suria

Drama air mata di pagi raya buat semua terkejut... sampailah kakak dedah kisah sebenar - “Masa dengan mak ayah, adik tak menangis seteruk itu”

Drama air mata Muhamad Danish semasa sesi bermaaf-maafan dengan kakaknya pada 1 Syawal.

DRAMA air mata sering kali berlaku pada 1 Syawal, terutama sesi bersalaman dan memohon kemaafan sesama ahli keluarga di rumah.

Kebiasaannya babak 'banjir' air mata berlaku antara anak-anak dan ibu bapa, tetapi lain pula dengan video yang tular apabila seorang adik menangis teresak-esak di hadapan kakaknya.

Sambil menyenaraikan kesalahan dan kesilapannya, kanak-kanak berkenaan mengesat air matanya dengan hujung lengan baju Melayu sebelum memeluk kakaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: "Ni semua salah ayah!" Abang dedah kisah sebenar adik kuat drama menangis di pagi raya dilabel 'Anakku Sazali'

ARTIKEL BERKAITAN: Anak menangis tak mahu balik sebab sekolah 'best sangat', bapa jawab tuduhan garang, cikgu lawa

Kakak berkenaan, Nur Hazlin Shafinaz Abd Halim berkata, insiden tersebut membabitkan adik bongsunya daripada lima beradik, Muhamad Danish yang berusia sembilan tahun.



Muhamad Danish menyambut hari ulang tahun ke-9 pada 19 Mei lalu.

Remaja berusia 13 tahun itu mengaku dirinya sendiri terkejut dengan tindakan spontan adiknya yang berjurai air mata semasa sesi memohon maaf itu.

"Kami berdua memang selalu bergurau dan bergaduh. Biasalah, adik-beradik. Bukan gaduh betul-betul, tapi macam geram sebab membuli atau kena buli.

"Adik minta maaf sebab sebelum ni dia tak sayang saya, benci saya. Memang terkejut sebab masa dengan mak ayah, adik taklah menangis seteruk itu," katanya kepada mStar.



Nur Hazlin (kanan) bersama Muhamad Danish.

Nur Hazlin yang menetap bersama keluarga di Bandar Saujana Putra dekat Kuala Langat, Selangor bagaimanapun tidak mengambil serius dengan kesilapan yang dilakukan adiknya.

"Saya faham dia masih kecil, jadi perangai memberontak tu ada. Saya pun sendiri ada silap sebab selalu buli adik. Tapi gurauan ini yang mengeratkan hubungan kami adik-beradik.

Adik ni memang terkenal dengan kuat drama dia. Tapi yang dia menangis tu memang spontan, bukan dibuat-buat.

NUR HAZLIN

"Walaupun terkejut sebab dia menangis depan saya, tapi adik ni memang terkenal dengan kuat drama dia. Tapi yang dia menangis tu memang spontan, bukan dibuat-buat," katanya.

Menurut Nur Hazlin, Muhammad Danish yang merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarga disifatkan sebagai seorang aktif, ceria dan suka bergurau.



Muhamad Danish (duduk, tengah) bersama keluarganya pada 1 Syawal.

Dalam pada itu, Nur Hazlin yang merupakan anak ketiga itu mendedahkan bahawa rakaman video yang tular hanyalah sebahagian daripada drama air mata adik lelakinya.

"Sebenarnya panjang lagi, tapi hanya sebahagian yang sempat dirakamkan oleh kakak. Lepas dah salam-salam tu, kami adik-beradik pujuk dia.

"Lepas tu kami pujuk dia, belikan baju dan permainan sempena hari jadi dia yang ke-9 pada 19 Mei lalu," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain