas pada Pertandingan Cef Kulinari 2020 di Dublin, Ireland.

Kejayaan itu diraih Siti Safura Mohd Tawil, 28, menerusi sajiannya, Nasi Lemak Bunga Telang bagi pertandingan kelas masakan Asia-India.

Namun siapa sangka sebenarnya seorang lagi warga Malaysia turut menjulang nama negara dalam pertandingan yang sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Nasi lemak dah dapat, kini mengidam burger pula... mat salleh nak ‘terbang’ lagi... kali ini 16,000km dari UK ke KL

ARTIKEL BERKAITAN: Rendang Ayam: “John, Anda Akan Lebih Popular Di Asia Tenggara Kalau…” – Chef Malaysia Di UK

Cef yang kini berpangkalan di Dublin itu juga memperoleh pingat emas dengan menerusi hidangan yang cukup terkenal di Pulau Mutiara iaitu nasi kandar.

Sijil pingat emas yang diterima Zainal.

Menurut sumber kepada mStar, Chef Zainal Abidin Abdullah, 30, mempertaruhkan sajian popular Nasi Kandar Kari Kambing.

“Zainal yang berasal dari Pulau Pinang memasak menu popular negeri berkenaan.

“Kedua-dua Zainal dan Siti Safura diumum memenangi pingat emas. Bagaimanapun, Siti Safura mendapat pingat dan trofi, manakala Zainal menerima pingat dan sijil,” ujarnya.

Zainal semasa membuat persiapan semasa bertanding.

Menurut sumber berkenaan lagi, Zainal yang juga bapa kepada tiga anak dan Siti Safura mendapat pingat emas kerana kutipan mata mereka hampir sama.

“Bagaimanapun, bunga telang yang digunakan Siti Safura dalam hidangan nasi lemaknya membolehkan dia mendapat markah tambahan,” katanya.

Kedua-dua Zainal dan Siti Safura diumum memenangi pingat emas. Bagaimanapun, Siti Safura mendapat pingat dan trofi, manakala Zainal menerima pingat dan sijil

SUMBER

Nasi kandar bukan sahaja menjadi menu paling popular dalam masyarakat di Pulau Pinang, malah buat sebahagian besar rakyat Malaysia serta tarikan pelancong seluruh dunia.

Sumber turut memberitahu bahawa pingat perak dan gangsa dalam pertandingan itu, masing-masing juga dimenangi oleh rakyat Malaysia.

Zainal (kanan) dan Siti Safura (tengah) menerima pingat emas dalam Pertandingan Cef Kulinari 2020 di Dublin.

Dalam pada itu, isteri kepada Zainal turut berkongsi kegembiraan di atas kemenangan suaminya menerusi satu posting di halaman Facebooknya.

Menurut perkongsian di halaman Facebook Zafirah Zain, dia menjelaskan bahawa ia bukan kali pertama suaminya menyertai pertandingan itu, malah pernah merangkul pingat perak dalam acara yang sama tahun lalu.

“Alhamdulillah! Tahniah sayang. Pingat emas bagi masakan Asia-India tahun ini. Tahun lepas dapat pingat perak.

“Satu lagi peristiwa penting dicapai. Semua usaha keras berbaloi!” katanya secara ringkas.

Zainal bersama isteri dan anak-anaknya meraikan pencapaian meraih pingat emas.

Beberapa gambar kemenangannya termasuk sijil pingat emas yang diraih Zainal turut dikongsi isterinya di laman sosial.

Selain itu, terdapat foto Zainal dan isterinya bersama tiga anak mereka menjulang Jalur Gemilang bagi meraikan kemenangan itu.

Pertandingan masakan yang diadakan di Pusat Persidangan dan Acara Citywest di Citywest, Dublin itu diadili barisan panel cef dari Ireland.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain