TANPA mengira siang atau malam, cuaca panas boleh membuatkan kering tekak dan ais krim antara ubat paling mujarab untuk melegakannya. Keterujaan seorang gadis untuk menikmati ais krim terbantut apabila bekas yang dilihat dari luar masih penuh isinya, sebenarnya hanya tinggal sisa. “Siapa ajar makan ais krim macam ni setan???” tulisnya menerusi posting di laman Twitter pada Sabtu malam, sehingga diulang kicau lebih 15,000 kali. ARTIKEL BERKAITAN: Abang kering tekak, adik jadi ‘mangsa’ prank... reaksi budak umur 6 tahun ini tetap ‘cool’ walau cuaca panas! ARTIKEL BERKAITAN: Kejutan hadiah buat adik-adik, tapi abang yang sebak “Tak pernah meminta-minta, tapi saya tahu mereka teringin” Gadis berkenaan, Maisarah Nuwii mengakui dia begitu tak sabar menikmati minuman rutbir bersama ais krim pada waktu malam. Perkongsian Sarah yang menjadi tular di media sosial. Walaupun terdapat tiga bekas ais krim yang disimpan di dalam peti sejuk, pelajar berusia 24 tahun itu tetap memilih perisa vanila. “Selain vanila, ada dua lagi ais krim perisa strawberi dan cookies and cream. Tapi biasanya orang hanya guna ais krim vanila untuk letak bersama rutbir. “Memang excited bila buka peti sejuk tengok bekas ais krim vanila macam penuh. Tapi bila buka, rupa-rupanya tinggal sikit je... rasa tertipu,” katanya kepada mStar. Lebih mesra dengan panggilan Sarah, katanya, ketika kejadian, dia berada di rumah keluarganya di Negeri Sembilan dan percaya adik bongsunya yang meninggalkan bekas ais krim sebegitu dalam peti sejuk. Di luar bekas nampak isi penuh, tapi di dalam hanya tinggal sisa. Anak kedua daripada empat beradik itu berkata, adik lelakinya yang berusia 16 tahun itu sering bergurau sesama mereka. “Adik saya ni memang kuat menyakat, ada saja nak bergurau. Sampai cara ambil ais krim dalam bekas pun kerja dia... adik sendiri mengaku. “Dia juga orang terakhir makan ais krim tu pada hari yang sama,” katanya. Dua beradik ini gemar bergurau antara satu sama lain. Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan itu turut mengakui dia juga pernah membuat gurauan terhadap adiknya. “Kadang-kadang bila saya cuti, saya akan tolong ambil adik di sekolah. Setiap kali saya datang nak jemput, saya akan hon banyak kali depan dia. Adik saya ni memang kuat menyakat, ada saja nak bergurau. Sampai cara ambil ais krim dalam bekas pun kerja dia SARAH “Saya hanya buat macam tu bila nampak dia tengah tunggu bersama kawan-kawan. Bila saya tekan hon banyak kali, cepat-cepat dia masuk kereta. “Mungkin ia 'serangan' balas selepas apa yang selalu saya buat kat dia. Frust juga tak dapat makan banyak ais krim sebab dah tinggal sikit saja,” tambahnya. Sarah memberitahu hubungannya bersama adik tetap baik. Namun kata Sarah, hubungannya bersama adik bongsu tetap baik dan setiap gurauan antara mereka sekadar untuk merapatkan hubungan adik-beradik. “Memang saya marahkan dia pasal ais krim tu. Tapi marah sekali saja dan selepas tu kami okay macam biasa. “Keluarga kami memang suka bergurau, dan mungkin saya pertimbangkan untuk lakukan sesuatu kat adik selepas insiden ais krim tu,” ujarnya secara berseloroh.