SEPANJANG tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan lebih dua bulan yang lalu, bermacam ragam unik dan kreatif yang dikongsikan netizen di media sosial. Ada yang berkongsi berkongsi transformasi dekorasi rumah, ada yang berkongsi resepi masakan, ada yang berkongsi video tarian dan pelbagai lagi. Tidak ketinggalan bagi gadis ini yang turut berkongsi hasil kreativitinya di media sosial. ARTIKEL BERKAITAN: Misi kejutan nyaris gagal... isteri terpegang kotak hadiah, mujur suami pandai ‘tipu’ - “Terlalu banyak pengorbanannya, bagi kereta pun tak terbalas” ARTIKEL BERKAITAN: Konon nak ajak pergi makan tapi dua beradik ini ‘tipu’ ibu sampai menangis - “Jika ayah masih ada, pasti arwah yang belikan” Berbeza dengan 'content' yang dikongsikan netizen, gadis ini tampil dengan idea menarik apabila mengaplikasikan tema PKP sewaktu sambutan ulang tahun kelahiran bapanya, baru-baru ini. Menerusi perkongsian di Facebook, gadis ini memuat naik beberapa keping gambar sekitar sambutan majlis tersebut dengan memaparkan kesemua ahli keluarganya mengenakan costume 'fronliners' bagi menyempurnakan lagi tema yang dipilih. Lebih menarik, mereka turut mencetak karikatur Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebagai 'props penyeri'. Berkongsi cerita dengan mStar, gadis bernama Nur Shafira Natasya Nor Halim itu berkata, idea untuk memilih tema tersebut datang secara spontan tambahan pula ketika ini seluruh rakyat digalakkan untuk kekal berada di rumah sepanjang tempoh PKP. Nur Shafira merupakan 'dalang' utama di sebalik kejutan sambutan ulang tahun kelahiran bapanya. "Tahun-tahun sebelum ini, kami akan menyambut ulang tahun kelahiran di luar dengan menggunakan khidmat perancang majlis. "Memandangkan ulang tahun ayah jatuh pada 22 Mei di mana kita masih dalam tempoh PKP, jadi tak dapat keluar. Maka timbullah idea ini," katanya bercerita mengenai idea ketika sambutan ulang tahun kelahiran bapanya yang ke-52, minggu lalu. Gadis yang berusia 26 tahun ini berkata, idea tersebut dibincangkan dan dilaksanakan bersama dua adik dan ibunya dengan teliti supaya tidak dapat dihidu oleh bapanya, Nor Halim Ahmad. Ketika ayah sampai, adik yang pakai baju rider FoodPanda keluar untuk buka pagar. Ketika itu ayah lagi hairan tapi dia gelak-gelak saja. Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga buat kejutan sebaik ayah melangkah masuk ke dalam rumah. NUR SHAFIRA NATASYA NOR HALIM ANAK "Kami ambil masa kurang seminggu untuk design sebelum mencetak. Pada mulanya nak tempah banner, tapi kedai tak buka pula. Jadi semua benda kami buat sendiri. "Segala persiapan props dan sebagainya dilakukan di dalam bilik supaya tak kantoi. "Berkenaan kostum, baju anggota polis tu milik saya sewaktu menyertai pasukan beruniform di Tingkatan Enam, baju anggota pertahanan awam pula milik adik... baju rider FoodPanda dan jururawat tu bukan uniform sebenar tapi diolah menggunakan baju yang ada," kata graduan Ijazah dalam Rekaan (Pengiklanan) dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Dalam pada melakukan segala persiapan dengan penuh berhati-hati agar tidak dapat dihidu bapanya, Nur Shafira berkata mereka hampir sahaja 'kantoi' menjelang sehari sebelum kejutan dilakukan. Nur Shafira turut dibantu oleh dua adiknya bagi merealisasikan majlis ulang tahun kelahiran bapanya yang bertemakan PKP. "Sehari sebelum kejutan iaitu pada Khamis, ayah cakap dia nak ambil cuti pada Jumaat (22 Mei) sebab nak terus sambung dengan cuti raya. "Kalau dia cuti, maknanya kejutan yang kami rancang tak menjadi. Jadi ibu melarang ayah ambil cuti, sebaliknya ibu minta ayah kerja sahaja macam biasa. Ketika itu ayah dah pelik. "Pada Jumaat, ayah pergi kerja macam biasa tapi mak telefon suruh pulang awal dalam pukul 4 petang. Ketika ayah sampai, adik yang pakai baju rider FoodPanda keluar untuk buka pagar. "Ketika itu ayah lagi hairan tapi dia gelak-gelak saja. Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga buat kejutan sebaik ayah melangkah masuk ke dalam rumah," ujarnya. Nur Shafira (kanan) bersama keluarganya ketika Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini. Menurut Nur Shafira, sungguhpun tidak dapat meraikan majlis ulang tahun bapanya sebagaimana kebiasaan sebelum ini, namun dia bersyukur sambutan tersebut menjadi antara kenangan termanis buatnya dan keluarga. "Seronok tengok reaksi muka ayah yang kagum dengan idea kami. Walaupun dekat rumah sahaja, tapi tak semestinya kita terhalang buat pelbagai perkara. Yang paling penting, kita patuh SOP dan sahut seruan kerajaan untuk kekal di rumah. "Ramai yang beri komen positif bila saya kongsikan di Facebook. Tapi ada juga komen-komen negatif, kata kami beriya gigih dan sebagainya. "Bagi saya, tak salah pun nak cipta benda kreatif sekali sekala, apatah lagi kita buat untuk ayah kita sendiri. Bukan untuk orang lain pun," ujarnya menutup bicara. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!