suria

Sweetnya ustaz! Sekali lagi terserlah sisi romantis Ebit Lew saat kejutan birthday buat bidadari tercinta – "Empat kali 'mati' untuk abang..."

Tangkapan skrin video Ebit menyambut hari ulang tahun isterinya pada 17 Jun. Sumber instagram Ebit Lew

"SWEETNYA ustaz..."

Demikian antara respons spontan netizen yang memenuhi ruangan komen pada posting terbaharu Ustaz Ebit Lew di laman sosial Instagram miliknya, awal pagi Rabu.

Manakan tidak, pendakwah terkenal itu telah memuat naik videonya memberi kejutan hadiah berupa sejambak bunga ros dengan belon yang tertera ucapan 'Happy Birthday Bidadariku Farah From Ebit Lew' untuk isterinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz romantis! Video 'Bollywood' Ebit Lew usap tangan isteri ke pipi cetus rasa bahagia – "Terasa segar muka"

ARTIKEL BERKAITAN: Untunglerr... Romantik Ebit Lew khas buat si bidadari, jom tengok video ala Bollywood di Aidilfitri! – "Meh pegang tangan abang, kita beraya pusing rumah je"

Menerusi video tersebut, Ebit turut menyediakan sebiji kek sempena hari ulang tahun isterinya, sebelum dilihat isterinya mencium tangan Ebit dan ustaz kemudian mengusap kepala isterinya.



Hadiah sejambak bunga ros dengan belon yang tertera ucapan 'Happy Birthday Bidadariku Farah From Ebit Lew'.

Sejak kebelakangan ini, beliau sering berkongsi mengenai kebahagiaan rumah tangganya dan mengangkat martabat isterinya umpama bidadari.

"Tak tahu nak cakap macam mana. Tapi benar bersyukur pada Allah. Selamat hari lahir bidadariku tercinta. Terima kasih bidadari abang sebab sentiasa menemani hidup ini dari dulu sehingga hari ini.

"Bahagia bersyukur kerana Allah menemukan kita. Allah yang maha baik yang mengaturkan segalanya," kata Ebit menerusi perkongsian video yang meraih lebih 500,000 tontonan setakat ini.



Ebit mengangkat martabat isterinya umpama bidadari.

Ebit berkata, Allah SWT mengurniakan seorang isteri sebagai 'bidadari' dalam kehidupanya dan menghargai kehadiran itu yang begitu menyenangkan.

"Kasih sayang Allah. Doa bidadari ini. Dulu abang sentiasa ada doa mak ayah. Sekarang Allah tambah beri bidadari dalam hidup abang. Masa berlalu. Entah berapa hari yang tinggal.

Syukur Allah hadiahkan bidadari di sisi menemani perjuangan ini. Rindu dapat berjuang di jalan Allah. Membantu orang miskin dan anak yatim

EBIT LEW

"Terima kasih kerana sentiasa bersama abang. Tak pernah meminta apa-apapun. Tak susahkan abang. Terima kasih empat kali hampir 'mati' melahirkan anak kita, empat kali .'mati' untuk abang. Abang tak ada korban apapun," ujar bapa empat anak itu.

Terus mengucapkan kesyukuran di atas kenikmatan yang diberikan, Ebit memberitahu, isterinya setia bersama di sisi menyokong perjuangannya dalam membantu masyarakat.



Ebit bersama isteri dan empat anaknya.

"Syukur Allah hadiahkan bidadari di sisi menemani perjuangan ini. Rindu dapat berjuang di jalan Allah. Membantu orang miskin dan anak yatim.

"Dirimu segalanya dalam hidupku. Isteriku Bidadari. Hidup di dunia saat rasa penat, pedih sakit, Allah beri dirimu bidadariku penyejuk mata, jiwa dan hidup ini.

"Terima kasih sayang bidadariku. Selamat hari lahir 17 Jun. Allah beri bidadari abang sentiasa cantik menawan lawa baik solehah takwa paling indah dalam hidup ini," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Ebit Lew, bidadari, birthday, birthday,

Artikel Lain