BAGAIKAN harta karun! Mungkin itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan ratusan lukisan yang ditemui jejaka ini. Menurut Wan Mohd Hakimi Wan Hamizi, 24, dia sebenarnya sudah lama menemui lukisan lama milik arwah datuknya, Wan Said Wan Ahmad. ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Nak tengok lukisan atau pelukisnya dulu? - “Cantik itu subjektif” ARTIKEL BERKAITAN: ‘Stay at home’ sangat berharga! Waktu bersiap, memandu diguna untuk melukis - “Habis Perintah Kawalan Pergerakan boleh buka galeri” Namun, peninggalan cukup berharga itu kembali menarik perhatiannya sewaktu dia mengemas rumah pada hari raya. "Sebenarnya dah lama jumpa. Lukisan-lukisan tu ada dekat rumah arwah datuk dan nenek. Tapi dah lama dibawa ke rumah keluarga saya dan disimpan bawah katil sahaja. "Jadi dalam dua hari lepas masa hari raya tak ada buat apa-apa, saya kemas-kemas kawasan rumah. Selongkar barang-barang bawah katil. Posting Hakimi di Twitter. "Bila terjumpa balik, saya kongsi di Twitter. Memang tak sangka akan tular," ujarnya kepada mStar. Mesra disapa Hakimi, anak kelahiran Selayang, Selangor itu mengakui timbul rasa nostalgia tatkala menatap karya-karya itu biarpun tidak pernah bersemuka dengan arwah datuknya yang meninggal dunia pada tahun 1989. Bercerita lanjut, Hakimi berkata arwah datuknya sememangnya gemar menghasilkan lukisan cat air bermotifkan panorama desa. Ada dalam 20 orang yang mesej minta nak beli, antaranya memang pengumpul-pengumpul koleksi. Tapi saya memang tak akan jual. WAN MOHD HAKIMI WAN HAMIZI CUCU "Ayah kata, arwah atuk hanya akan melukis pada waktu malam sahaja. Ayah sendiri pun minat melukis tapi dah lama tak praktikkan. "Macam saya, bolehlah melukis. Tapi saya lebih minat kepada fotografi yang menggunakan filem, arwah atuk pun suka fotografi juga," ujarnya lagi. Menurut penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) itu, dia tidak menyangka ada individu yang berminat membeli lukisan arwah datuknya. Hakimi enggan menjual koleksi lukisan milik arwah datuknya. Namun, dia enggan menjual 'harta pusaka' keluarganya itu sebaliknya mahu menyimpannya dalam cara yang lebih baik dan sistematik selepas ini. "Ada dalam 20 orang yang mesej minta nak beli, antaranya memang pengumpul-pengumpul koleksi. Tapi saya memang tak akan jual. "Setiap lukisan arwah atuk ada dicatat tahun ia dihasilkan. Saya nak jadikan ia dalam bentuk katalog, susun ikut tahun... letak dalam frame. "Saya dengan ayah pun terkejut, tak sangka orang zaman sekarang dah mula hargai seni macam ni. Tapi ia ada nilai buat keluarga, kami akan simpan sahaja," ujarnya lagi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!