suria

Penangan video masak butir nangka, ramai jejaka Kelantan DM penuntut U ini - “Ada yang ajak kahwin tapi...”

LEBIH sebulan mengharungi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang penuh mencabar, bermacam-macam ragam dapat kita lihat di media sosial.

Tidak ketinggalan, video percubaan kali pertama seorang gadis menyediakan pencuci mulut popular dari Kelantan, butir nangka mencuri tumpuan netizen di Twitter.

Semuanya gara-gara kapsyen "Mak saya nak menantu orang Kelantan" dan lagu Pencinta Wanita dendangan asal Irwansyah dalam versi bahasa Kelantan memeriahkan lagi video masakan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Suami saya tengok pun tergelak” - Bentuk roti ‘lain macam’... ramai terhibur tapi ada yang anggap memalukan

ARTIKEL BERKAITAN: “Biarlah saya dan keluarga saja yang makan” - ‘Derhaka’ tambah perisa coklat, biskut raya dilabel 18SX

Video tersebut menerima hampir 230,000 tontonan di Twitter selain mendapat 6,200 ulang kicau dan 8,900 tanda suka dalam kalangan netizen.

Bercakap kepada mStar, Nurzahwa Arinah Reza Adnan berkata dek kerana video tular itu dia mendapat banyak mesej daripada jejaka dari negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

"Selepas video tu viral saya dapat banyak mesej daripada orang Kelantan. Masing-masing nak try. Terkejut juga saya.

Antara mesej yang diterima Zahwa.

"Ada yang DM ajak kahwinlah. Tapi saya abaikan saja. Lagipun jangan start reply sebab bahaya kita tak kenal orang tu siapa," katanya.

Disebabkan video tersebut juga, gadis berusia 21 tahun itu mendedahkan ramai beranggapan dia berasal dari negeri pantai timur itu.

"Sebenarnya saya saja je buat kapsyen macam tu sebab typical mak-mak di negeri itu mahukan menantu dari Kelantan. Tapi kalau ikutkan semua negeri pun sama je macam tu.

"Sejak itu ramai ingat saya orang Kelantan tapi saya sebenarnya orang Selangor. Mak ayah saya pun bukan dari Kelantan," katanya.

Menurut penuntut di sebuah universiti tempatan di Selangor itu, dia membuat video tersebut untuk mengisi masa terluang sepanjang tempoh PKP, selain ingin berkongsi resipi makanan tradisional negeri lain dengan netizen.

Zahwa bersama ibu dan bapanya.

"Memandangkan sekarang universiti tengah cuti disebabkan PKP, jadi banyak sangat masa terluang. Saya pun buatlah video masak-masak.

"Saya cuba menghiburkan orang lain tapi pada masa sama ada input yang ingin saya sampaikan. Jadi bukanlah hiburan kosong semata-mata," katanya.

Jelas anak bongsu daripada lima beradik ini, dia tidak menduga video perkongsiannya itu menjadi tular di Twitter.

Ada yang DM ajak kahwinlah. Tapi saya abaikan saja. Lagipun jangan start reply sebab bahaya kita tak kenal orang tu siapa.

NURZAHWA ARINAH REZA ADNAN.

Pelajar.

"Saya suka dengar lagu merapu-rapu. Jadi saya guna lagu merapu sebab tu orang suka tengok. Saya tak expect pun video tu akan viral.

"Saya just nak share dengan kawan-kawan saya di Twitter je. Tiba-tiba blow up dan tengok-tengok ada pertambahan follower," katanya.

Sejak ada di rumah, Nurzahwa atau lebih mesra disapa Zahwa banyak memasak untuk keluarganya menggunakan resipi yang dipelajarinya menerusi Google dan YouTube.

Antara hidangan yang dimasak Zahwa sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

"Kat rumah sebenarnya semua suka masak. Paling suka memasak ayah dan abang sebab dia ambil course kulinari. 

"Tapi kalau mereka tak ada sayalah yang akan masak. Lagipun parents saya petang-petang selalu request makanan yang mereka nak makan. Jadi saya pun layankan je lah.

"So far family suka ayam berlado dan murtabak maggie yang saya masak. Semuanya saya belajar dari YouTube dan Alhamdulillah menjadi resipi tu," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain