suria

Tak mahu terus bersedih, remaja ini capai pen, habiskan masa 2 jam tulis beribu kali ‘Abam’ sehingga terbentuk potret arwah

Abdul Azim menunjukkan potret Allahyarham Abam Bocey dengan lakaran yang mengandungi kira-kira 1,000 nama arwah.

TIDAK mahu berterusan menangisi pemergian Allahyarham Abam Bocey, seorang remaja mengubat kesedihan dengan menghasilkan potret pelawak itu.

Lebih bermakna, setiap lakaran pada sehelai kertas itu dibuat dengan menulis nama 'Abam' sehingga membentuk sebuah potret.

Video remaja itu melakarkan potret arwah Abam menjadi tular di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Budak 10 tahun menangis teresak-esak dapat tahu Abam Bocey dah tiada, sanggup stop main PS4 nak tengok idola – “Kerana Abam, dia terbuka hati tonton program TV Melayu”

ARTIKEL BERKAITAN: Lampu dah tutup, penjaga kubur dedah dua beranak merayu nak ziarah pusara Abam Bocey ‘macam tak ada esok’ - “Pecah rekod... aura dia lain macam”

Remaja berkenaan, Abdul Azim Mohd Rozahar berkata, dia begitu meminati dan mengagumi Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan.

Teknik tulisan nama Abam pada lakaran potretnya.

Pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada tahun ini memberitahu dia amat terkejut dengan berita pemergian Abam.

“Saya lukis potret tu selepas menerima berita mengenai Abam Bocey meninggal dunia pagi Isnin tu, memang terkejut bila dapat tahu.

“Saya dah lukis banyak potret tapi inilah potret pertama yang saya lakar menggunakan teknik perkataan,” katanya kepada mStar.

Pemergian Allahyarham Abam dianggap satu kehilangan besar dalam industri hiburan.

Abdul Azim yang berasal dari Segamat, Johor itu berkata, dia mengambil masa kira-kira dua jam untuk menghasilkan potret arwah Abam.

“Bahagian muka tu yang paling sukar terutama pada rambut kerana lebih banyak lakaran hitam perlu dibuat seperti shading.

“Semakin banyak lakaran hitam, lebih banyak perkataan tu yang ditulis. Dianggarkan kira-kira 1,000 perkataan nama Abam dilakarkan membentuk potret arwah,” katanya sambil menambah mula berminat dalam lukisan sejak tahun dua.

Antara lukisan yang dihasilkan Abdul Azim.

Anak kedua daripada tiga beradik itu merancang untuk berkongsi potret itu dengan teman seperjuangan arwah Abam iaitu Achey dan Fad dari kumpulan Bocey.

“Jika diberi peluang, saya berhasrat untuk memberikan potret ini kepada Achey atau Fad, sebagai kenangan terhadap arwah Abam. 

Jika diberi peluang, saya berhasrat untuk memberikan potret ini kepada Achey atau Fad, sebagai kenangan terhadap arwah Abam.

ABDUL AZIM

“Bagi saya, Abam merupakan seorang pelawak yang mempunyai keistimewaannya tersendiri, setiap aksi dan lawaknya begitu menghiburkan,” katanya yang turut menyifatkan potret tersebut sebagai tanda penghormatan buat Allahyarham Abam.

Allahyarham Abam meninggal dunia pada pagi Isnin di kediamannya di Gombak, selepas mengalami demam panas dua hari sebelum itu.

Abdul Azim sedih dengan pemergian Allahyarham Abam.

Kira-kira 2,000 tetamu hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada allahyarham yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sungai Pusu, Gombak, petang Isnin.

Arwah meninggalkan seorang isteri Norhidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffery yang kini berusia lima bulan.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Abam, Bocey, potret, Achey, Fad, lakar

Artikel Lain