WABAK Covid-19 benar-benar memberi tamparan hebat kepada masyarakat di seluruh dunia. Paling sedih ada yang hilang punca pendapatan sehingga terpaksa memulakan perniagaan secara kecil-kecilan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Menerusi tweet seorang pemuda, dia terpanggil berkongsi kisah seorang wanita yang terpaksa mencari rezeki dengan menjual donat secara dalam talian sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. ARTIKEL BERKAITAN:Bapa balik kampung tanam jagung selepas kurang job fotografi... anak terkilan grup B40 dianggap tak menyumbang kepada negara ARTIKEL BERKAITAN:Anak juruterbang terkejut, nanas tak laku bertukar jadi ‘pisang goreng panas’ - “Makan banyak mana pun lidah tak rasa lidas” "Akak ni aku terjumpa dia post jual donat kat group Bangi. Dia dah hilang pendapatan sebab PKP ni. Anak dia pula sakit perlu duit. Aku support jelah beli donat dia. Saja try. End up sedap pula donat dia. Murah pun murah. Kesian aku tengok dia delivery guna motor kat lobi tadi," tulis Mohd Aznil Ashikin di Twitternya. Perkongsian pemuda berusia 28 tahun itu menjadi tular selain turut diulang kicau pelakon dan pengacara Neelofa. Mohd Aznil ketika dihubungi berkata dia terdetik untuk mencuba donat air tangan wanita itu selepas melihat iklan perniagaannya di Facebook. Mohd Aznil tidak menduga tweetnya itu turut diulang kicau Neelofa. "Sebenarnya saya ternampak posting akak tu dekat group Facebook Bangi. Post dia tu memang tak ada orang respons langsung. "Jadi start dari situ saya nak try dan tolong dia. Saya pun start mesej dia di Facebook Messenger. Sebaik je dia reply saya pun beli dan transfer duit dekat akaun bank dia," katanya. Namun kehadiran wanita berusia dalam lingkugan awal 40-an itu semasa menghantar donat yang ditempahnya petang Ahad benar-benar mengejutkan Mohd Aznil. "Akak tu first time berniaga sebab anak dia sakit. Dia tak tahu pasal caj delivery sebab tak pernah buat. Jadi saya bayar caj standard GrabFood pada dia. "Bila dia sampai semalam saya nampak baju dia pakai pun berminyak. Nampak macam dia baru lepas goreng donat tu. "Tapi saya tak sampai hati nak tanya lebih-lebih sebab masa tu cuaca dekat Bangi dah mendung. Kalau saya borak confirm dia akan balik dalam keadaan basah. Jadi saya suruh dia balik dulu," katanya. Sebaik melihat keadaan wanita itu, terbit perasaan simpati dan sedih dalam hatinya sehingga mendorong dirinya untuk mengetahui lebih lanjut kehidupan wanita tersebut. Selain donat goreng, wanita tersebut turut menjual donat frozen. "Saya macam tak expect saya berjumpa orang susah sebab selalu baca kat Twitter je. Saya macam kesian. Saya pun selongkar Facebook dia. Saya tengok gambar profile WhatsApp dia. "Saya tanya anak siapa tu? Rupa-rupanya tu anak dia. Kalau dah guna salur pernafasan tu memang agak kritikal," katanya. Namun Mohd Aznil berkata dia terkejut apabila melihat respons wanita itu yang bertanyakan mengenai sejumlah wang yang masuk ke dalam akaunnya. Bila dia sampai semalam saya nampak baju dia pakai pun berminyak. Nampak macam dia baru lepas goreng donat tu. MOHD AZNIL ASHIKIN. "Saya respect akak tu sebab dia tak nak duit. Semalam dia ada WhatsApp saya, dia pelik kenapa duit tiba-tiba banyak masuk. "Saya pun beritahu saya tolong promote donat dia sebab risau kalau dia ingat orang tersalah transfer. "Tapi dia kata eh tak boleh macam ni sebab dia bukan nak menagih simpati. Dia cuma nak berniaga untuk cari rezeki untuk anak-anak dia," katanya. Mohd Aznil turut berkongsi mesej WhatsAppnya dengan wanita tersebut di Twitternya. Malah Mohd Azni turut memuji donat tersebut dan mengesyorkan orang ramai supaya membelinya. "Memang sedap, lembut dan gebu. Rasa macam donat dijual kat kampung dulu-dulu. Memang saya syorkan orang ramai untuk membeli. Sekurang-kurang dapat membantu mereka sekeluarga. "Harga pun murah. Semalam saya fikir dia salah hantar order sebab dia bagi banyak lebih. Rupa-rupanya memang dia bagi lebih sebab tak ada orang beli. "Dia kata dari dia membazir baik dia bagi saya. Saya pun terkejut sebab saya beli donat goreng dan frozen sekali tapi dia bagi lebih enam biji," katanya.