suria

Kilang tempat cari makan tutup, bapa 6 anak jadi penjual ikan bidan terjun... hari ketiga permintaan sukar dipercaya!

Hasrul berniaga ikan di sekitar Seremban dan menawarkan khidmat penghantaran percuma.

KETERBATASAN dalam kehidupan seharian disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadikan masyarakat kita lebih kreatif untuk menjana pendapatan.

Di Seremban, Negeri Sembilan misalnya, siapa sangka seorang pekerja di sebuah kilang menjadi penjual ikan 'bidan terjun' untuk menampung perbelanjaan keluarganya.

Menurut Mohd Hasrul Abd Hamid, 42, kilang tempat dia bekerja menghentikan sementara operasi sejak PKP diperkenalkan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ada masa sampai dua minggu tak laku” - Nak tolong orang lain, lelaki ini ‘hilang’ satu kaki... anak pula ada tumor

ARTIKEL BERKAITAN: Tempoh PKP buka pintu rezeki buat pemain Kedah... Azmeer kini tauke ikan!

Dia kemudiannya secara tidak sengaja menjadi penjual ikan, bermula dengan permintaan rakan-rakan sejak empat hari lalu.

"Sebenarnya kawan saya yang jual ikan. Saya beli sahaja dan agih pada keluarga. Kemudian isteri ambil gambar dan masukkan dalam WhatsApp.

"Dari situ kawan-kawan yang lain mula tanya. Jadi ada seorang kawan ni order lima kilogram (kg).

Posting anak Hasrul yang tular di Twitter.

"Bila fikir balik, takkan nak delivery lima kg je, kemudian saya promosi dalam grup WhatsApp Seremban. Dari situ saya start jual ikan," ujarnya kepada mStar.

Menurut bapa kepada enam cahaya mata itu, permintaan ikan ternyata makin bertambah saban hari.

Pada hari pertama misalnya, dia menjual 18kg ikan dan jumlah itu bertambah kepada 62kg pada hari ketiga.

Foto yang dikongsi anak Hasrul menerusi Twitter.

"Alhamdulillah, bertambah permintaan. Saya jual tanpa caj penghantaran di sekitar Seremban.

"Tapi saya jual sejenis ikan sahaja iaitu ikan kembung. Apa yang boleh saya janjikan, ikan saya jual memang segar," ujarnya lagi.

Selain menjual ikan, Hasrul juga sudah lama membuat perniagaan pakaian secara dalam talian.

Tapi saya jual sejenis ikan sahaja iaitu ikan kembung. Apa yang boleh saya janjikan, ikan saya jual memang segar.

MOHD HASRUL ABD HAMID

PENJUAL IKAN

Bercerita mengenai PKP, Hasrul mengakui pendapatannya juga terjejas seperti mana-mana individu lain di negara ini.

Namun katanya, setiap orang harus tahu berjimat cermat dan menggunakan wang untuk keperluan penting sahaja.

"Macam saya, dahulukan keperluan anak, pampers, makanan... belanja kena pandai berjimatlah.

Khidmat itu ditawarkan di sekitar Seremban sahaja.

"Kesian anak-anak tak boleh nak bawa keluar macam biasa," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, posting promosi perniagaan ikan Hasrul yang dimuatnaik anak ketiganya, Dania di Twitter menerima hampir 20,000 perkongsian di Twitter.

Malah, ramai netizen turut meninggalkan komen, mendoakan agar Hasrul sekeluarga dimurahkan rezeki.

Hasrul (kiri) bersama seorang rakannya.

"Ya Allah, permudahkanlah mereka satu keluarga dan murahkan rezeki mereka.

"Ya Allah semoga ayah awak selamat pergi dan balik serta dipermudahkan segala urusan.

"Semoga Allah merahmati dan memberkati usaha ayah anda," tulis beberapa netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain