suria

Tak sempat cuba resepi viral, tonton drama Korea pun tidak... tapi rakan sekelas penyanyi Yuna ini dapat skil baharu - “Ada cakap cikgu makan gaji buta sepanjang PKP”

Cikgu Siti menghabiskan tempoh PKP dengan mempelajari teknik menggunakan skrin layar hijau di rumah sendiri.

TIDAK mudah memikul tanggungjawab untuk menjadi seorang tenaga pendidik.

Anak-anak yang diasuh, diajar dan dibimbing inilah yang bakal menjadi generasi masa depan negara. Namun, jangan dilupakan peranan seorang guru yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan seseorang itu.

Begitulah yang dapat digambarkan terhadap kegighan seorang guru, Siti Faridah Matt yang tidak duduk diam meskipun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan berkuat kuasa sehingga 28 April.

ARTIKEL BERKAITAN: Jawapan “rahsia cikgu” ada kisah di sebaliknya, perkongsian murid Tahun 5 ini undang simpati - “Hari ini giliran adik sebab ada PJ, saya pakai seluar sekolah la”

ARTIKEL BERKAITAN: Keluar nak beli peti ais, lelaki ini beri penerangan lengkap ketika ditahan... akhirnya polis dapat kesan pekerjaannya

Baru-baru ini, video yang dimuat naik guru berusia 34 tahun itu tular selepas video tersebut menunjukkan bahawa dia menggunakan teknik layar hijau (green screen) untuk memberi penerangan kepada anak muridnya.

Apa yang menariknya, keseluruhan video tersebut dihasilkan olehnya dengan bantuan suami, Mohd Hafizuddin Ahmad Dahalan.

Kerja-kerja penyuntingan dibantu oleh suaminya, Mohd Hafizuddin.

"Sebenarnya video 12 saat itu hanya percubaan sahaja, masih lagi ada bahagian yang perlu dibaiki. Tak sangka pula ramai yang retweet.

"Tempoh PKP ni buat saya belajar perkara baharu seperti guna teknik layar hijau.

"Sebelum ni ada hasilkan video tetapi hanya live streaming serta rakaman video sahaja," ujar Siti Faridah yang mahu mencari teknik baharu bagi menarik minat anak muridnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Derma, Perlis.

Dalam pada itu, Siti Faridah sendiri memberitahu dia terpaksa korbankan waktu bersama keluarga untuk mempelajari teknik mengajar yang baharu itu

Siti Faridah bersama suami dan dua cahaya mata mereka.

"Saya lagi sibuk sewaktu PKP ni, tak sempat nak buat resipi viral dan tengok filem Korea.

"Mana taknya, saya belajar cara bercakap di hadapan kamera, hasilkan skrip yang tidak melebihi lima minit serta menghasilkan studio sendiri di rumah.

"Ada segelintir netizen cakap cikgu makan gaji buta sepanjang tempoh PKP. Saya ingin buktikan bahawa tuduhan adalah salah," ujar ibu kepada dua orang anak itu.

Saya lagi sibuk sewaktu PKP ni, tak sempat nak buat resipi viral dan tengok filem Korea.

SITI FARIDAH MATT

GURU

Siti Faridah yang merupakan guru mata pelajaran Kimia dan Sains memberitahu, anak muridnya lebih bersemangat dengan teknik pengajarannya kali ini.

"Selepas tamat PKP, saya ingin ubah cara pengajaran dengan pelajar terlebih dahulu menonton video tersebut supaya mereka mendapat bayangan awal tentang sesebuah topik sebelum diajar dengan lebih mendalam di dalam kelas.

"Bukan pelajar kelas lain sahaja boleh menonton video tersebut, malah ada juga pelajar daripada sekolah lain.

"Selepas video saya tular, ada juga guru yang ingin belajar menggunakan teknik layar hijau daripada saya," ujar Siti Faridah yang sudah 10 tahun bergelar sebagai guru.



Cikgu Siti mempunyai studio sendiri di rumahnya.

Ketika ditanya dari mana tercetusnya idea menggunakan teknik layar hijau, Siti Faridah pernah mengajar selama empt tahun di kawasan pedalaman Sarawak memberitahu dia mempelajari teknik tersebut daripada pasukan Cikgootube.

"Cikgootube terdiri daripada lebih 3,000 guru yang sukarela menghasilkan sendiri kandungan pembelajaran dan bahan tersebut digunapakai oleh Bahagian Sumber Teknologi Pendidikan (BSTP) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

"Antara guru pakar yang menjadi mentor saya ialah Cikgu Romie (Guru Inovatif Kebangsaan 2013), Cikgu Hailmi (Finalis Global Teacher Prize Top 50) dan Cikgu Razif (Apple Professional Learning Provider).



Cikgu Siti merupakan rakan sekelas Yuna ketika zaman persekolahan dan masih berhubung sehingga kini.

Sehingga kini, video yang dimuat naik sendiri oleh Siti Faridah melalui akaun Twitter peribadinya telah mendapat 168,000 tontonan dan 10,300 tanda suka daripada netizen yang rata-ratanya memuji inisiatif tersebut.

"Mantap cikgu, semoga dikurniakan kesihatan yang baik serta kesabaran untuk terus mengajar," tulis seorang pengguna Twitter.

"Tahniah buat cikgu yang semangat mencari jalan untuk mengajar muridnya," puji seorang pemuda.

"Kalau PKP extend sampai Fasa 5, aku rasa cikgu ni dah masuk kerja kat Astro" tambah netizen lain.



Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
cikgu, PKP, green screen

Artikel Lain