SEBUT sahaja nama Ustaz Ebit Lew pasti ramai mengagumi keprihatinannya yang sering membantu golongan kurang berkemampuan tanpa mengira batas agama. Bukan itu saja, pendakwah terkenal itu juga sering berkongsi tip kebahagiaan rumah tangga kepada pengikutnya di media sosial. Terbaharu, beliau berkongsi beberapa tip buat suami tentang cara menghargai isteri supaya dimurahkan rezeki menerusi satu posting di Facebooknya. ARTIKEL BERKAITAN: Untunglerr... Romantik Ebit Lew khas buat si bidadari, jom tengok video ala Bollywood di Aidilfitri! – “Meh pegang tangan abang, kita beraya pusing rumah je” ARTIKEL BERKAITAN: “Empat tahun menghabiskan duit suaminya, tapi tak pernah habis” - Lelaki ini kagum tak miskin tanggung keluarga selepas isteri resign Dalam posting tersebut, beliau turut memuat naik foto bersama sebuah kereta mewah berwarna putih sehingga mendapat 39,000 tanda suka dalam kalangan netizen. Menurut Ebit, antara perkara yang sering dilakukannya adalah meninggalkan sejumlah wang di atas meja untuk isterinya setiap hari sebelum pergi bekerja. Sebuah kereta Audi yang turut dimuat naik Ebit dalam posting di Facebooknya. Malah beliau lagi, selain wang tunai, kad bank turut diberikan untuk kegunaan suri hatinya itu. "Belanja atas isteri dan keluarga sedekah paling besar nilainya. Nafkah wajib. Apa yang kita suka untuk diri itu juga kita kongsi dengan isteri. "Ada orang boleh beli kasut mahal. Beli rim kereta. Beli radio aksesori kereta atau motor. Belanja ikut kemampuan tanpa menyusahkan diri. Allah pasti berkati dengan sedekah. Sedekah paling besar nilainya ialah buat isteri dan anak-anak. Buat mak ayah. Dan juga adik beradik. USTAZ EBIT LEW Pendakwah "Tapi dengan isteri dan keluarga susah nak belanja. Masam muka. Belanjalah kerana Allah buat keluarga," katanya. Jelas Ebit lagi, tindakan tersebut boleh menjadikan rezeki seseorang itu melimpah ruah. "Dengan belanja isteri dan keluarga Allah beri kita kaya dan rezeki melimpah ruah. Dan paling utama Allah maafkan dosa kita sebab pemberian kita," katanya. Ebit bersiar-siar di kawasan rumah mereka bersama isterinya semasa Aidilfitri. Ebit berkata amalan tersebut sering dilakukannya sejak awal perkahwinan mereka lagi. "Sebab tahu belanja anak dan isi rumah banyak. Barang dapur jer dah berapa. Susu pampers anak. Allahuakbar... dari dulu lagi. "Tak pernah tanya duit tu untuk apa. Senyuman dan pengorbanannya tak terbayar," katanya. Justeru beliau mengingatkan golongan suami supaya janganlah kedekut pada isteri dan keluarga. "Isteri ibu pada anak kita. Sedih baca ramai juga masa tak de duit tak pelah. Isteri pun tak susahkan suami. Ebit menasihati para suami supaya sering bersedekah untuk isteri dan keluarga kerana tindakan itu pastinya diberkati Allah. "Tapi dah senang mulalah guna untuk macam-macam tapi lupa belanja isteri. Beri nafkah buat isteri ini wajib mengikut kemampuan. "Senangnya apa kita suka untuk diri kita. Kita nak isteri dapat dan rasa perkara yang sama," katanya. Tambah beliau lagi, perbuatan sedekah kepada isteri dan keluarga itu pasti diberkati Allah. "Allah pasti berkati dengan sedekah. Sedekah paling besar nilainya ialah buat isteri dan anak-anak. Buat mak ayah. Dan juga adik beradik," katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!