SETIAP ibu bapa pasti melalui momen indah membesarkan anak masing-masing. Semakin membesar si kecil, semakin aktiflah mereka. Ada saja yang cuba mereka terokai. Begitu juga kisah melucukan yang dikongsi Nurizatul Yusiza mengenai gelagat anak bongsunya, Mariatul Aleeya Ellyna Mohd Yusuf yang berusia 11 bulan apabila si kecil itu tersepit di celah peti sejuk di rumah mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Bapa galas bayi naik motor redah Jambatan P.Pinang, teori angin jadi perdebatan netizen - “Kalau mampu tak payah cakap, dengan helikopter pun dia boleh bawa anak dia” "Baby tersepit! Kejadian ni berlaku malam tadi. Si ibu yang sedang membasuh pinggan tiba-tiba terdengar jeritan yang amat kuat di dapur. "Tapi kelibat babynya tak nampak! Rupa-rupanya.... Ini sebab terlebih nakal ke terlebih makan?" kata ibu kepada lima anak itu dalam postingnya yang tular. Namun perkongsian video berdurasi 50 saat itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen sehingga ada yang mengecam wanita berusia 31 tahun itu kerana tidak peka dengan keselamatan anaknya. Momen melucukan ketika Mariatul Aleeya Ellyna tersepit di celah peti ais di rumah mereka dekat Sydney, Australia. Nurizatul bagaimanapun enggan cepat melatah dan menganggap kecaman itu sebagai satu pesanan positif buat dirinya. "Mula-mula tu macam nak marah netizen yang komen seolah-olah saya tak ambil berat tentang keselamatan anak saya sendiri. "Tapi bila fikir semula, saya ambil sebagai pesanan yang positif. Lagipun husband saya cakap tak perlu balas komen negatif sebab tak semua setuju dengan apa kita buat," katanya kepada mStar. Saya anak dah lima. Jadi dah kenal perangai setiap anak. Janganlah risau, kami bukan mak bapa yang reti buat anak je. Anak saya pun sihat Alhamdulillah. NURIZATUL YUSIZA Menurut wanita yang menetap di Sydney, Australia itu dia berkongsi video itu di Facebooknya kerana mahu menyimpan kenangan zaman kecil anaknya itu. "Bagi saya semua tu kenangan. Zaman dah maju tak salah gunakan. Esok anak saya dah besar ada kenangan, boleh tengok gelagat dia ketika masih kecil. "Itulah momen lucu mereka zaman kecil. Lagipun zaman dah berubah dan tak salah gunakan teknologi yang ada. "Janganlah cepat buat persepsi negatif tapi terpulanglah kepada netizen untuk menilainya. Yang pasti anak saya selamat dan tiada apa-apa kecederaan ," katanya. Nurizatul berkata anaknya itu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Mengenai dakwaan anaknya menjerit kesakitan disebabkan renjatan elektrik atau haba panas peti sejuk itu, Nurizatul menafikan perkara tersebut. "Mula-mula jadi saya dah menjerit dulu panggil husband saya untuk tengokkan mana anak kami. "Bila tengok dia tersepit celah tu (peti sejuk) bukan sebab sakit atau renjatan atau panas pun tak... sebab peti ais saya panas di bahagian belakang saja. "Jadi saya sempat ambil handphone di atas kabinet dan terus rakam. Dan husband saya alihkan peti ais dan keluarkan anak kami. Lepas dia keluar, dia OK," katanya. Begitupun, Nurizatul menyifatkan anak bongsunya itu seorang yang aktif dan overacting. "Saya anak dah lima. Jadi dah kenal perangai setiap anak. Janganlah risau, kami bukan mak bapa yang reti buat anak je. Anak saya pun sihat Alhamdulillah. "Anak bongsu saya ni dari lahir nak susu pun jenis menjerit! Tak bagi signal merengek kalau nak susu. Dia terus jerit je. Jadi saya tahu dah mana sakit, mana terkejut, mana gelabah dia," katanya. Nurizatul berkata anaknya itu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Nurizatul berkata anaknya itu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.