SATU peluang yang tak disangka-sangka. Demikian kata seorang wanita berusia 28 tahun apabila dia menerima surat tawaran mengerjakan fardhu haji pada Isnin lalu. Menurut Siti Aisyah Jabaruddin, dia yang terkejut dengan tawaran itu bagaimanapun mahu mengambil peluang berkenaan untuk memperbaiki dirinya sebagai umat Islam. ARTIKEL BERKAITAN: “Pernah saya lawat pukul 2 pagi” - Kenal di Makkah, sempat tunai umrah sekali lagi selepas kahwin... lelaki ini tak pernah ‘missed’ ziarah kubur isterinya ARTIKEL BERKAITAN: “Bentuk macam wanita, itu bukan isu” - Mujahid gesa Sajat kembali kepada fitrah lelaki, isu bertelekung di Makkah tak jejas kuota haji Malaysia "Nak demam tengok surat tu... rasa takut. Tertanya-tanya, dah bersedia ke? "Memang tak sangka, sebab mak yang buat semua. Mak daftarkan lebih kurang 18 tahun lepas. "Tak sangka dapat pergi awal. Kalau mak tak buat rasanya tak dapat pergi seawal macam ni," ujarnya kepada mStar. Posting Aisyah di Twitter mengenai surat tawaran itu. Selain Aisyah, dua adik perempuan serta seorang adik lelakinya turut menerima surat berkenaan untuk mengerjakan haji pada musim 1441H/2020M. Ujar jurulatih seni mempertahankan diri itu, dia cukup bersyukur kerana inisiatif kedua ibu bapanya memberi peluang kepada mereka untuk ke Tanah Suci pada usia muda. Tambah Aisyah, ibu bapanya sudah mengerjakan haji sekitar 10 tahun lalu. Tak tahu nak cakap terima kasih macam mana kat mak. Sekarang pun mak dengan ayah dah sibuk berbincang pasal kami nak pergi buat haji. SITI AISYAH JABARUDDIN JURULATIH SENI MEMPERTAHANKAN DIRI "Kami ada beradik semua dapat. Tapi saya yang paling last dapat. Dari dulu mak tolak RM100 duit gaji dia untuk kami empat beradik. "Memang inisiatif dia. Dia tak nak anak-anak susah nak pergi Makkah," katanya lagi. Menurut Aisyah, dia juga menganggap peluang keemasan itu sebagai titik permulaan untuk dia memperbaiki kekurangan dirinya. Aisyah bersama adik-beradiknya. "Surat ni cermin untuk saya insaf, untuk perbaiki diri. Muhasabah diri juga. "Tak tahu nak cakap terima kasih macam mana kat mak. Sekarang pun mak dengan ayah dah sibuk berbincang pasal kami nak pergi buat haji. "Anak-anak masih clueless lagi," ujarnya dalam nada berseloroh. Aisyah baru sahaja mendirikan rumah tangga pada tahun lepas. Kata Aisyah, dia yang baru mendirikan rumah tangga pada November lalu mahu mengikut jejak langkah ibunya apabila sudah memiliki cahaya mata kelak. Sehingga kini, posting Aisyah mengenai surat tawaran daripada Tabung Haji itu menerima lebih 3,500 ulang kicau (Retweet) di Twitter. Malah, rata-rata netizen turut mengucapkan tahniah kerana Aisyah diberi peluang untuk mengerjakan haji pada usia muda dengan keadaan kesihatan yang masih baik.