SETIAP pasangan pasti mahu hubungan cinta yang dibina berkekalan hingga ke jenjang pelamin. Namun tidak semua apa yang kita impikan akan berlaku seperti dirancang. Begitulah situasi yang menimpa seorang gadis yang akur dengan ketentuan Ilahi apabila hubungannya dengan seorang pemuda terputus di tengah jalan. ARTIKEL BERKAITAN: Bakal suami berkira teruk, merisik tak mahu bagi cincin tanda... siap kira siapa lebih banyak habis duit ARTIKEL BERKAITAN: Akui sering ditinggalkan kekasih, pemuda ini serius nak kahwin tapi teman wanita pula kantoi curang! - “Duit tu nak bawa famili makan-makan atau travel” Lebih menyedihkan gadis tersebut turut berkongsi gambar 'photoshoot' dia memakai baju pernikahannya yang sepatutnya berlangsung pada 27 Mei lalu. Kisah tersebut yang dikongsinya di Facebook menjadi tular dan mengundang simpati dalam kalangan netizen. Malah ramai tertanya-tanya mengapa dia mengambil gambar photoshoot siap bersolek dan memakai baju nikah seorang diri. Yana turut memakai inai di jari pada hari tersebut. Gadis tersebut yang hanya ingin dikenali sebagai Yana Mohamad akhirnya bersuara mengenai tindakannya itu. Ketika dihubungi mStar, Yana berkata dia sebenarnya mahu mengabadikan gambar kenangan bersama baju pernikahannya itu. "Sebenarnya saya nak abadikan kenangan dengan baju nikah tu sebelum saya let go kepada orang lain. "Itu je reason saya ambil gambar photoshoot tu, tak sangka jadi viral. Tapi siapa kenal saya tahulah saya dah pun move on sebenarnya," kata gadis berasal dari Dungun, Terengganu itu. Masa photoshoot tu OK je. Ada je saya gelak cuma part gambar saya tutup sebelah muka tu saya sebak. YANA MOHAMAD Pereka grafik Sebaik saja kisahnya tular, Yana berkata baju nikahnya itu sudah ada pembeli. "Alhamdulillah dah ada buyer. Saya beli RM200 lebih tapi saya jual harga RM80. “Ikutkan baju sanding pun saya upah tailor untuk jahit tapi disebabkan putus tengah jalan dapatlah refund," katanya. Yana kelihatan anggun meskipun hari bahagianya kini hanya tinggal kenangan. Ditanya mengenai reaksinya semasa sesi penggambaran yang dirakam di tempat kelahirannya itu, Yana mendedahkan perasaannya bercampur baur. “Masa photoshoot tu OK je. Ada je saya gelak cuma part gambar saya tutup sebelah muka tu saya sebak. “Gambar tu sebenarnya diambil oleh salah seorang kawan saya guna handphone. “Saya dah plan lama nak ambil gambar. Masa saya text kawan saya, dia pun ajak buat video sekali, ” katanya. Tambah Yana lagi, walaupun masih ada perasaan sayang dia tekad memutuskan hubungan selepas menyedari tunangnya itu berlaku curang. "Saya putuskan hubungan kami pada awal tahun ini sebab dah tak tahan dengan perangai dia, lagi-lagi bila kantoi mesej perempuan lain. "Tapi saya cari dia balik, merayu kat dia minta berubah sebab dah tak lama lagi nak nikah. Lagipun masa tu saya tak sanggup kehilangan dia. Yana turut membuat video muzik sebagai kenangan pada hari bahagiannya itu. "Tapi dia tolak saya sebab dah ada orang baru. Last-last dia cakap dia sayang saya lagi tapi tak nak dah saya sebab saya terlalu baik untuk dia," katanya. Meskipun perit, Yana berkata dia kini sudah move on daripada pengalaman pahit itu. "Saya dah move on cuma kadang kala masih teringat dia. Apa pun saya anggap tak ada jodoh antara kami. "Ada je yang tanya saya kalau dia berubah, nak ke saya balik kat dia. Jawapan saya memang tak. "Saya percaya ramai lagi lelaki jauh lebih baik dari dia kat luar sana," katanya. Sementara itu mengenai dakwaan segelintir netizen mengenai kisah tersebut hanya sebagai strategi pemasaran bisnesnya, Yana bagaimanapun menafikan perkara itu. Gambar dan kisah sedihnya itu bukan strategi pemasaran untuk bisnes, sebaliknya mahu diijadikan sebagai kenangan. "Kalau marketing baik saya promote bisnes saya sendiri instead credit kan make up, henna, kasut dan veil orang. "Saya dah bertahun bisnes. Saya pun tak terfikir nak buat marketing kisah-kisah macam ni. "Lagipun bisnes saya sekarang fully stop sepanjang PKP. Saya tak berani ambil risiko buka bisnes selagi Covid-19 ni masih ada," katanya yang menjalankan perniagaan reka grafik dan party planner secara kecil-kecilan. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!