SETIAP keluarga ada cara tersendiri dalam meraikan lebaran. Begitu juga dengan keluarga ini apabila mereka menghasilkan video yang cukup epik sehingga ia menerima hampir sejuta tontonan dalam masa yang cukup singkat. Menurut Farouqie, 23, video yang dirakam pada petang hari raya pertama menampilkan ibu bapanya, dia enam beradik serta dua abang ipar. ARTIKEL BERKAITAN: Drama air mata di pagi raya buat semua terkejut... sampailah kakak dedah kisah sebenar - “Masa dengan mak ayah, adik tak menangis seteruk itu” ARTIKEL BERKAITAN: “Saya bukan 'makcik bawang' ya” - Ibu borak sakan ketika ziarah raya sampai anak tertidur... video tular buat guru sedar sesuatu tentang dirinya "Mula-mula saya tengok di video #fightmechallenge di Youtube, jadi saya buat plan dengan kakak sehari sebelum raya. "Sebab hari raya pun tak ada nak buat apa. Masa mula-mula plan, tak fikir pun nak ajak mak ayah. Takut mereka tak nak. Aksi bapanya bermain golf (kiri) dalam video itu turut mencuri perhatian ramai. "Last minute ajak masuk sekali, kami shoot dalam sejam lebih je. Keseluruhan video dirakam menggunakan telefon je," ujarnya kepada mStar. Menurut Farouqie, dia sama sekali tidak menyangka video itu akan meraih perhatian ramai. Malah katanya, ia sekadar dikongsi secara suka-suka untuk meraikan Aidilfitri tahun ini yang agak berbeza. Mula-mula saya tengok di video #fightmechallenge di Youtube, jadi saya buat plan dengan kakak sehari sebelum raya. FAROUQIE ANAK "Saya tak jangka pun. Masa hari tu saya demam, jadi saya tidur sahaja. Bila bangun tengok telefon panas, penuh masuk notification. Tak sangka viral. "Kami buat video cuma nak isi masa lapang, satu keluaga duduk rumah, kami memang tak terima tetamu," ujarnya yang menetap di Shah Alam, Selangor. Menurut Farouqie lagi, raya tahun ini kurang serinya namun dia bersyukur apabila masih didampingi keluarga. Potret raya keluarga Farouqie. Sehingga kini, video itu turut dihujani pelbagai komen dan menerima lebih 37,600 ulang kicau (Retweet). Antara yang menarik perhatian tentunya babak disimbah air di dapur, terjun dalam kolam serta penghujung video yan diakhiri dengan penuh gaya, aksi bapanya memukul bola golf dalam persalinan jubah hitam. Farouqie tidak menyangka video itu akan menjadi tular. Video itu turut dimeriahkan dengan muzik latar lagu popular Kung Fu Fighting. Selain memuji kreativiti video itu, netizen juga teruja melihat kediaman keluarga Farouqie yang besar dan lawa. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!