PERNAH menjadi mangsa cabul abang kandung selama berbelas tahun sehingga beberapa kali membuat cubaan untuk menamatkan riwayat sendiri. Itulah kisah seorang wanita yang dikongsikan oleh penceramah motivasi, Mohd Fairuz Abu baru-baru ini. Menerusi satu bebenang di Twitter, Mohd Fairuz berkata wanita tersebut menghubunginya baru-baru ini bagi meminta bantuan dan nasihat lantaran merasakan akidahnya hampir terpesong gara-gara masalah yang membelenggu dirinya. ARTIKEL BERKAITAN: Baring di lantai jam 3 pagi menangis pandang siling, lari keluar kelas, tapi gadis alami gangguan mental ini dapat 11A dalam SPM, PT3... ini nasihatnya! ARTIKEL BERKAITAN: “Saya mesej emak, beritahu tak mahu teruskan hidup” - Kulit muka teruk, dipukul dan dihentak sehingga ganggu otak... gadis ini derita depresi “Wanita ini dari usianya empat tahun menjadi mangsa cabul abang sendiri. Apabila mengadu dekat ibu bapa, malangnya mereka enggan percaya dan lebih teruk, mempertahankan abang kepada wanita tadi. “Bukan itu sahaja, ibu bapanya juga kaki porno… suka tonton video lucah. Keadaan tersebut menjadikan wanita itu tertekan... tak dapat perhatian dan kasih sayang. “Itu yang membuatkan dia menyalahkan ibu bapa, keluarga dan persekitaran. Dan akhirnya turut menyalahkan Tuhan di atas apa yang dia lalui ini,” cerita Mohd Fairuz seperti yang disampaikan pengadu kepadanya. Posting yang dimuat naik Mohd Fairuz mengenai kisah seorang wanita yang tertekan dan mengakui akidahnya hampir terpesong gara-gara kemelut keluarga. Ujar Mohd Fairuz kepada mStar, wanita tersebut terperangkap dalam ‘dunia yang gelap’ itu sehingga usianya 19 tahun, di mana dia menjadi mangsa cabul abang sendiri sepanjang tempoh tersebut. “Wanita itu berpindah ke Ampang, Selangor selepas itu. Namun dia menjadi seorang yang suka memberontak, disebabkan apa yang dilaluinya dahulu. “Hinggalah kemuncaknya pada Jumaat minggu lalu, dalam mesej-mesejnya kepada saya, dia menceritakan permasalahannya satu demi satu. “Permintaan yang bagaikan hilang pegangan agama itu kerana dia merasakan seolah-olah sudah tidak mampu lagi menanggung masalah yang membelenggu hidupnya, dan tak ada tempat bergantung. “Kaedah yang saya gunakan, saya fahami dulu diri dan masalahnya, lantas memberikannya nasihat,” ceritanya. Permintaan yang bagaikan hilang pegangan agama itu kerana dia merasakan seolah-olah sudah tidak mampu lagi menanggung masalah yang membelenggu hidupnya, dan tak ada tempat bergantung. MOHD FAIRUZ ABU PENCERAMAH MOTIVASI Menurut Mohd Fairuz, itulah kisah yang paling memberi kesan mendalam sepanjang sembilan tahun dirinya terlibat dengan program motivasi remaja dan keluarga. “Rasanya, inilah kisah yang paling teruk dan yang paling besar pernah saya jumpa. Sebelum-sebelum ini, saya sering kendali remaja yang mempunyai depresi, nak bunuh diri dan sebagainya. “Tapi ini paling teruk sehingga membabitkan soal akidah, ” cerita Mohd Fairuz. Wanita tersebut tertekan lantaran sering menjadi mangsa cabul abang sendiri sejak berusia 4 tahun. Gambar sekadar hiasan. Bercerita lebih lanjut mengenai kisah yang baru sahaja dihadapinya itu, Mohd Fairuz berkata wanita tersebut akhirnya sedar akan keterlanjuran tindakannya itu. “Di saat dia rasa Tuhan tak sayangkan dirinya, saya beritahu ‘Tuhan dah jawab doa awak… buktinya awak sedang berhubung dengan saya’. Lama kelamaan hatinya mulai sedikit lembut. “Dan selepas seminggu iaitu Jumaat baru-baru ini, dia mesej dan bertanyakan tentang solat sunat taubat. Alhamdulillah,” ujarnya sambil menambah, wanita itu kini dibantu dan diletakkan di bawah pantauan bahagian kaunseling, jabatan agama di sebuah negeri di selatan tanah air. Sering terlibat memberikan motivasi dan mengendalikan kes remaja bermasalah, Mohd Fairuz mengakui kisah wanita tersebut adalah yang paling teruk pernah dikendalikannya. Mengulas lebih lanjut, Mohd Fairuz dalam masa yang sama menasihati ibu bapa agar membekalkan ilmu agama dan pendidikan yang secukupnya kepada anak-anak, agar masalah sosial seperti yang dikongsikannya itu tidak lagi berlaku dalam masyarakat. “Bila berkahwin dan berkeluarga, ibu bapa kena tahu, ke mana mereka nak bawa keluarga mereka, apa matlamatnya. Kalau ibu bapa pun hanyut, bagaimana nak bimbing anak-anak? “Dalam masa yang sama ibu bapa kena sentiasa bersedia dengan cabaran pada hari ini, iaitu dengan membekalkan ilmu agama dan pendidikan yang secukupnya dalam diri anak-anak,” katanya mengakiri bicara.