BENARLAH kata orang, jodoh pertemuan serta takdir perpisahan itu terletak di tangan Tuhan. Namun, kelangsungan rumah-tangga juga menjadi tanggungjawab bersama antara suami dan isteri. Terbaharu, tular di Twitter mengenai kisah rumah tangga yang hampir musnah gara-gara suami yang bernafsu songsang. ARTIKEL BERKAITAN: Pakar tangani LGBT dedah kaum isteri kantoikan pasangan nafsu songsang, “Suami ‘gentleman’ tiada kata laluan” ARTIKEL BERKAITAN: Suami disangka gay gara-gara suka 'posing maut' Menerusi perkongsian itu, pasangan berkenaan kini dalam proses untuk memfailkan penceraian selepas suaminya kantoi mempunyai hubungan dengan seorang lelaki. "Bekas teman wanita saya tanya pasal suami dia. Aduh. Seriau pula nak jawab. "Mereka dalam proses nak bercerai sebab suami dia main jantan. Perkongsian yang mendapat perhatian ramai di Twitter. "Tapi suami dia memang gay sejak sebelum kahwin lagi. Boleh tahanlah lelaki tu," ujar seorang pelayar Twitter. Dalam perkongsian sama, dia turut menyertakan satu paparan skrin perbualan bersama isteri malang tersebut. Dikongsi pada Sabtu, posting itu ternyata mengundang perdebatan ramai pelayar Twitter. Betul. Saya kenal ramai gay yang dah kahwin. Insaf tu kita gembiralah. Banyak yang lagi lincah selepas kahwin. Kasihan bini. NETIZEN Rata-ratanya menyuarakan rasa kurang senang memandangkan perbuatan itu bukan sahaja berdosa, malah boleh meruntuhkan hubungan keluarga yang dibina secara sah. "Jika kamu gay, tolong jangan kahwin. Kamu menyakiti isterimu. "Percayalah, saya tahu macam mana perasaan isteri apabila dapat tahu suami mereka gay. Sebahagian perbualan WhatsApp yang dikongsi di Twitter. "Akad nikah bukan sekadar lafaz aku terima nikahnya," tulis @sydfarhan_ sehingga menerima hampir 18,000 ulang kicau (Retweet). Menurut netizen di ruangan komen, nasihat itu bukan sekadar untuk lelaki bernafsu songsang, malah turut ditujukan kepada golongan lesbian. Malah kata netizen, isu ini seolah-olah igauan ngeri untuk wanita masa kini dalam hal memilih suami yang betul-betul tulen dan tidak bernafsu songsang serta terlibat dalam amalan LGBT. "Suami kena rampas dengan jantan pun sakit juga. "Betul. Saya kenal ramai gay yang dah kahwin. Insaf tu kita gembiralah. Banyak yang lagi lincah selepas kahwin. Kasihan bini. "Bukan sekadar sakiti isteri tapi meletakkan dia dalam bahaya. Bayangkan suami kena HIV? "Ada juga kahwin kena paksa dengan keluarga. Ya tu memang jadi masalah," tulis beberapa netizen di Twitter.