suria

“Jamuan sekolah saya tak datang, kantin pun takut nak pergi” - Gadis pindah sekolah gara-gara derita diejek gemuk, hidung penyek

Cami berjaya menurunkan berat badannya kepada 45kg dalam masa tujuh bulan.

BUKAN mudah untuk orang berbadan besar mahu mendapatkan berat badan idaman.

Namun segalanya tidak mustahil jika ada kesungguhan dan disiplin yang tinggi dalam diri.

Begitulah dilakukan seorang gadis yang berjaya menurunkan berat badannya daripada 62 kilogram (kg) kepada 45kg dalam masa tujuh bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Guru makin kacak lepas turun 65kg, masa gemuk berkali kerusi patah - "Bila buang air, tangan tak sampai nak cuci"

ARTIKEL BERKAITAN: Konvo dah dekat, nak beli but paha pula besar! Gadis kongsi perit kurus dalam sebulan, “saya berlari sambil menangis”

Kisah kejayaan menurunkan berat badan yang dikongsi Salmi Izzati Hanizam di Twitter mendapat 19,500 ulang kicau dan lebih 60,000 tanda suka.

Rata-rata memuji penampilan terbaharu gadis berusia 17 tahun itu.

Menurut Salmi Izzati atau lebih mesra disapa Cami, segalanya bermula selepas dia mengalami tekanan emosi yang teruk gara-gara diejek kawan-kawan sekolah kerana berbadan gemuk.

Tweet mengenai tips Cami kurus selama tujuh bulan mendapat perhatian netizen.

"Dulu dekat sekolah lama orang selalu kata 'kau ni gemuklah', lepas tu mereka gelakkan. Hari-hari kena ejek, memang saya terasa sangat.

"Bukan setakat body shaming tapi kena face shaming sekali. Mereka ejek muka saya cakap hidung penyeklah. Waktu tu memang saya tertekan sangat," katanya kepada mStar.

Tidak tahan dengan ejekan tersebut, Cami berkata dia akhirnya membuat keputusan untuk berpindah sekolah.

"Saya pindah sekolah Mac tahun lalu. Walaupun persekitaran di sekolah baharu lebih baik, ejekan di sekolah lama masih beri kesan pada emosi saya.

"Bila tengok orang lain cantik, saya je gemuk terus rasa down dan tak ada keyakinan diri. Sampaikan tahap jamuan sekolah pun tak datang sebab malu dengan orang.

"Saya jadi terlampau takut orang tengok-tengok saya. Saya memang tak boleh duduk dekat tempat orang ramai. Kantin pun saya takut pergi. Kalau boleh saya akan lalu jalan tak ramai orang," katanya.

Namun anak kedua daripada enam beradik itu berkata dia berazam mahu berubah sejak Ogos tahun lalu.

Foto terbaharu Cami yang kini lebih cantik dan langsing.

"Start dari situ saya berazam untuk berubah. Saya kena buat sesuatu, tak boleh macam ni.

"Jadi saya pun start diet bermula Ogos tahun lalu sampailah Ramadan baru-baru ini.

"Walaupun ada terfikir nak give up bila buat work out tapi saya pujuk diri supaya jangan cepat mengalah," katanya.

Katanya lagi, dalam tempoh tujuh bulan itu dia sering melakukan diet sihat dan juga bersenam.

Saya jadi terlampau takut orang tengok-tengok saya. Saya memang tak boleh duduk dekat tempat orang ramai. Kantin pun saya takut pergi. Kalau boleh saya akan lalu jalan tak ramai orang.

SALMI IZZATI HANIZAM

Pelajar

"Setiap hari saya akan makan dua kali sehari. Selalunya saya sarapan lambat around 10 atau 11 pagi.

"Biasanya saya akan makan banyak protein macam dua biji telur goreng tanpa minyak atau telur rebus dengan roti wholemeal.

"Untuk dinner saya selalu makan sekitar pukul 5 atau 6 petang. Saya akan cuba elakkan karbohidrat. Kalau bosan saya hanya makan lauk saja tanpa nasi.

Antara komen netizen pada posting Cami.

“Saya juga akan bersenam lima kali seminggu di rumah menggunakan aplikasi Female Fitness di telefon bimbit, ” katanya.

Walaupun sudah berpuas hati dengan transformasi tersebut, Cami berkata dia masih berusaha untuk mengekalkan berat badannya ketika ini.

"So far saya happy sebab dapat pakai baju cantik. Kalau dulu asyik pakai baju warna hitam je sebab takut nampak gemuk.

"Saya juga lebih confident dengan diri sendiri. Sekarang saya tengah cuba nak maintain berat badan saya.

"Apa yang saya buat adalah elak makan benda manis, bergoreng dan kuih-muih. Lagi bagus cut terus gula dari pemakanan kita.

"Hari Sabtu atau Ahad pula hari cheat day saya. Time tu saya makan juga ice cream atau fast food tapi kena berpada-padalah," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain