SEPANJANG tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pelbagai kisah insan kurang bernasib baik tular di media sosial. Terbaharu mengenai kisah seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an tinggal di bawah blok Pangsapuri Perumahan Rakyat (PPR) Raya Permai, Sungai Besi sejak beberapa bulan lalu. Lebih menyedihkan, lelaki berbangsa Cina itu hanya menjadikan sofa terbuang yang dialas dengan surat khabar sebagai tempat tidur. ARTIKEL BERKAITAN: Tiga beradik ‘bahagia’ kongsi tilam single buruk, ibu masih di hospital bersalin anak keempat dikecam tak pandai rancang ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda sayu bertemu orang susah ‘bergelut’ cuba bisnes online, datang hantar donat pakai baju berminyak - “Dia tak tahu pasal caj delivery” Kisah menimpa lelaki itu dikongsi seorang gadis yang sudah menetap di pangsapuri tersebut sejak 15 tahun lalu menerusi satu bebenang di Twitternya. Perkongsian Adlynna Zain Mahmud mengundang simpati netizen dan rata-rata berharap agar pihak berwajib ambil maklum mengenai perkara itu. Longgokan sampah berhampiran tempat tidur lelaki tersebut. Menurut Adlynna atau lebih mesra disapa Nina, dia terpanggil untuk berkongsi kisah tersebut kerana kasihan melihat keadaan lelaki itu yang hidup merempat lebih-lebih ketika negara dilanda Covid-19. “Sebenarnya saya ada tanya pihak berwajib dekat PPR, mereka beritahu dah maklumkan kepada pihak atasan tapi sampai sekarang tiada tindakan diambil. “Dia tidur dekat sofa yang orang buang dengan hanya beralaskan surat khabar. Bantal pula dijadikan meja untuk makan. Makanan yang tak habis pun tak dibuang. ADLYNNA ZAIN MAHMUD. Penghuni PPR Raya Permai. “Saya perasan pakcik tu tinggal dekat bawah blok rumah saya dari hujung 2019 lagi. Dulu bawah tu kosong tapi sekarang tempat tu dah jadi kotor. “Rasa kesian pun ada sebab keadaan pakcik tu comot. Bila saya lalu je bawah tu saya macam nak nangis tengok keadaan dia, ” katanya kepada mStar. Jelas gadis berusia 18 tahun itu, dia juga bimbang dengan keadaan lelaki tersebut yang tidak terurus. Selain kotor, tempat tinggal lelaki tersebut turut berbau sehingga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan penduduk. “Bila Covid-19 makin teruk saya selalu terfikir pasal pakcik tu. Orang lain duduk rumah, dia duduk situ dengan hujan lagi, ribut lagi. “Dia tidur dekat sofa yang orang buang dengan hanya beralaskan surat khabar. Bantal pula dijadikan meja untuk makan. Makanan yang tak habis pun tak dibuang. “Jadi tempat tu memang kotor dan berbau. Amat berbahaya untuk kesihatan dia dan penduduk sekitar. Cleaner pun tak berani usik barang dia sebab takut dia cari atau marah, ” katanya. Nina berkata menerusi cakap-cakap penghuni PPR tersebut, lelaki itu didakwa mempunyai masalah mental. “Saya pernah tanya orang kat situ, mereka beritahu pakcik tu pernah masuk hospital mental selama tiga tahun tapi dia keluar balik. “Ada beritahu adik pakcik tu dulu tinggal di tingkat dua. Adik dia nak hantar ke rumah orang tua tapi dia tak nak. Jadi dia duduklah dekat bawah blok sampai sekarang. Lelaki itu menjadikan sofa terbuang sebagai tempat tidurnya. “Tapi khabar adik dia pun dah tak tahu dah. Ada kata dah pindah. Saya pun tak berani nak cakap apa-apa sebab tak kenal sangat adik pakcik tu, ” katanya. Anak bongsu empat beradik itu tidak menduga perkongsiannya itu tular dan berharap pihak berwajib melakukan sesuatu demi keselamatan lelaki tersebut. “Mula-mula takut nak tweet, takut tak ada sambutan. Tapi saya beranikan diri juga demi bantu pakcik tu. “Alhamdulillah ramai retweet. Saya harap pihak berwajib ambil peduli dan bawa pakcik ni ke tempat perlindungan yang selamat. “Saya yakin sudah tentu dia mahukan tempat yang selesa, ada kawan untuk bergaul selain dapat sumber makanan yang lebih bersih, ” katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!