SUDAH lebih seminggu pembantu rumahnya pulang ke Surabaya, Indonesia dan bekas majikannya di Malaysia mendedahkan anak bongsunya, Dinda tetap ceria seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Ini kerana jelas Nurhayati Zainol Abidin, Dinda atau sebenarnya Malaika Dinda Jannah sentiasa beranggapan bibik kesayangannya itu akan kembali menjaganya selepas ini. "So far dia tak demam. Mungkin sebab dalam fikiran dia bibik akan balik. Lagipun setiap malam bibik akan video call jadi dia tak rasa (kehilangan) sangat. ARTIKEL BERKAITAN:“Jangan buat Dinda!” - Bibik balik Indonesia, majikan dan anak ‘sakit’ tahan rindu... tak mampu pandang wajah mereka dalam video call "Mungkin ambil masa... nanti dua tiga bulan barulah dia akan terasa rindu dekat bibik," katanya kepada mStar. Menurut Nurhayati atau lebih mesra disapa Kak Yatie, Dinda tidak percaya bahawa bibik yang menjaganya sejak berusia tiga bulan itu tidak akan kembali menjaganya semula. Dinda (dua kiri) bersama ibu, bibik dan juga kakaknya. "Mula-mula tu memang kami tipu dia beritahu bibik akan balik. Tapi bila kami cakap benda betul dia tak percayalah. "Masa video call bibik pun ada cakap dia takkan balik dah. Lepas tu Dinda cakap 'no bibik tipu' sambil nangis. Kami pun tak tahu nak buat macam mana dah. "Jadi bila bibik tengok dia nangis bibik pun tak sampai hatilah nak cakap dah. Bibik pun cakap 'eh tak... tak, nanti bibik dah OK sikit bibik balik'. Saya pun marahlah bibik sebab bagi harapan dekat Dinda," katanya. Jelas wanita berusia 42 tahun itu, hubungan Dinda dan bibiknya itu amat rapat sehingga tiada siapa-siapa boleh mengasari anak bongsunya itu. "Dia punya rapat tu bila Dinda kena marah biasalah budak-budak nakal, bibik yang akan menangis. Jenuh kami kena marah sampai saya sendiri pun terkedu. "Kalau Dinda masuk wad dialah orang paling risau dalam dunia ni. Kalau saya outstation mereka akan tidur sekali. Dia pun akan tunggu Dinda dalam bilik sampai tidur. Kad ucapan keluarga kak Yatie kepada 'Makcik Bibik'. "Bila saya balik saya tanya kenapa bibik tak tidur? Dia kata risau Dinda jatuh katillah, takut Dinda bangunlah. Dia punyalah nak jaga sampai macam tu sekali," katanya. Sejak ketiadaan bibik berusia lewat 50-an itu, Kak Yatie berkata dia sering melakukan rutin harian pembantu rumahnya itu untuk Dinda. "Selalunya balik sekolah bibik akan suap Dinda makan, jadi sekarang saya kena take over. Puas saya pujuk dia tapi saya pun tak nak selfish. Lagipun dia dah tak kuat, lutut sakit. Dia pun sebenarnya memang berat hati nak tinggalkan kami. NURHAYATI ZAINOL ABIDIN "Apa yang bibik masak untuk dia macam nasi goreng... makaroni saya kena masakkan. Saya kena buat sebab tak nak dia terasa sangat," katanya. Tambah Kak Yatie lagi, dia sendiri turut terasa dengan pemergian bibik yang dipanggil 'Makcik Bibik' itu. "Dia dengan family saya dah lapan tahun. Memang terasa sangat-sangat bila dia tiada sebab dia antara bibik paling rapat. Video kemesraan Dinda dan bibiknya mengundang sebak netizen. "Saya selalu anggap dia mak saya sebab dia dah tua. Sebab tu kalau dia sakit saya suruh dia rehat je. Saya cuma minta dia jaga Dinda je sebab itulah mereka rapat. "Puas saya pujuk dia tapi saya pun tak nak selfish. Lagipun dia dah tak kuat, lutut sakit. Dia pun sebenarnya memang berat hati nak tinggalkan kami," katanya. Kisah kemesraan Dinda dan bibiknya itu mendapat perhatian ramai selepas video kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun itu dipangku bibik saat terakhir sebelum pulang ke kampung halamannya tular di media sosial. Rata-rata netizen meluahkan rasa sebak melihat kasih sayang antara mereka.