suria

Hantar gambar bogel tak fikir dosa, lelaki gila seks menggelabah gadis balas main khurafat - “Muka je cantik akal pendek”

Perkongsian mengenai perbualan DM itu menjadi tular di laman sosial.

APA tindakan yang sewajarnya diambil jika anda menerima foto lucah daripada individu tidak dikenali di laman sosial?

Pada kebiasaannya, kita akan menyekat akaun individu sedemikian, tak kurang juga yang bertindak membuat laporan polis.

Namun, lain pula ceritanya gadis ini apabila dia tampil dengan idea kreatif dalam berdepan 'lelaki gila seks' di laman Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia ingatkan beg yang bergesel di belakang...” - Menggigil tengok uncle gila seks dalam LRT, wanita ini sempat fikir idea bijak tolong mangsa

ARTIKEL BERKAITAN: Drama dalam mall! ‘Panas’ lihat gambar kaum sejenis dirakam curi-curi, wanita ini berani sergah 2 lelaki - “Gadis itu menangis terduduk di lantai”

Menerusi perbualan direct message (DM) yang ditularkan, gadis dikenali sebagai Cik Ain itu menerima dua keping foto bogel lelaki terbabit.

"Badan Cik Ain chubby (berisi) saya suka. Cik Ain boleh kita jumpa?" soal lelaki itu menerusi DM.

Tidak melenting mahupun menggunakan bahasa kasar, gadis itu sebaliknya hanya bertanya nama penuh lelaki itu serta nama ibunya.

"Amboi tak sabar jumpa bakal mak mentua ke?" soal lelaki itu lagi secara berseloroh.

Posting yang dikongsi sehingga tular.

Tanpa disangka-sangka, gadis itu mengambil kain kuning sebelum ia dibentukkan menjadi figura patung manusia, diletakkan dua limau purut dan dicucuk dengan jarum.

Malah, Cik Ain turut menulis nama penuh lelaki itu berbintikan ibunya di atas kertas dan dilekatkan di patung berkenaan, kononnya sedang melakukan ritual.

Foto patung yang kelihatan cukup mistik dan menakutkan kemudiannya dihantar kepada lelaki itu.

Ni idea yang bagus. Baru ada akal. OK aku curi idea Ain ni.

NETIZEN

PELAYAR TWITTER

"H**at s**l b**i. Kau tahu tak haram khurafat buat semua benda ni. Aku nak kau buang benda khurafat ni bodoh.

"Jadi apa-apa dekat aku, memang aku cari kau h**at bodoh. Muka je cantik akal pendek.

"Kau tak takut mati ke s**l? S**l aku block kau," balas lelaki itu panjang lebar.

Paparan skrin itu yang dikongsi di Twitter nyata menerima reaksi ramai dan menjadi bahan jenaka netizen.

Sebahagian DM yang ditularkan.

Rata-rata komen menyelar lelaki tersebut yang seolah-olah tidak takut dosa menghantar foto bogel, tetapi melenting apabila ditakut-takutkan dengan amalan khurafat oleh gadis berkenaan.

"Ni idea yang bagus. Baru ada akal. OK aku curi idea Ain ni.

"Dia yang kacau, dia yang takut.

"First aku tengok aku geli tau tapi bila dia ajar tip untuk buat ritual aku jadi semangat," tulis beberapa netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Cik Ain, ritual, kain kuning, gambar bogel

Artikel Lain