suria

Selepas muncul #IndonesiaTerserah petugas kesihatan Malaysia buktikan mereka tak lupa frontliners dari seberang - “Jangan menyerah dalam perang ini”

Gambar yang dimuat naik di Facebook menunjukkan dua petugas kesihatan dari Tawau, Sabah mengenakan PPE yang ditulis dengan kata-kata semangat sebagai solidariti buat frontliners Indonesia. Foto: FB En Dean Porcell

BARU-BARU ini media sosial dibanjiri dengan tanda pagar 'Indonesia? Terserah!' yang dikaitkan dengan luahan kekecewaan petugas kesihatan di negara itu terhadap sikap orang awam yang memandang remeh bahaya pandemik Covid-19.

Ini ekoran sebilangan besar daripada orang awam yang dilihat enggan mengambil endah sehingga melanggar arahan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) yang dikuatkuasakan kerajaan bagi mengekang penyebaran wabak tersebut secara meluas.

Tanda pagar tersebut dipercayai dimulakan oleh kakitangan kesihatan pada 15 Mei lalu bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai bahaya Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Noor Hisham minta frontliners sabar bertugas ketika Aidilfitri – “InsyaAllah pengorbanan kita akan berjaya memutuskan rantaian jangkitan”

ARTIKEL BERKAITAN: Lima bulan kerja bertungkus lumus tak kira masa, warga KKM bakal nikmati ‘time off’ secara bergilir

Selain itu, ia juga sebagai mesej kepada orang awam agar bersatu serta berganding bahu bersama-sama kerana tugas memerangi Covid-19 bukan terletak di bahu kakitangan perubatan semata-mata.

Memahami kekecewaan yang ditanggung oleh pasukan frontliners di negara jiran itu yang pastinya kepenatan kerana bekerja tanpa henti, beberapa petugas kesihatan yang bertugas Pejabat Kesihatan Kawasan (PKK) Tawau, Sabah tampil menyatakan solidariti kepada 'rakan sejawatan' mereka.



Posting seorang petugas kesihatan dari Tawau, Sabah yang memberikan kata-kata semangat kepada frontliners dari Indonesia.

Menerusi beberapa keping gambar yang dimuat naik di Facebook, petugas kesihatan berkenaan mengenakan pakaian perlindungan lengkap (PPE) dengan tulisan kata-kata semangat di bahagian luarnya.

Antara kata-kata yang tertulis pada pakaian PPE tersebut adalah 'Jangan Putus Asa' dan 'Kita Pasti Menang' selain tanda pagar Indonesia Bisa!

Selain itu, petugas kesihatan tersebut turut menukilkan kata-kata semangat pada kapsyen yang dimuatnaik bersama-sama gambar tersebut.

"Ayuh Frontliner From Indonesia, kita pasti menang. Penat lelah kita hanya Tuhan bisa berikan.

"Ayuh putuskan rantaian. Jangan menyerah dalam perang ini. Letakkan jiwa teguh untuk tali persaudaraan dalam tangani pandemik ini. Ayuh kita boleh!" tulisnya.



Bendera Indonesia turut dilukis dengan kata-kata semangat Indonesia Bisa.

Perkongsian tersebut turut mendapat reaksi positif netizen dengan rata-ratanya turut menyatakan sokongan kepada pasukan perubatan negara tersebut.

"Semoga rakyat Indonesia patuh pada arahan dan semoga dipermudahkan semua," tulis seorang netizen.

"Kuatkan semangat frontliners Indonesia," tulis seorang netizen lain.

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih lebih 350 shares di Facebook.



Antara komen netizen yang turut sama memberikan sokongan buat frlontliners dari Indonesia.

Untuk rekod, Indonesia mencatatkan jumlah kematian Covid-19 tertinggi di Asia Tenggara

Data rasmi yang dikeluarkan oleh jurucakap pemerintah mengenai pengurusan Covid-19, Achmad Yurianto, sebanyak 1,520 kes kematian dicatatkan manakala jumlah kes positif pula meningkat kepada 25,216 setakat Jumaat.

Sementara itu Ketua Umum Ikatan Doktor Indonesia (IDI), Daeng M Faqih, seperti dipetik media tempatan berkata, seramai 25 doktor meninggal dunia ketika menjalankan tugas akibat dijangkiti Covid-19.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain