suria

Keluar nak beli peti ais, lelaki ini beri penerangan lengkap ketika ditahan... akhirnya polis dapat kesan pekerjaannya

Perkongsian Azhan mengenai situasi di sekatan jalan raya itu menjadi tular di Twitter.

SUDAH terbiasa mengajar murid di sekolah, peranan dan sifat sebagai guru turut terbawa-bawa di luar waktu kerja.

Begitulah situasinya yang dihadapi Muhammad Azhan Zaffuan Ramli, 33, apabila askar dan polis yang berkawal di satu sekatan jalan raya boleh meneka kerjayanya dengan tepat, hanya dengan menilai cara percakapannya.

Menurut guru Bahasa Inggeris dan Pendidikan Seni itu, kejadian menghiburkan itu berlaku sewaktu dia dalam perjalanan untuk membeli peti ais dari Puncak Alam ke Setia Alam, Selangor, pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: “Gagallah aku sebagai cikgu MRSM” - Cemerlang tapi gagal jadi manusia, guru kesal bekas pelajar sekolah pandai perlekeh result 5A pekerja Shell

ARTIKEL BERKAITAN: “Elok tak payah masuk kelas” - Cikgu ‘sekolahkan’ ibu terlebih sayangkan anak, minta update kerja sekolah dalam grup WhatsApp

"Saya nak pergi beli peti ais dan perlu melalui roadblock. Jadi askar dan polis yang berkawal tanya saya nak ke mana?

"Bila saya jawab, mereka tanya jika saya bekerja sebagai cikgu. Terkejut juga masa tu, macam mana mereka tahu saya kerja apa.

"Kata polis tu, cikgu-cikgu je bila orang tanya satu, dia jawab banyak," ujarnya secara berseloroh kepada mStar.


Posting Azhan yang tular di Twitter.

Jelas guru yang berasal dari Perak itu, dia sememangnya sudah terbiasa memberi penjelasan terperinci di dalam kelas bagi memberi kefahaman kepada murid-murid.

Tanpa disedari, sifat itu menjadi sebahagian daripada dirinya dan turut terbawa-bawa di luar bilik darjah.

Bercerita mengenai kisah peti ais yang tular itu, Azhan berkata dia mahu membeli kelengkapan itu sebelum bulan Ramadan menjelma tidak lama lagi.

Ujarnya, dia sudah mencari peti ais di kawasan berdekatan rumah di sekitar Puncak Alam, Selangor namun gagal menemuinya.

Mula-mula memang janggal. Dah terbiasa berhadapan dalam kelas, sekarang hadap skrin je. Guru-guru harus cari jalan bagaimana nak sampaikan pengajaran.

MUHAMMAD AZHAN ZAFFUAN RAMLI

GURU

"Sebelum ni ada peti ais, tapi kawan saya dah berpindah rumah. Jadi mereka dah bawa keluar peti ais tu.

"Saya cari online, tapi delivery agak lambat. Dah dekat puasa ni, nak simpang barang, nak masak lagi.

"Bila saya jelaskan, pihak berkuasa pun faham dan mereka benarkan perjalanan saya. Tapi tetap tak jumpa peti ais bersesuaian semalam," ujarnya lagi.

Bercerita mengenai keadaan semasa murid-muridnya, Azhan berkata kelas dalam talian berjalan dengan lancar biarpun tidak semua dapat mengikutinya.

Azhan mengakui pengajaran secara dalam talian ada cabarannya tersendiri.

Malah katanya, hal itu menjadi cabaran buat golongan guru khususnya untuk mengajar dalam suasana penuh terhad dan tiada interaksi langsung sebagaimana di dalam bilik darjah sebelum ini.

"Interaksi jadi terbatas. Kalau nak banding dengan pengajaran dalam kelas, memang berbeza.

"Mula-mula memang janggal. Dah terbiasa berhadapan dalam kelas, sekarang hadap skrin je.

"Guru-guru harus cari jalan bagaimana nak sampaikan pengajaran, pada masa sama tidak membebankan murid dan keluarga mereka," jelasnya lagi.

Azhan sewaktu kelas atas talian bersama murid-muridnya.

Dalam pada itu, posting Azhan di Twitter sehingga kini menerima hampir 27,000 ulang kicau (Retweet).

Malah, ramai netizen turut meninggalkan komen mereka di posting itu.

"Bayangkan berapa banyak cikgu yang abang polis tu dah jumpa sampai boleh teka dengan tepat macam tu?

"Ni cikgu yang rindu nak terang kat kelas. Last-last dia terang panjang lebar kat polis.

"Saya bukan cikgu. Tapi jenis saya macam ni juga, suka jawab jenis explain. Hahaha menurun dari ayah saya sebenarnya. Ayah pensyarah," ujar beberapa netizen. 

 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain