suria

Isteri kental tunggang motosikal dari KL-Ipoh, suami kagum drive ikut dari belakang - “Kalau boleh jalan mesti aku bawa motor tu”

Firdaus bersama isterinya sewaktu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Perak pada Ahad.

"KENTAL sungguh hatinya."

Demikian kata bekas atlet tenis paralimpik, Firdaus Ibrahim berhubung video tular isterinya yang menunggang sebuah motosikal model Honda Wave 100 dari Kuala Lumpur ke Ipoh, Perak.

Mesra disapa Firdaus, dia mendedahkan sudah tidak berkecimpung dalam bidang sukan dan berpindah ke negeri itu kerana sudah mendapat pekerjaan baharu sebagai penjawat awam.

ARTIKEL BERKAITAN: “Baru dia tahu betapa susahnya saya hari-hari” - Pernah dilabel perigi cari timba, wanita ini ‘buat hal’ lagi... kali ini try kerusi roda suami

ARTIKEL BERKAITAN: Maaflah dah 19 tahun tiada tangan! Terima pakwe OKU bukan sebab harta, rupa... “Bagi saya dia tiada kekurangan”

Sewaktu proses perpindahan itu, isterinya menunggang motosikal manakala dia pula memandu sebuah kereta yang sudah diubah suai untuk pemanduan khas.

"Masa jadi atlet saya duduk KL. Motor tu motor isteri. Dia memang selalu bergerak dengan motosikal.

"Kini saya dah dapat kerja sebagai penjawat awam, jadi saya berhenti jadi atlet dan terima tawaran di Ipoh.

Posting dikongsi Firdaus jadi tular di Twitter.

"Itu yang kami mulakan proses pindah dari KL ke Ipoh pada hari Ahad. Kami gerak 11.30 pagi dan sampai sana pukul 4.15 petang.

"Ada berhenti tiga kali dalam perjalanan tu di kawasan Rehat dan Rawat (R&R). Minyak motor standby dalam botol siap-siap, makan pula bawa bekal je," jelasnya.

Menurut Fridaus, keputusan bertugas sebagai penjawat awam itu tidak bermakna dia akan bersara sepenuhnya sebagai atlet.

Sebaliknya, dia masih tidak teragak-agak untuk bermain semula sebagai atlet separuh masa sekiranya dipanggil Majlis Sukan Negara (SMN) untuk temasya besar seperti Sukan SEA dan Sukan Asia.

Pengorbanannya sebanyak cintanya. Kalau aku boleh jalan mesti aku bawa motor tu.

FIRDAUS IBRAHIM

ATLES TENIS PARALIMPIK NEGARA

Mengulas video tular itu, jejaka berusia 24 tahun itu mengakui kagum dengan keberanian isterinya menunggang motosikal dalam perjalanan jarak jauh.

"Saya teruja dan kagum. Walaupun bertubuh kecil, tapi dia memang berhati besar.

"Dia tak pernah merungut. She's the one. Dia dah biasa ride jauh. Dari belajar kat Universiti Malaysia Pahang (UMP) dulu dia dah biasa ulang alik ke kampungnya di Marang, Terengganu" kata Firdaus lagi.

Dalam video tular itu, Firdaud turut menitipkan kata-kata penghargaan untuk isterinya, Siti Fatimah Mohd Nor.

Firdaus (dua dari kanan) bersama rakan atlet tenis ketika memenangi pingat gangsa dalam Sukan SEA 2017.

"Pengorbanannya sebanyak cintanya. Kalau aku boleh jalan mesti aku bawa motor tu.

"Motor dah tiga bulan tersadai di KL sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ni baru nak bawa balik Ipoh, ' tulisnya pada video itu.

Sehingga kini, video itu meraih lebih setengah juta tontonan dan turut dihujani pelbagai komen orang ramai yang turut kagum dan sebak dengan kisah pasangan itu.

Firdaus dan isteri pernah mendapat liputan mStar pada tahun lalu.

Untuk rekod, ia bukanlah kali pertama pasangan itu mendapat liputan mStar.

Pada November tahun lalu, tular kisah isteri Firdaus yang mengikutinya menjalani latihan dan turut sama menggunakan kerusi roda sepertinya.

"Bawa isteri pergi ikut latihan hari ini. Aku cakap kat dia bukit ni lah aku naik hari-hari.

"Lepas tu dia cakap dia nak cuba naik," tulis Firdaus pada posting tular tahun lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain