KEDUA-duanya tidak pernah kenal antara satu sama lain tetapi dipertemukan dalam majlis makan-makan yang diatur bapa gadis ini. Begitulah kisah pertemuan Nurul Wirda Syahira Mohd Dawi, 25, dan Muhamad Sofi Faizal, 28, yang selamat disatukan di jenjang pelamin pada 29 September tahun lalu. Kisah pertemuan unik merpati dua sejoli ini dikongsi Nurul Wirda Syahira atau lebih mesra disapa Wirda di Twitternya sehingga mendapat perhatian netizen. ARTIKEL BERKAITAN: ‘Jodoh’ datang nak tolong, boleh pula gadis ni lari masuk kereta... temperature turun, pasangan ini naik pelamin! - “Kisah cinta kami memang real” ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa ‘jodoh’ baju sama masa buat reviu makanan, Instafamous nafi bertindak melampau - “Kalau dengan perempuan rasa lain sikit” Posting Wirda mengimbas kembali detik perkenalannya dengan pasangan sehingga disatukan sebagai suami isteri trending di Twitter dan ketika ini mendapat 7,300 ulang kicau dan 18,400 tanda suka. Menurut Wirda, dia dan suaminya bertemu buat pertama kalinya dalam satu majlis makan-makan di kediamannya pada 2 Mac tahun lalu. "Abah jemput husband datang rumah ada makan-makan. Masa tu dia pun tak tahu abah nak kenalkan dengan saya. Saya pun sama, jadi masing-masing terkejut. Perkongsian Wirda menjadi tular di Twitter. "Masa first jumpa tu family suruh kenal sesama sendiri. Time tu suami memang pemalu. Masa nak kenalkan nama tak dengar dia cakap apa. Dia cakap slow sangat-sangat, muka saya pun dia tak tengok. "Seminggu lepas jumpa tu barulah dia mesej saya. Jadi start dari situ kami pun kenal hati budi masing-masing," katanya kepada mStar. Jelas anak sulung daripada empat beradik itu, suaminya itu merupakan jodoh pilihan bapanya. "Sebenarnya masa tu saya tengah berkawan dengan orang lain tapi abah tak suka. Dari situ abah bersungguh-sungguh carikan jodoh untuk saya. "Abah memang kenal husband sebab dia anak kepada kawan dia. Lagipun ayah selidik dulu husband jenis orang macam mana. "Dia tanya orang tentang keperibadian husband. Alhamdulillah orang sekeliling senang dengan dia. Lagipun husband ramai kawan sebab ramai senang dengan perangai dia," katanya. Pasangan ini disatukan pada 29 September tahun lalu. Walaupun perkenalan mereka agak singkat, Wirda berkata dia setuju menerima Muhamad Sofi sebagai pasangan hidupnya kerana yakin dengan jodoh pilihan bapanya itu. "Kami bertunang selepas tiga bulan kenal. Sebelum tu saya buat solat istiqarah minta petunjuk daripada Allah jodoh terbaik untuk hidup saya. "Alhamdulillah dipermudahkan urusan saya berkahwin dengan dia pada 29 September lalu. Bila Allah permudahkan kiranya Allah reda hubungan saya dan suami. Alhamdulillah suami seorang yang caring, penyayang, tak pernah tinggal solat, tak merokok dan paling penting taat mak ayah. NURUL WIRDA SYAHIRA MOHD DAWI ISTERI "Saya juga yakin mak ayah lebih tahu yang mana terbaik untuk anak-anaknya. Bila mak ayah restu, mereka reda dengan pasangan kita dan barulah kita bahagia," katanya. Malah Wirda yang juga suri rumah turut meluahkan syukur kerana mendapat suami yang mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya selama ini. "Boleh kata kami bercinta selepas kahwin. Kiranya lepas kahwin barulah tahu kenapa abah suka sangat dengan dia. Memang dia bagus ada ciri-ciri suami yang saya nak. Wirda bersyukur dengan jodoh terbaik pilihan bapanya. "Alhamdulillah suami seorang yang caring, penyayang, tak pernah tinggal solat, tak merokok dan paling penting taat mak ayah. "Dia juga seorang yang sangat memuliakan mak dia. Kita kalau dengan mak kita akan cakap ala ummi kejaplah tapi dia tak. Apa-apa dia akan dahulukan mak dia," katanya. Mengenai postingnya itu, Wirda berkata dia berkongsi kisah tersebut sekadar untuk suka-suka dan tidak menduga akan tular di Twitter. "Time tu saja je nak share sebab tengok orang ramai buat form this to this. Kiranya jadi trend di Twitter. "Lagipun follower saya tak ramai. Sebelum ni pernah post tapi tak adalah orang like. Bila tweet ni viral memang terkejut jugalah," katanya.