KEBIASAANNYA penyakit darah tinggi amat sinonim dengan golongan dewasa terutama mereka yang berusia lebih 55 tahun. Namun tanpa kita sedari kanak-kanak juga sebenarnya mudah terdedah dengan penyakit tersebut. Perkara tersebut dikongsi seorang doktor yang bercerita mengenai pengalamannya merawat seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun menerusi satu posting di Facebooknya. ARTIKEL BERKAITAN: Demam berlarutan, bapa terkejut Google simptom Kawasaki selepas 5 hari anak di wad - “Sedih dia terpaksa makan ubat jantung orang dewasa” ARTIKEL BERKAITAN: “Benda paling bodoh aku percaya” - Dulu keguguran, kini hilang kembar! Wanita salahkan diri terlalu positif, sakit lahirkan anak tak bernyawa Menurut Dr Ahmed Kamarulzaman, kanak-kanak berbadan gempal itu dibawa ibunya ke klinik selepas kerap mengadu sakit kepala. "Doktor, anak saya ni kerap kali mengadu sakit kepala. Bila balik sekolah saja, mesti sakit kepala. "Mulanya saya ingat biasalah, budak balik sekolah tengah hari. Tapi, tak tahanlah kalau macam ni, doktor. Kanak-kanak tersebut sering mengadu sakit kepala sejak dua bulan lalu. -Gambar hiasan "Tiap-tiap hari dia mengadu benda yang sama saja. Sampai tahap dia tak lalu nak makan. Risau saya dibuatnya, ” kata ibu kanak-kanak itu. Namun Dr Ahmed mula bertanyakan kepada ibu kanak-kanak tersebut mengenai keadaan kesihatan anaknya itu. "Sejak bila mulanya puan? Pernah pergi mana-mana klinik atau doktor? "Ada dalam dua bulan ni. Tak ada pula saya bawa dia pergi klinik. Yelah, saya ingat benda biasa saja, jawab ibunya. "Baik, kita periksa tekanan darah dulu ya, dik. Adik akur, lalu memberikan tangannya pada saya," kata Dr Ahmed. Sebaik sahaja memeriksa tekanan darah kanak-kanak itu, Dr Ahmed terkejut dengan bacaan yang direkodkan. "Allah!! Tingginya tekanan!! OK, Puan. Macam ni. Kemungkinan besar adik ada tekanan darah tinggi, tekanannya 145/91mmHg," katanya. Dr Ahmed Kamarulzaman. Namun ibunya seolah-olah tidak percaya dengan bacaan yang direkodkan. "Mustahillah, doktor. Budak macam dia, baru umur sembilan tahun takkanlah ada darah tinggi," katanya. Bagaimanapun Dr Ahmed menjelaskan situasi seperti dilalui anaknya memang jarang berlaku tetapi setiap satu dalam 10 pelajar sekolah boleh berisiko mendapat penyakit tersebut. “Memang agak jarang, darah tinggi dalam kalangan kanak-kanak, tapi risiko tetap ada. Allah!! Tingginya tekanan!! OK, Puan. Macam ni. Kemungkinan besar adik ada tekanan darah tinggi, tekanannya 145/91mmHg. DR AHMED KAMARULZAMAN PEGAWAI PERUBATAN "Tambahan lagi, kanak-kanak yang ada masalah berat badan macam dia. Kalau diikutkan, BMI adik adalah 33. Tinggi tu, puan!" katanya. Ibu kanak-kanak itu turut meluahkan rasa terkejut apabila mengetahui perkara tersebut. "Ya Allah... Tak tahu pula saya macam ni jadinya," katanya. Jelas Dr Ahmed, selepas rawatan susulan dan pemeriksaan selanjutnya, tekanan darah tinggi kanak-kanak itu berjaya diturunkan. Kanak-kanak berlebihan berat badan terdedah kepada pelbagai risiko kesihatan antaranya tekanan darah tinggi. Gambar sekadar hiasan. "Alhamdulillah, berkat kepatuhan ibu dan adik pada rawatan, tekanan darah berjaya diturunkan. "Simptom pun telah hilang dan BMI adik semakin berkurangan. Kali terakhir saya berjumpa adik, BMI sudah menghampiri 27 'and the rest is history'," katanya. Jelas Dr Ahmed lagi, kebiasaannya, ia berkait dengan masalah obesiti dan dinasihatkan pelajar sedemikian melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap tahun. "Ibu bapa juga perlu memastikan bahawa pelajar tidak menghidap apa-apa penyakit yang lain," katanya. Pada masa sama, Dr Ahmed turut menasihatkan pelajar yang mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis, buah pinggang, saluran darah utama, jantung supaya melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap kali ke klinik. "Tekanan darah kanak-kanak berbeza-beza, bergantung pada umur dan ketinggian mereka. Tidak seperti orang dewasa," katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!