suria

Nak tegur pelajar rakam nota di dewan kuliah, niat siswa ini disalaherti – “Saya sendiri kadang-kadang malas nak menyalin...”

Wafiq (kiri) mendedahkan mengenai pelajar yang suka merakam nota di dewan kuliah menggunakan telefon bimbit. Foto Muhammad Wafiq Nabil Muhammad Lutfi

WALAUPUN kebanyakan pelajar sekarang mempunyai telefon bimbit, ia tidak bermakna mereka boleh mengambil jalan mudah dengan hanya merakam gambar nota yang ditulis oleh tenaga pengajar di papan putih dewan kuliah.

Seorang pelajar mahu menegur bahawa amalan merakamkan nota menggunakan telefon bimbit adalah tidak wajar, tetapi tindakannya itu telah disalahertikan.

Segelintir netizen menganggap pemuda tersebut mahu menggunakan telefon bimbit untuk membuat rakaman secara dekat (zoom in) nota kerana penglihatan kurang jelas.

ARTIKEL BERKAITAN: Lima jejaka ‘Backstreet Boys wannabe’ buat hal di dewan kuliah! Suara sedap, siapa lelaki muncul dari dalam almari?

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar IPTA kantoi, pensyarah semak jawapan terjumpa ‘toyol’ dalam kertas exam – “Potong markah tak adil untuk yang dah perah otak”

Pemuda berkenaan, Muhammad Wafiq Nabil Muhammad Lutfi berkata, dia sebenarnya mahu menjelaskan bahawa kebiasaannya pelajar yang mengambil gambar nota di dewan kuliah tidak akan menyalinnya semula.

Perkongsian Wafiq sedikit-sebanyak mengelirukan segelintir netizen.

Dan sekiranya benar, pelajar berusia 20 tahun itu memberitahu, kehadiran mereka di dalam kelas sekadar sia-sia kerana tidak memberi tumpuan penuh.

“Lebih buruk, ada yang tak tengok langsung foto nota tu sampai peperiksaan. Silap-silap ada yang terpadam imej tu sebelum sempat salin atau study.

“Masa tu baru tercari-cari nota dan persiapan dibuat saat akhir. Mereka ambil gambar nota tu sekadar cukup syarat, tapi bukannya faham pun,” katanya kepada mStar.

Wafiq bersama rakan-rakannya di dewan kuliah.

Lebih mesra dengan panggilan Wafiq, katanya, mengambil gambar nota sebenarnya tidak salah tetapi lebih baik diamalkan untuk tujuan yang sewajarnya.

“Contoh bila ada kawan yang tak dapat hadir ke kelas di atas sebab yang tak dapat dielakkan. Sebagai rakan sekelas, kita boleh ambil gambar nota dan kemudian kongsi menerusi grup Whatsapp.

“Tapi selepas itu tanggungjawab adalah pada mereka sendiri sama ada menggunakan imej nota tersebut untuk disalin semula dan mengingatinya atau tidak,” ujar pelajar di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (Polimas) di Jitra, Kedah.

Wafiq (kiri) mengakui kadang-kadang mempunyai perasaan malas untuk menyalin nota.

Wafiq yang merupakan pelajar Diploma Kejuteraan Elektrik dan Elektronik berkata, nota yang diberikan pensyarah terlalu panjang tidak seharusnya dijadikan alasan untuk malas menyalin dan akhirnya mengambil gambar menggunakan telefon bimbit.

“Mentang-mentang semua pelajar sekarang dah ada telefon bimbit, habis semua nak rakam. Sikit-sikit nak rakam nota tapi tak refer pun.

Mentang-mentang semua pelajar sekarang dah ada telefon bimbit, habis semua nak rakam. Sikit-sikit nak rakam nota tapi tak refer pun

WAFIQ

“Memanglah kadang-kadang nota yang diberikan tu panjang dan saya sendiri kadang-kadang malas nak menyalin,” kata pelajar yang berasal dari Sungai Petani, Kedah itu.

Namun, anak bongsu daripada tiga beradik itu memberitahu, dia menangani sikap malas itu dengan melakukan sesuatu yang lebih kreatif.

Contoh nota yang disalin Wafiq untuk lebih mudah difahami.

“Kalau tak nak salin panjang-panjang, tulis saja buat singkatan macam short form. Boleh juga buat peta minda untuk lebih mudah faham nota yang diberikan pensyarah.

“Kita buat untuk diri sendiri baca dan faham. Apa yang lebih penting adalah inisiatif... sia-sia datang ke kelas tapi tak serius belajar,” katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
nota, dewan kuliah, Polimas, politeknik

Artikel Lain