SEBAGAIMANA insan lain, kehadiran Aidilfitri tahun ini juga dianggap kurang meriah buat kembar tiga seiras ini. Namun menurut Iqbal Amzar, Haikal Ajmal dan Hambal Aismat, hari kememangan umat Islam itu tetap akan dirayakan biarpun dalam suasana terhad dan penuh kesederhanaan. Triplet popular itu tampil menerusi temubual eksklusif bersama mStar sempena raya dan turut memperincikan nostalgia tahun-tahun sebelum ini. ARTIKEL BERKAITAN: Tiga beradik ini buat hal lagi, bukan saja di TikTok, kasihan... akak McD pun keliru - “Yang pertama dan kedua OK lagi...” ARTIKEL BERKAITAN: Tiga kembar seiras 'hot' gembira sambut 'birthday' berempat! Kuatnya naluri... demam bersama, seorang dibuli, dua lagi tak sedap hati Masing-masing berusia 25 tahun, mereka akui sinar lebaran sememangnya mula memudar sekitar empat tahun lalu selepas kematian nenek di Kedah akibat sakit tua. "Keluarga belah mak di Kuala Lumpur (KL) sahaja. Jadi saban tahun kami balik beraya di Kedah. Arwah atuk memang kami tak sempat jumpa, dah lama meninggal. "Nenek pula meninggal empat tahun lepas sewaktu berusia 95 tahun. Jadi vibe raya tu macam dah tak ada. Rasa kurang seri, kurang semangat. Triplet ini beraya secara sederhana sahaja berikutan situasi pandemik Covid-19 yang melanda negara. "Kalau dulu kami bersama saudara-mara konvoi dari KL ke Kedah, sekitar lapan ke sembilan kereta. Kami pun suka lagu Balik Kampung nyanyian Allahyaham Datuk Sudirman Arshad. Sekarang macam dah tak ada rasa seronok macam dulu. "Dekat kampung dulu boleh main mercun, perang dengan jiran-jiran. Lepas nenek dah tak ada, kami pun tak balik beraya di sana dah," ujar Iqbal mewakili dua lagi kembarnya itu. Bercerita mengenai persediaan raya tahun ini pula, Haikal dan Hambal mengakui mereka langsung tidak membeli pakaian baharu, sebagaimana tahun-tahun berikutnya. Malah, mereka hanya fokus kepada penyediaan juadah wajib memandangkan sambutan kali ini cukup terhad dek situasi pandemik yang melanda negara. Nenek pula meninggal empat tahun lepas sewaktu berusia 95 tahun. Jadi vibe raya tu macam dah tak ada. Rasa kurang seri, kurang semangat. IQBAL AMZAR PASANGAN KEMBAR TIGA "Kami buat ketupat sendiri. Dari kecil dah belajar cara balut ketupat. Rendang tu semua wajib ada. Memang mak yang uruskan hal-hal masakan, kami askar-askar tukang bungkus ketupat, tolong mana yang patut. "Baju raya pun rasa tak bersemangat. Kami tak beli pun baju Melayu tahun ni. Kalau tahun sebelum ni, dalam tiga ke empat pasang baju Melayu setiap seorang.Tahun ni kami recycle sahaja baju lama. "Dari segi kuih raya, kami bertiga memang suka Cornflake madu. Ini pun wajib ada dan kami buat sendiri sahaja," kata Haikal dan Hambal. Kembar tiga ini pernah tular gara-gara video TikTok mereka baru-baru ini. Antara rutin wajib setiap kali raya buat tiga kembar popular ini tentunya acara photoshoot bersama. Segak berpakaian serba sedondon, mereka yang sebelum ini meraih perhatian ramai gara-gara video TikTok turut merancang aktiviti itu pada sambutan kali ini. "Dulu boleh menziarah, kumpul duit raya. Masa kecil agak nakal, orang pun tak cam muka kami sebab tiga-tga sama sahaja. Jadi ada yang dapat duit raya lebih sekali, menyamar sebagai kembar pula. Mereka bertiga akui rindu untuk beraya di kampung halaman arwah nenek di Kedah. "Tapi tahun ni cukup berbeza, tak ada aktiviti sangat. Mungkin akan buat video TikTok raya atas permintaan ramai. Jadi tradisi baharu tahun ni. Selain itu macam biasa akan bergambar bersama. "Apa-apa pun, kami bertiga nak ucap selamat hari raya. Berayalah dalam keadaan selamat, jangan susahkan orang, jaga jarak... "Jangan degil dan patuh arahan yang dikeluarkan. Moga kita semua diberi kesihatan yang baik," ujar tiga beradik itu mengakhiri bicara. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!