suria

Suami buka cerita dalam bilik, seram tidur sekatil dengan isteri – “Perasaan seolah-olah sedang diperhatikan”

Seorang mendedahkan tabiat isterinya yang tidur dengan mata terbuka. Foto iflix

ADAT berumah tangga bukan selalu indah, pasti ada pahit manis, suka duka antara suami isteri.

Kalau tidak, taiadalah ungkapan 'sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri'.

Namun, berbeza dengan nasib seorang lelaki apabila tabiat isterinya sejak mula berkahwin menjadi tanda-tanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelik tengok isterinya, polis balik buat risikan selepas syak ada ‘orang ketiga’ dalam rumah tangga – “Diam-diam saya masuk rumah...”

ARTIKEL BERKAITAN: Dua bulan kahwin, suami suka makan kari, tempoyak merungut isteri orang Sabah asyik masak sayur air, sup - “Leper perut I, habis lemak cair”

Luahannya menjadi tular apabila mendedahkan kisah bersama isteri semasa di bilik tidur, sehingga mengesyaki isterinya dipengaruhi oleh gangguan makhluk halus.

Seorang suami berkongsi pengalaman ketika tidur. Gambar hiasan/Foto FARAH FAZANNA

“Sejak kami berkahwin, saya dapati isteri saya tidur nyenyak tetapi matanya tidak tutup rapat. Saya telah cuba tolak kelopak matanya agar tertutup namun ia akan terbuka semula. 

“Kadang-kala saya berasa seram nak tidur sekatil disebabkan perasaan seolah-olah sedang diperhatikan oleh isteri saya. Adakah isteri saya memelihara saka?” katanya tanpa menjelaskan tempoh perkahwinan dan status hubungan mereka.

Masalah lelaki berkenaan menerusi halaman Facebook Kisah Rumah Tangga itu dikongsi hampir 900 kali dan meraih lebih 9,000 tanda suka (like).

Luahannya itu juga mengundang pelbagai reaksi termasuk menyifatkannya sebagai bahan jenaka, malah ada yang turut berkongsi kisah dan pengalaman serupa.

“Soalan macam ni pun ada ke? Adoi, dah tu menyesal kahwin dengan bini ke? Memang ada orang macam tu la, adik aku pun mata tak pejam rapat bila tidur. 

“Bila aku perhati betul-betul sebabnya, bulu mata dia panjang dan lebat sangat maka mata dia tu macam tertolak dek bulu mata, tu yang tak boleh nak rapat sangat,” ujar seorang netizen.

Tabiat isteri menjadi tanda-tanya.

Tidak terkecuali netizen yang cuba menakut-nakutkan suami berkenaan.

“Orang tua cakap kalau tidur mata terbuka, kalau orang tu dah kahwin… dia tunggu saat nak ‘ngap’ suami dia kalau buat hal. Dia pandang dari alam ghaib,” katanya.

Kadang-kala saya berasa seram nak tidur sekatil disebabkan perasaan seolah-olah sedang diperhatikan oleh isteri saya. Adakah isteri saya memelihara saka?

SUAMI

“Bukan setakat saka, hantu galah, hantu raya semua dia bela. Jaga-jaga, kau kena ingat kau kat mana sekali pun dia tahu. Apa punya soalan,” komen seorang lagi secara berseloroh.

“Itu tandanya dia sentiasa memerhati kau dalam jaga ataupun tidur. Jangan harap kau boleh curang,” tulis netizen yang lain.

Luahan lelaki berkenaan mengundang pelbagai reaksi.

Walaupun mempersoalkan mengapa tabiat tidur isteri baru ditimbulkan lelaki berkenaan sejak mereka berumah tangga, seorang individu tampil dengan respons berbeza apabila menasihatkan lelaki berkenaan supaya berfikiran positif.

“Masa mula kahwin tak takut pula? Hmmm macam-macamlah. Kalau dia bela saka dah lama kau kena. Jangan fikir benda negatif.

“Terimalah kekurangan dan kelebihan pasangan kita. Jodoh kita Allah SWT yang tentukan,” katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
saka, mata, tidur, seram

Artikel Lain