suria

“Gambar mama tak pernah dapat like” - Gigih tolong promo, anak dedah penyertaan ‘photo contest’ ibu nyaris dibatalkan selepas sekelip mata dapat beribu tanda suka

Gambar penyertaan Siti Norasma dan suaminya untuk pertandingan gambar travel tercantik di Facebook.

“SEDIH bila mama tanya macam mana nak dapat tanda 'like' banyak, mama tak pernah dapat like”.

Kata-kata itu membuatkan seorang pemuda memuat naik posting bagi mempromosikan gambar penyertaan ibunya dalam satu pertandingan gambar travel tercantik di Facebook.

Abdul Muiz Mohammad Yamin berkata, ibunya Siti Norasma Yahya mengadu gambar sewaktu percutian ke Belanda pada April 2018 yang digunakan sebagai gambar penyertaan pertandingan tersebut tidak mendapat sambutan.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak sebak, tak sangka air mata bapanya tumpah kali kedua ketika bertugas dalam tempoh PKP - “Bila dengar suara dia, memang koyak jugalah...”

ARTIKEL BERKAITAN: Kilang tempat cari makan tutup, bapa 6 anak jadi penjual ikan bidan terjun... hari ketiga permintaan sukar dipercaya!

“Mama join contest gambar travel untuk suka-suka. Siapa paling dapat banyak like akan dapat hadiah.

Muiz bersama kedua ibu bapanya sewaktu majlis graduasi pelajar Maktab Tentera Diraja Malaysia di Sungai Besi, Kuala Lumpur.

“Mama tiba-tiba promote dekat grup famili pasal dia join contest tu. Itulah kali pertama saya tahu mama join contest macam tu sebab sebelum ni tak pernah tahu pun.

“Tapi mama beritahu dia dah tahu tak ada yang like. Sedih bila dengar dia cakap macam tu. Jadi saya pun tolong promote gambar travel mak saya di Twitter senyap-senyap, ” katanya kepada mStar.

Selain ibunya, Abdul Muiz berkata bapanya Mohammad Yamin turut mencuba nasib menyertai pertandingan tersebut.

Gambar percutian ke Pamukkale Turki pada April tahun lalu bersama ibunya yang dimuatnaik oleh bapanya berjaya mendapat 4,400 likes.

Menurut Abdul Muiz atau lebih mesra disapa Muiz, dia tidak menduga perkongsiannya itu menjadi tular sekali gus mendapat perhatian netizen.

Gambar penyertaan Siti Norasma mendapat lebih 5,000 likes.

“Memang terkejut tak sangka ramai yang like gambar mama lepas tu. Ingatkan nak tweet untuk suka-suka je tengok ramai respon.

“Terima kasih sebab gembirakan mak saya. Ini je sumbangan yang boleh buat sebab saya tak boleh beri mereka wang ringgit, ” kata pemuda berusia 18 tahun itu.

Selepas tweetnya itu tular, ibunya yang juga seorang akauntan turut terkejut apabila gambar penyertaannya mendapat lebih 5,000 likes di Facebook.

“Mula-mula tu mama tak tahu. Jadi bila ada orang komen dalam posting gambar tu kantoilah semua. Bukan mama je terkejut tapi satu famili terkejut.

Walaupun belum tentu menang sekurang-kurangnya saya dapat lihat kegembiraan di wajah mama. Terima kasih kepada semua yang membantu.

ABDUL MUIZ MOHAMMAD YAMIN

Anak.

“Mama siap tanya Muiz buat apa sampai gambar mama dapat banyak like? Saya pun beritahu dia saya promote dekat kawan-kawan.

“Nampaklah dia happy sangat-sangat sebab dah dapat banyak like. Saya pun seronok tengok mama happy, ” katanya.

Disebabkan promosinya itu, anak bongsu enam beradik itu berkata ibunya menerima mesej daripada pengendali Facebook penganjur pertandingan tersebut yang ragu-ragu dengan jumlah likes pada gambar penyertaannya.

Bapa Muiz turut menyertai pertandingan tersebut dengan gambar penyertaannya mendapat lebih 4,000 likes.

“Mereka mesej beritahu mama mungkin disqualify sebab dapat banyak like. Mereka syak mama saya guna aplikasi macam boostlike.

“Jadi saya pun reply mesej mereka beritahu saya yang tolong promote gambar mama. Alhamdulillah mereka benarkan penyertaan mama.

“Walaupun belum tentu menang sekurang-kurangnya saya dapat lihat kegembiraan di wajah mama. Terima kasih kepada semua yang membantu, ” katanya.

Perkongsian Muiz mengenai ibunya mendapat 7,800 ulang kicau dan 8,100 tanda suka di Twitter.

Rata-rata kagum dengan tindakan Muiz.

“Kau anak yang baik. Semoga rezeki ada untuk ibu kau. Hopefully next update akan ada berita gembira yang kami dengar, ” kata AzamAan.

Done... tengok parents orang lain gembira pun boleh buat aku gembira. All the best aunty, ” tulis Izzulirsydd.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain