PERTEMUAN yang penuh dengan emosi! Itulah yang dapat disimpulkan menerusi perkongsian satu klip video yang tular di media sosial sejak Isnin. Video yang dikongsikan oleh Facebook Friends of PDRM itu memaparkan pertemuan seorang ibu dan anak lelakinya yang pertama kali berjumpa selepas hampir sembilan bulan terpisah. ARTIKEL BERKAITAN: Rupa-rupanya air mata tak terhenti di kawat berduri, wanita dedah berlaku tangisan kedua selepas lemang dibawa rentas sempadan - “Dapat usap pipi pun jadilah” ARTIKEL BERKAITAN: Penyatuan ketika PKP... 15 tahun terpisah, anak telefon ibu kandung jam 2 pagi - “Masa kecil dulu saya keliru” "Enam bulan dalam Pusat Latihan, tiga bulan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), tak dapat jumpa mak dan family. "Sekali dia buat surprise datang gerai nasi lemak mak dia.. "Siapa belum dapat jumpa mak ayah lagi boleh la video call sekarang. Hargailah mereka selagi masih ada," demikian kapsyen pada perkongsian tersebut. Dalam video berdurasi 2.19 minit itu, lelaki berkenaan yang merupakan seorang frontliners hadir ke gerai nasi lemak ibunya untuk membuat kejutan sambil ditemani rakan. Seorang frontliners (kanan) menyamar sebagai pelanggan untuk membuat kejutan kepada ibunya yang juga merupakan peniaga nasi lemak. Untuk mengelakkan identitinya dikenali si ibu, lelaki berkenaan memakai topeng muka berserta topi dan menyamar sebagai seorang pelanggan yang mahu membeli makanan. Wanita berusia dalam lingkungan pertengahan usia itu yang langsung tidak dapat mengecam anaknya, melayan 'pelanggan istimewanya' itu seperti biasa sehinggalah rakan kepada anaknya memberitahu perkara sebenar. "Ini anak makcik," kedengaran suara rakan yang menemani lelaki tersebut ketika dia memberitahu wanita penjual nasi lemak berkenaan. Tatkala terdengar bait ayat tersebut, wanita itu tergamam beberapa ketika sebelum teresak menahan sebak. Momen menyentuh hati apabila si ibu tidak dapat menyembunyikan tangisan kegembiraan apabila bertemu dengan anaknya selepas 9 bulan tidak bersua muka. Saat yang paling menyentuh hati adalah apabila lelaki berkenaan terus meluru memeluk ibunya yang menangis kegembiraan kerana tidak menyangka dapat bertemu semula anaknya itu. Gelagat dua beranak itu yang saling berpelukan dan melepaskan rindu mengundang sebak warga maya yang turut sama terkesan dengan detik penuh emosi berkenaan. Netizen turut sama tersentuh melihat aksi dua beranak berkenaan saling melepaskan rindu. "Aku cuba jadi gentleman tak nak menangis tapi air mata aku tetap turun juga. Sayang mak dunia akhirat," tulis seorang netizen. "Sayunya tengok video ni... yang ada mak pun sedih bila lama tak jumpa mak apatah lagi yang mak tak ada lagi di dunia ni, lebih sakit rindu yang tersimpan di hati," tulis netizen lain. "Seronok melihat orang yang masih boleh memeluk ibunya. Hargailah syurga anda. Al-Fatihah buat arwah bondaku tahun ketiga tanpa dia di sisi. Rindu yang tiada berpenghujung. Semoga syurga buatmu ibu," tulis seorang lagi netizen. Sehingga kini posting tersebut meraih sehingga 14,000 shares selain dibanjiri ribuan komen netizen. View this post on Instagram A post shared by Friends Of PDRM (@fopdrm) on Jun 14, 2020 at 9:15pm PDT Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!