suria

Suami terlampau, hadiahkan isteri gelang emas ‘green light’ kahwin lain – “Takkanlah nilai cinta abang sama dengan gelang Korea”

Seorang suami membuat kejutan untuk bernikah seorang lagi dan gelang emas dihadiahkan kepada isteri bagi mendapatkan lampu hijau. Foto Facebook Kisah Rumah Tangga

HATI isteri mana yang tak sedih kalau suami yang dicintai mahu berkahwin lain.

Semuanya gara-gara gurauan suami yang mahu berkahwin lagi sehingga membuatkan seorang wanita tertekan.

“Memang dia bagi aku makan minum, duit cukup tapi aku stres dia asyik buat lawak. Aku cakap okay abang kalau nak kahwin, saya nak gelang yang besar, kemudian abang kahwin lah.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelik tengok isterinya, polis balik buat risikan selepas syak ada ‘orang ketiga’ dalam rumah tangga – “Diam-diam saya masuk rumah...”

ARTIKEL BERKAITAN: “Maaf, saya dah mula sayang suami akak” - Panas! Pelajar syariah goda suami orang untuk kajian rare, akhirnya jatuh cinta dengan pekerja kerajaan

“Semalam, dia betul-betul belikan aku! Adakah dia memang nak kahwin dua? Menyesalnya aku buat lawak, baik aku minta kereta sports... kenapa aku diuji sebegini,” katanya sambil berkongsi gambar gelang yang dibelikan suaminya.

Seorang suami yang sering bergurau mahu berkahwin lain.

Luahan wanita itu menerusi halaman Facebook Kisah Rumah Tangga (KRT) pada Khamis lalu bagaimanapun dikesan suami yang memeriksa telefon isterinya.

Lelaki tersebut kemudian memberikan penjelasan di halaman Facebook yang sama, dan menyifatkan isterinya begitu lurus kerana mudah mempercayai kata-katanya.

“Semasa aku belek telefon isteri aku, baru aku tahu dia ada post. Isteri aku kelakarlah... dia memang bendul, kasihan dia,” katanya.

Gelang Korea yang dibeli suami.

Mengaku sering bergurau mahu berkahwin lain, dia bagaimanapun tidak pernah menyimpan hasrat untuk berkahwin lain.

“Aku mengaku suka ejek dia, cakap aku nak menikah satu lagi, tapi sumpah aku sayang isteri aku sangat-sangat.

“Dia cakap nak kawin (dua) beli gelang besar kat dia dan dia memang tunjuk gelang Korea masa kami pergi Giant,” katanya sambil menunjukkan gelang Korea.

Gelang Korea merupakan barangan kemas yang mempunyai lapisan emas bergantung kepada ketebalan saduran, yang dijual pada harga murah di pasaran.

Luahan seorang isteri mengenai suami yang mahu berkahwin lain.

Menurutnya, apa yang diperkatakan isterinya itu adalah sekadar perasaan amarahnya, tetapi dari sudut hati isterinya sebenarnya tidak suka membebankannya.

“Isteri aku lawa, aku tak tipu. Bila merajuk bertambah comel dan lawa. Dia tutup tu sebab memang ada cop 916 dan dia malu sebab memang gelang Korea,” katanya.

Aku mengaku suka ejek dia, cakap aku nak menikah satu lagi, tapi sumpah aku sayang isteri aku sangat-sangat

SUAMI

Mengharapkan penjelasannya itu dibaca isterinya, lelaki tersebut membuat permohonan maaf.

“Abang rasa abang melampau kali ini. Takkanlah nilai cinta abang terhadap awak sama dengan gelang Korea sayang.

“Abang sayangkan awak dunia akhirat sayang sebab awak tak pernah nak susahkan abang. I am so sorry baby,” ujarnya.

Cincin berlian sebagai tanda mohon maaf.

Sebagai tanda memohon maaf, lelaki itu menghadiahkan sebentuk cincin berlian buat isterinya sambil berkongsi foto aksesori berkenaan.

“Abang belikan awak ini, nanti minta pada abang. Abang akan tahu awak dah baca posting ini. Ingat, abang beli bukan sebab abang nak kahwin dua, tapi sebab abang sayang dan tahu awak teringin dah lama.

“Abang minta maaf sekali lagi, abang tak cakap nak kawin dua dah. Lepas ni abang cakap kahwin tiga okay, I love you,” ujarnya secara berseloroh.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain