suria

Minta selami perasaan pelajar IPT, tak setuju mereka dilabel ‘lembik’... pelayar Twitter ‘disekolahkan’ - “Tak mati seseorang itu jika berjauh”

Perkongsian seorang pelayar Twitter yang meminta masyarakat memahami situasi serta emosi pelajar IPT, mendapat reaksi pelbagai daripada netizen. Gambar sekadar hiasan. Foto: Bernama

SEJAK kerajaan mengumumkan pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh 14 hari lagi, media sosial dibanjiri dengan komen-komen dan reaksi rakyat terhadap pengumuman tersebut.

Sebahagian besarnya menerima dengan tenang dan berlapang dada kerana memahami situasi semasa yang tidak memungkinkan setiap individu menikmati kebebasan seperti sebelumnya.

Namun sudah pasti wujud juga reaksi daripada sebahagian individu yang kurang bersetuju dengan langkah tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga beradik ini buat hal lagi, bukan saja di TikTok, kasihan... akak McD pun keliru - “Yang pertama dan kedua OK lagi...”

ARTIKEL BERKAITAN: Rancak main TikTok sampai kaki ‘mendarat’ di muka adik, abang dedah adiknya ingkar arahan - “Sebelum tu elok je kat tepi”

ARTIKEL BERKAITAN: Elak wujud kluster baharu Covid-19, rakyat dan pelajar Malaysia dinasihat kekal di lokasi masing-masing

Baru-baru ini seorang pelayar Twitter meluahkan pandangan yang mana dia berpendapat situasi tersebut sedikit sebanyak memberi kesan kepada penuntut institusi pengajian tinggi, khususnya dari segi mental dan emosi.

Ini kerana kesemua pelajar terbabit diarahkan untuk terus berada di kolej masing-masing kerana khuatir kepulangan mereka ke kediaman keluarga bakal mencetuskan risiko besar di kala kerajaan sedang berusaha memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Posting seorang pelayar Twitter mengundang reaksi pelbagai daripada netizen.

"Pelajar IPT lembik, nak bunuh diri sebab tak balik. Wah, kau bolehlah 'sedap' kata mereka yang terkandas di U macam tu, sebab kau dah sempat balik, dah peluk mak ayah sendiri. Mereka? Cuba letak diri sendiri kat tempat mereka, apa agaknya yang kau rasa, how's their life?” begitulah tulis pelayar tersebut dalam perkongsian pandangannya menerusi satu thread (bebenang).

Malah pelayar itu berkata, dek kerana terkurung di dalam bilik atau rumah sewa masing-masing dalam keadaan berjauhan dengan keluarga untuk satu tempoh yang lama, mereka sebenarnya cenderung untuk mengalami depresi.

“Ada yang cakap ‘bunuh diri tu confirm masuk neraka’. Adakah mereka yang 'hilang kewarasan akal' atau gila akan dihukum neraka? Ya, sebab mereka tak dapat kawal diri mereka and then harm themselves. Aku bukan memandai, tapi aku ajak kau fikir sendiri kalau itu di tempat mereka,” tulisnya dalam bebenang tersebut.

Kerajaan memutuskan bahawa semua pelajar IPT terus berada di kolej masing-masing sepanjang tempoh PKP. 

Namun menurutnya, pandangan yang dilontarkan itu bukan bermaksud dirinya menentang arahan kerajaan, namun lebih kepada meminta masyarakat tidak sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum dengan membuat penilaian sendiri berhubung situasi yang sedang dialami golongan berkenaan.

“Aku cuma nak ajak diri aku sendiri dan kalian semua untuk jaga lidah kita ni, takut melukai orang lain. Mental health is not a joke, right? Dan... Janganlah membandingkan hidup kita dengan orang lain, tak minta untuk kita bertanding hidup mereka dengan hidup kita siapa lagi susah,” tulisnya lagi.

Ciapan tersebut yang sehingga kini meraih 10,100 retweet turut dibanjiri dengan komen-komen warga maya dengan ramai di antaranya ternyata kurang bersetuju dengan pendapat tersebut.

Kenapa saudara tidak letakkan diri sebagai manusia yang berakal dan memikirkan kepentingan bersama berbanding diri sendiri. Tidak mati seseorang itu jika berjauh, semua ada asbab yang terpaksa dilalui bukan sahaja pelajar malah semua pihak.

NETIZEN

Ramai di antara mereka menyifatkan apa yang dilalui oleh para penuntut yang kini terkandas di kolej masing-masing tidak wajar diperbesar-besarkan seolah-olah golongan ini sedang berhadapan dengan kesukaran yang besar.

“Sekarang, cuba letak diri kat tempat frontliners pulak. Apa agaknya yang kau rasa? How's their life? Ini bukan pertandingan. Cuma duduk saja dalam kasut mereka. Mereka sempat balik dan peluk cium mak ayah mereka? Sempat makan? Tarik nafas. Belajar bersyukur,” tulis seorang pelayar.

“Kenapa saudara tidak letakkan diri sebagai manusia yang berakal dan memikirkan kepentingan bersama berbanding diri sendiri. Tidak mati seseorang itu jika berjauh, semua ada asbab yang terpaksa dilalui bukan sahaja pelajar malah semua pihak,” komen seorang pelayar lain.

“Kau duduk kolej macam-macam aktiviti boleh buat bukannya tak boleh keluar bilik langsung. Telefon ada kan tu mereka update movie-movie marathon. Kalau tak boleh balik rumah pun dah depress, bayangkan frontliners yang hari-hari menempah maut nak jaga rakyat Malaysia,” tulis seorang yang lain.

Kerajaan menanggung sepenuhnya kos perbelanjaan makanan untuk pelajar IPT sepanjang tempoh PKP.

Namun ada juga dalam kalangan netizen itu merupakan pelajar yang sedang terkandas, namun mengakui keadaan mereka tidaklah tertekan sebagaimana yang dikatakan.

“Biar betul orang masih bertelagah tantang perkara ini. Saya salah seorang pelajar yang terkandas kat kampus, secara jujurnya kami OK je duduk kampus, sebab kami dikelilingi buku,”tulisnya.

Untuk makluman, sepanjang tempoh PKP, kerajaan akan menanggung sepenuhnya kos perbelanjaan makanan bagi semua pelajar IPT.

Menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini pula, mereka juga akan diberikan bantuan kewangan secara one-off sebanyak RM 200.


Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
penuntut, IPTA, stres, terkandas, kolej

Artikel Lain