suria

Doktor pertahan tindakannya keluar berjoging, persoal gesaan ‘stay at home’

Menerusi video tular, dia mempersoalkan larangan joging oleh anggota penguatkuasa.

SEORANG lelaki yang ditahan pasukan Penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) kerana berjoging mempersoalkan sama ada kerajaan dan penguatkuasa sedar bahawa Perintah Kawalan Pergerakan bertujuan mengelakkan perhimpunan ramai, bukannya memaksa rakyat duduk di rumah.

Menurut perunding kardiologi, Dr Dr Ong Hean Teik yang dirakam dalam video tular berdurasi empat minit bersama penguatkuasa MBPP pada Khamis, larangan itu bukanlah perintah berkurung.

ARTIKEL BERKAITAN: Disuruh balik kerana joging dalam taman, doktor bertekak dengan anggota penguatkuasa - “Ini bukan perintah berkurung”

"Ia dibuat untuk mengawal pergerakan awam bagi mengelakkan perhimpunan beramai-ramai dan memastikan jarak sosial untuk elak Covid-19.

"Salah faham dan salah interpretasi kepada arahan boleh membawa kepada hasil negatif dan meningkatkan risiko penularan Covid-19.

"Taman awam ditutup dan saya ditegur oleh pegawai MBPP sewaktu berjalan keluar di Taman Belia, walaupun saya bersendirian.

"Laporan media turut menunjukkan polis menahan orang yang berjalan di tepi pantai, biarpun mereka menjaga jarak antara satu sama lain.

"Boleh tak kerajaan dan para pegawainya ingat kembali bahawa perintah itu untuk mengelak daripada perhimpunan, bukannya paksa orang berkurung dalam rumah.

"Untuk mengurangkan sebaran Covid-19, kita mesti menjaga jarak sosial dan mematuhi perintah itu, tetapi bertindak dengan bijak," ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, iklim panas dan lembab di negara ini menjadi persekitaran terbaik untuk membunuh virus.

Video melibatkan Dr Ong tular di laman sosial.

"Kita tak mahu orang berkumpul ramai-ramai, tetapi mengurung orang ramai-ramai dalam rumah dengan pendingin hawa, ia juga tidak sihat," katanya lagi. 

Video doktor itu ditegur penguatkuasa MBPP kerana berjoging di City Park, Pulau Pinang pada Khamis tular di media sosial.

Namun, keadaan bertukar menjadi kecoh apabila dia bukan sahaja ingkar dan enggan pulang ke rumah selepas didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan, sebaliknya bertekak dengan anggota penguatkuasa.

Menerusi video tersebut, dia mempersoalkan larangan joging oleh anggota penguatkuasa, dengan bertanya sama ada laluan jogingnya adalah jalan awam atau persendirian.

"Arahan larangan supaya kita boleh sihat. Ini bukan perintah berkurung, ini adalah jalan awam.

"Jadi kamu boleh tutup kemudahan kamu, tapi kamu boleh tutup jalan awam tak?

"Kalau perintah berkurung, kamu boleh hentikan orang. Tapi sekarang belum perintah berkurung... ini jalan raya kepunyaan majlis atau orang awam," katanya. - The Star.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Dr Dr Ong Hean Teik, Covid-19, joging

Artikel Lain