suria

“Jangan buta tuli bab fesyen” - Gadis akui lemas tengok lelaki sado berbaju Melayu slim fit, tiada niat samakan dengan spesies lembu Belgium

Perkongsian Syee mengenai lelaki sado dan baju Melayu slim fit ternyata mengundang perhatian ramai.

SEKADAR berkongsi pandangan, namun ada pula yang salah sangka!

Begitulah situasi yang dihadapi gadis berusia 26 tahun dari Kuala Lumpur apabila dia dituduh melakukan 'body shaming' di laman Twitter.

Segalanya bermula apabila Syee Razak meluahkan rasa kurang senangnya melihat lelaki berbadan sasa seperti ahli bina badan mengenakan baju Melayu jenis 'slim fit' yang mengikut bentuk tubuh.

ARTIKEL BERKAITAN: “The real gajah duduk...” - Gurauan annoying buat air mata gadis ini menitis... tapi prinsipnya sekarang ‘pedulikan apa orang cakap!’

ARTIKEL BERKAITAN: Badan dah ‘fit’ pun cinta ditolak, pemuda XXL tarik perhatian Adibah Nor “Hati orang kita tak boleh paksa”

"Saja nak bagitahu, baju Melayu slim fit ni lawa bila body kau slim dan fit.

"Kalau body kau body builder, buruk ya bo***. Macam Belgian blue cattle dari jauh. Tolonglah," tulisnya di Twitter.

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Syee mengakui tidak berniat menyamakan golongan itu dengan spesies lembu dari Belgium.



Posting Syee yang tular di Twitter.

Malah jauh sama sekali untuk dia melakukan 'body shaming', sebaliknya hanya mahu memberi pandangan dari segi aspek kesesuaian fesyen sahaja.

"Saya suka spesies lembu tu sebenarnya. Sebab ia agak rare dan dagingnya juga mahal. Tapi saya hanya berjenaka.

"Dan itu pendapat saya, sebab baju Melayu ada banyak jenis. Ada yang tradisional, ada yang slim fit.

Baik lelaki mahupun perempuan, jangan pakai baju yang orang rasa tak boleh bernafas.

SYEE RAZAK

PELAYAR TWITTER

"Tiada niat nak body shaming, perkara ni terpulang pada mereka. Tapi kalau badan saiz M, janganlah pakai XS.

"Badan pun perlu bernafas. Jangan buta tuli bab fesyen. Kena bersesuaian," ujarnya sewaktu dihubungi.

Kata Syee lagi, dia juga pernah berdepan dengan situasi fesyen sebegitu sewaktu sambutan hari raya sebelum ini.



Syee sekadar berkongsi pandangan sahaja mengenai lelaki berbaju Melayu slim fit di Twitter.

Jelasnya, ia ternyata kelihatan tidak bersesuaian dan sakit mata yang memandang.

"Pernah berhadapan banyak kali. Kita pergi raya, pakaian mestilah cantik dan bersesuaian.

"Baik lelaki mahupun perempuan, jangan pakai baju yang orang rasa tak boleh bernafas.

"Kita yang rasa lemas tengok baju tu. Dia nak duduk pun tak selesa," ujar gadis Melayu berdarah kacukan Arab dan India itu.



Kata Syee, baju Melayu haruslah selesa dipakai dan sedap mata memandang, tambah-tambah lagi jika dipakai sewaktu hari raya. (Gambar Hiasan)

Jelasnya lagi, dia juga pernah membuat teguran sama kepada rakannya yang berbadan sasa dan tegap.

Namun kata Syee, ia terpulang kepada mereka di luar sana sama ada bersetuju atau pun tidak dengan pendapat yang diutarakan.

"Kamu nak pakai apa, terpulang... saya boleh kata apa yang saya mahu, jika tak setuju, ia terpulang pada anda.

"Saya ada pendapat saya, anda juga ada pendapat sendiri. Tak ada rasa nak bergaduh pun, masing-masing ada pandangan tersendiri.



Spesies Belgian blue cattle yang menjadi 'refference' dalam tweet gadis itu menimbulkan perdebatan ramai.

"Saya jenis berseloroh, pernah berjenaka dengan kawan body builder. Pada saya, kalau kita nak tempah baju, jangan buta tuli, minta nasihat tukang jahit atau pereka fesyen," ujarnya lagi.

Sehingga kini, posting Syee mengenai isu itu menerima lebih 15,300 ulang kicau (Retweet).

Malah, ramai yang turut memberi pandangan berbeza termasuklah yang terhibur, tak kurang juga yang kurang senang dengan kata-kata itu.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain