UMUM mengetahui sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan, kakitangan kurier antara mereka yang terpaksa bekerja siang malam bagi memastikan barang yang dihantar sampai awal di tangan pelanggan. Ini kerana berlaku peningkatan mendadak pembelian secara dalam talian dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang tempoh tersebut. Keadaan itu menyebabkan seorang pemuda yang juga pemandu van sebuah syarikat kurier terkemuka negara berdepan pengalaman seram semasa menghantar bungkusan kepada salah seorang pelanggan baru-baru ini. ARTIKEL BERKAITAN: Elak jadi tetamu tak diundang! Lelaki kongsi 7 petua nak check in hotel selepas insiden rakan diusir ‘benda’ main pintu ARTIKEL BERKAITAN: Pelik... kerap jumpa kuku, rambut dalam makanan, tak kira tapau atau masak sendiri - “Doakan aku kuat lawan hasad dengki manusia” "Semalam, 11 Jun aku ke sebuah pejabat untuk menghantar parcel. Jam masa itu menunjukkan pukul 7 petang. Sikit lagi Maghrib akan menjelma. Mujur parcel ini parcel yang terakhir untuk hari ini. "Eh! Alamat pejabatlah. Baru aku terfikir, masih ada orangkah di pejabat pukul 7 ini? Ah, pergi sajalah. Alang-alang aku sudah hampir sampai ke sana. Tajul menghantar bungkusan kepada seorang pelanggan ketika waktu Maghrib pada 11 Jun lalu. Gambar sekadar hiasan. "Bila aku sampai di pejabat itu, aku lihat lampunya menyala. Aku keluar lalu menghampiri pintu kaca pejabat itu. Aku tarik pintunya. Ternyata berkunci. Kecewa aku rasakan," kata Gu Tajul Zulkarnain dalam satu perkongsian di Facebook. Namun sebelum meninggalkan pejabat itu, Tajul mengetuk pintu kaca premis tersebut buat kali terakhir. "Tetapi sebelum pergi, aku ketuk pintu kaca itu dengan kuat. Mana tahu, mungkin jaga premis itu boleh menerima parcel bagi pihak pelanggan. Habis tu... siapa... siapa yang terima parcel semalam? Aku telan liur. Bos aku menggeleng. Pandangannya jadi pelik. Maghrib kan masa tu... Gulp! GU TAJUL ZULKARNAIN Pekerja kurier "Tok tok tok... sekali lagi aku mengetuk. Tiada yang menyahut. Aku pun berpusing tetapi aku ternampak kelibat seseorang sedang berdiri dalam gelap. "Aku dekatkan mukaku pada cermin kaca. Apa hal menyorok pulak dia. Tok tok tok... aku ketuk lagi pintu kaca itu. Aku angkat parcel yang aku pegang. Sudahlah berat!," katanya. Cerita pemuda itu lagi, dia terkejut apabila tiba-tiba ternampak kelibat seseorang berdiri dalam keadaan gelap di premis tersebut. Tajul ternampak kelibat seorang lelaki keluar dari kawasan gelap untuk menerima bungkusan tersebut. Gambar sekadar hiasan. "Poslaju! Boleh terima parcel ni, encik? Pelan-pelan orang itu keluar dari kawasan gelap. Seorang lelaki yang memakai kemeja dan seluar slack. "Dia tersenyum sambil melangkah ke pintu. Maaf. Saya ingatkan siapa, katanya, masih tersenyum. Aku pun tersenyum juga. Takkan dia tidak nampak uniform yang aku pakai. "Tetapi yalah, di luar tidak ada lampu. Parcel itu aku serahkan pada dia. Nama? soalku. “Andrew." "IC." Dia menyatakan nombor MyKadnya. Aku catat. Terima kasih ucapku dan terus berlalu," katanya. Ketika itu, Tajul berkata dia tidak memikirkan sesuatu yang pelik mengenai pemuda yang mengambil bungkusan tersebut. Namun Tajul tergagam apabila keesokan hari majikannya memberitahu seorang jurujual mengadu mengenai bungkusan yang sudah dihantarnya petang 11 Jun lalu. Komen netizen pada posting tersebut. "Ternyata, pelanggannya tidak menerima parcel yang aku hantar semalam. Di track and trace kan ada update, kataku pada bosku. Seller check sanalah. "Bila dia hubungi customer, customer kata dia tak terima lagi barang tu, jawab bosku. Suruh customer tanya lelaki bernama Andrew tulah. Dah. Andrew kata dia tak terima apa-apa semalam. "Dengar ni! Lelaki tu kata, dia dah balik ke rumah tepat jam 5 petang, jawab bosku. Mungkin Andrew lain yang terima, kataku. Customer confirm hanya sorang saja Andrew yang bekerja kat situ!" katanya. Keadaan itu menimbulkan tanda tanya kepada Tajul yang pelik dengan pengalaman dilaluinya tempoh hari. "Habis tu... siapa... siapa yang terima parcel semalam? Aku telan liur. Bos aku menggeleng. Pandangannya jadi pelik. Maghrib kan masa tu... Gulp!," katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!